Komrad

May 3, 2012

Sabah di Mata Malaya

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Kali ini aku nak cerita pasal salah paham masyarakat Malaya (sebutan biasa orang tua-tua Sabah merujuk kepada orang Semenanjung) dengan orang Sabah yang mana kadang-kadang agak kelakar dan kadang-kadang boleh bikin hati aku hangin la juga.

Nak tahu? Okay mari kita tengok.

1. Kau Cina eh?

Yang ini aku selalu alami bila aku berada di Bumi Semenanjung. Dulu waktu aku masih study di Seremban, ada seorang cikgu aku yang tunjuk muka pelik bila nampak aku pakai baju Melayu siap bersamping sebab hari tu hari Jumaat.
"Kamu ni Cina masuk Islam ke?"
Haha, serius memang aku secara spontan tergelak lepas dengar cikgu aku tu. Dia tak kenal sangat kat aku waktu tu sebab dia tak ajar kelas aku. Tu yang aku berurusan dengan dia pun sebab dia bagi taklimat untuk Extended Essay.

Dan lagi satu, bila aku pergi beli barang-barang peribadi kat shopping complex, mesti akan ada promoter Cina datang kat aku pastu cakap Cina promote barangan macam facial wash, shampu dan macam-macam lagi. Harooom sepatah pun aku tak paham.

2. Kau mau ke mana bah?

Yang ini pula jadi bila kawan-kawan Semenanjung aku nak try cakap gaya Sabah dekat aku. Serius kekadang memang aku terasa nak gelak sebab dorang punya cakap tu aku rasa dah jadi pelik.

3. Rumah kau atas pokok ke?

Part yang ni kekadang buat aku hangin dengan orang yang bertanya soalan macam ni. Macam la Sabah tu terlalu laa mundur dan ULU sampai rumah atas tanah pun tak terbuat. Pastu siap tanya,
"Kau kat sana pakai cawat eh?"
"Rumah kau rumah panjang?"
Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah jumpa lagi orang Sabah sekarang ni yang masih pakai cawat. Kalau ada pun itu lebih kepada tujuan perlancongan. Orang Rungus yang memang diketahui duduk rumah panjang pun pakai baju lengkap yang cantik walaupun masih ada yang tinggal di rumah panjang. Tapi rumah panjang dorang lawaa. Itu lebih kepada tradisi.

Tapi aku tak salahkan 100% la kat orang yang beranggapan orang Sabah ni masih macam tu. Sebab bila tengok iklan Tourism Malaysia pun banyak yang tunjuk orang Sabah duduk rumah panjang la, pakai cawat la. Cuma agak-agak la, banyak lagi sumber lain selain dari iklan Tourism Malaysia.

4. Bila kau sampai Malaysia?

Haa, yang ini of course memang akan buat aku hangin sehangin-hanginnya. Malaun yang tanya benda ni aku rasa mesti dia fail Sejarah dengan Geografi waktu sekolah dulu. Sabah dah bersekutu dengan Malaya dan Sarawak sejak 1963 lagi untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Tak kan la aku nak tunjuk IC baru kau percaya aku orang Malaysia. Dulu aku pernah hampir lagi nak bergaduh sebab benda macam ni. Memula aku buat tak peduli, tapi bila dah selalu sangat nak bahan aku memang nak kena pelempang la.

_________________________________________________________________________________

Itula antara beberapa salah paham masyarakat Semenanjung yang biasa berlaku terhadap orang Sabah. Kekadang kelakar dan lawak. Kekadang buat hangin dan rasa nak bagi makan kasut je, hahaha.

5 comments:

  1. haha...mmng bkn panas part akhir 2,...

    ReplyDelete
  2. Iya tu la pasal. 

    ReplyDelete
  3. salam..paling teruk ada orang tanya aku "Kamu di Sabah,pakai selipar gak ke.?" Allah,sabar ja lah..

    ReplyDelete
  4. Salam, haha punya sempit pikiran orang yang tanya macam tu. Barangkali dia la tu yang ulu, teda TV di rumah, teda intenet

    ReplyDelete
  5. Tulah dorang...hidup di gua terlampau lama...entah apa yg dorang belajar di sekolah...

    ReplyDelete

Sebarang masalah?