Komrad

May 7, 2012

Itu Pilihanku

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Hari tu saya ada tertengok la dekat TV Al-Hijrah (Astro 114) program Gen 21 hari Sabtu pukul 2.30 petang kalau tak silap. Itu pertama kali saya tengok program tu sebab saya memang jarang tengok tv.

Dan, guess what? Saya tertarik tengok pengacara dia yang seorang tu yang muka comel (dua-dua pun comel). Nama dia Loo Jo Yee, itu yang buat saya tertarik nak tau pasal dia ni. Mula-mula ingat dia ni orang Korea yang pandai cakap Melayu. Sebab curiosity yang tinggi, maka saya pun pergi la men-google beliau di Internet.

Pastu baru saya tau rupanya Loo Jo Yee ni Muallaf, berbangsa Tionghua. Dan rasanya ramai yang sudah tau pasal cerita dia kenapa terbuka hati untuk memeluk Islam. Jadi, untuk yang tidak tau saya hanya akan tunjukkan link kepada kisah pengalaman beliau itu.

Amir Nawawi.Com: Loo Jo Yee? Siapakah Beliau? 

Kredit kepada amirnawawi.com
Serius, bila saya baca cerita dia saya rasa agak lain macam. Malu pula dengan diri sendiri.

Cukup di situ pasal Loo Jo Yee. Cuma sekarang saya nak cerita perkara yang lebih luas lagi sedikit.

***

Saya selalu terpikir akan perihal masyarakat kita yang bersikap skeptik dengan golongan Muallaf ini. Bukan apa, kadang-kadang saya cuba bayangkan apa perasaan mereka yang baru memeluk Islam tiba-tiba ditanya itu dan ini sedangkan perkara yang ditanya itu bukanlah perkara pokok dalam Islam.

Mari kita lihat.

1. Nama Islam
Yang ini memang perkara yang paling klise dalam masyarakat kita lagi-lagi orang Melayu. Bila saudara/saudari itu tidak menukar namanya, maka ramai orang tanya,
"Kenapa tak tukar nama? Kan dah masuk Islam."
Ini seakan-akan mengambarkan yang bila masuk Islam kena tukar nama jadi nama berunsur Islam. Lagi pelik, bila ada orang Melayu beranggapan nama itu nama Melayu sedangkan kebanyakan nama berunsur Islam berasal dari perkataan Arab. Adapun nama Melayu ni macam Mawar, Maman, Melati dan sebagainya.

Pada saya, sekiranya dia ingin menggunakan nama yang memang sudah digunakan sejak lahir maka itu hak dia asalkan maksudnya baik dalam bahasa yang nama itu digunakan. Hendak tukar nama? Itu hanya dianjurkan, bukan diwajibkan.

2. Bersunat
Ini pun satu masalah juga. Sebab ada beberapa kawan muallaf saya pernah kata, bila masuk Islam orang tanya,
"Kau sudah potong? Belum? Hoho sakit wooo!!"
Memang bagi lelaki Islam dimestikan berkhatan/bersunat (manakala wanita tak dimestikan), tapi biarlah sampai saudara itu bersedia. Lagi sedih, bila sesetengah brother tu berminat nak belajar pasal Islam tiba-tiba ditakutkan dengan perkara macam ini. Itu salah.

3.  Ibadah
Satu hal lagi bila ramai "Moslem" yang suka tanya perkara berkaitan ibadah dengan cara pertanyaan kurang sesuai. Sebagai contoh,
"Kau sudah solat? Kau sudah puasa?"
Memang perkara ni nampak macam kecil tapi bagi mereka yang baru nak mengenal Surah Al-Fatihah, belajar rukun-rukun Ibadah persoalan sebegini MUNGKIN boleh mengurangkan semangat mereka. Ditambah dengan intonasi seperti Big Boss. Kurang sesuai. Kan lebih molek dengan soalan begini,
"Macam mana solat sekarang? Ada masalah? Kalau ada apa-apa boleh tanya aku. InsyaAllah aku cuba tolong."
"Macam mana puasa? Larat lagi? Takpe, biasala ni mula-mula. Nanti bila kau dah biasa insyaAllah okay la tu."
Kan lebih bagus kalau begini. Daripada kita hanya bertanya sudah solat atau belum, lebih baik kita bertanya pengalaman solatnya, semuanya lancar ke tidak dan di masa yang sama, membantu sekiranya ada masalah.

4. Persoalan pakaian.
Ini lebih menjurus kepada wanita sebab lelaki ni kalau soal pakaian agak mudah sedikit. Kadang-kadang saya agak terkilan dengan perangai sesetengah orang yang terlalu persoal pakaian Saudari Baru ini. Sebagai contoh,
"Si XX tu masuk Islam semalam dia cakap. Tapi ni hari aku tengok dia belum pakai tudung lagi pun"
Jangan kita terus mengata. Apa kata kita pergi jumpa Saudari Baru tu, slow talk dan terangkan perihal kepentingan menutup aurat. Cakap pun biarlah sesuai dengan paradigmanya sebagai Saudari Baru. Yang masalah bila kita main tembak saja. Ini yang buat Islam jauh dari sesetengah orang. Lagi bagus kalau kita terlibat dalam usaha mendidiknya menjadi seorang Islam yang baik.

5. Niat
Perkara paling teruk apabila kita persoal niat seseorang untuk memeluk Islam. Lagi-lagi yang kita nampak Saudara/Saudari Baru tu peluk Islam lepas tu kahwin dengan seseorang yang memang Islam. Siapa kita nak persoal? Siapa tahu, orang yang kita persoal itu lebih baik Imannya berbanding kita nanti.

***

Apa pun, bersyukurlah dengan nikmat Allah. Marilah kita membantu golongan Saudara/Saudari Baru ini. Merekalah saudara seagama kita.

*P/S: Harap maaf kalau ada tersentuh sensitiviti/ menyinggung perasaan mana-mana pihak.

5 comments:

  1. nice entry bro, tak ramai yang buat mengenai mualaf. sepatutnya kita bagi mereka sokongan bukan cemuhan kalau mereka masih merangkak2 mencari erti Islam sebenar. sebagai umat Islam, kita tunjukkan cara yang sewajarnya, jangan diskriminasi saudara baru kita. (: kan bro kan? haha

    ReplyDelete
  2. Itu la masalahnya. Kadang-kadang ramai orang kita ni terlampau skeptikal sama orang baru masuk Islam. Kalau bukan kita yang tolong, siapa lagi kan? Kata saudara seagama :)

    ReplyDelete
  3. kita patot terus bagi sokongan kt saudara baru kita ni kan..:')

    ReplyDelete
  4. Betul, kalau tak mampu tolong banyak tolong sedikit pun jadila. Asalkan berfaedah :)

    ReplyDelete
  5. Best entry bro..
    Bagi support n kalimat yg selalu bs di jadikan mualaf untuk memotivasi diri..

    ReplyDelete

Sebarang masalah?