Komrad

Jun 25, 2012

Mari kita sihatkan badan

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Akhirnya setelah lebih setengah jam aku dok tenung ruangan publisher blogger ini, aku dapat mula menulis entry baru. Memang sekarang ni masalah la nak buat entry baru padahal waktu dalam jamban, waktu memandu, banyak je idea aku nak tulis konon bila sampai rumah nanti.

Tajuk aku nak tulis kali ini ialah seperti yang korang boleh nampak kat atas. Sebab sekarang aku tengah cuba sihatkan badan aku. Erm bukan "sihatkan" tambah besar badan tu, tapi kurangkan berat badan. Sebab aku ni dah tahap morbid obese dah.

Kenapa aku kata aku dah morbid obese? Sebab dalam masa 4 tahun lebih, aku dah "berjaya menambah" berat badan sehingga lebih 25kg. Wow itu satu pencapaian. Bayangkan dulu waktu sekolah paling berat pun aku (masa dekat SPM, banyak makan sebab stress) ialah 85kg. Dan kemuncak keberatan badan aku ialah 115kg pada Mac 2012. Serius aku tak tipu.

2007. Aku berdiri tiga dari kiri. Gambar ni aku snap, takdak scanner sebab tu ada flashlight tu.
Hujung 2011. 
Disebabkan kena bahan itu dan ini, lepas tu doktor pun dah suruh kurangkan berat badan pasal lutut aku memang dah masalah (kesan dari selalu injured zaman muda-mudi dulu) ditambah dengan kesedaran diri sendiri sebab nak hidup sihat dan cergas maka aku pun mula la program kurangkan berat badan.

Memang agak sengsara juga la, dengan dugaan banyak makanan sedap di rumah, lepas tu kemalasan nak workout exercise. Pergh wa cakap sama lu, tapi memang dah nekad punya pasal maka tabahkan hati je la.

Alhamdulillah, setakat ni berat aku dah susut ke 104kg bermakna dah turun lebih kurang 11kg. Target nak sampai 80kg tap jauh lagi agaknya sebab benda macam ni kena turun dengan steady. Taknak la turun ekspres tapi karang tetiba naik balik mencanak-canak sampai rosak alat penimbang berat.

Apa-apapun perjalanan masih jauh. Semoga aku dapat capai berat 80kg tu nanti. Amiiin.

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?