Komrad

Jun 30, 2012

Persiapan Menghadapi Peperiksaan (Buat Calon STPM, SPM, PMR dan UPSR 2012)

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Kali ini aku nak bagi la tips-tips macam mana nak buat persediaan dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan besar sekolah macam yang tertulis dekat tajuk. Aku saja letak UPSR sekali sebab mana tau ada ibu bapa ke, abang kakak ke yang terbaca entry ni, boleh la ambil serba sedikit lepas tu bagi dekat anak-anak/adik-adik darjah 6.

Yang tak exam pun boleh juga. Persediaan awal la katakan.

Aku bukan la jenis pelajar cemerlang, tapi kalau setakat bagi tips sedikit-sedikit tu bolehla. Let's check it out!

1. Banyakkan Latih Tubi.
Yang ini aku rasa memang paling asas dan paling penting kalau nak bersedia untuk peperiksaan. Walau sesetengah subjek untuk kos di universiti pun perlukan latih tubi yang banyak. Untuk adik-adik sekolah, abang nasihatkan beli buku-buku kerja di mana-mana kedai buku akademik berhampiran. Lepas tu, try buat dulu. Dah siap nanti, check jawapan ikut skema jawapan yang memang ada disediakan di buku tu. Lagi bagus kalau minta cikgu tolong semakkan kalau dia ada masa, pastu minta dia bagitau apa salah silap kita buat. Practice makes perfect.

2. Jawab set soalan tahun-tahun lepas dan set soalan ramalan.
Ini pula bagus kalau nak biasakan diri dengan format soalan peperiksaan yang sebenar. Dulu aku beli set soalan past years dari Didik Publications. Lepas tu abah aku pula rajin belikan aku set soalan ramalan, contohnya keluaran Adabi (bukan yang untuk memasak tu, ini lain). Kemudian, cuba jawab set-set soalan tu ikut masa sebenar seperti dalam peperiksaan, dan lepas tu semak.

3. Buat study group.
Yang ni amat baik untuk orang  yang pemalas macam aku. Sebab? Kita boleh minta kawan tolong tunjuk benda yang kita tak tau, dan dalam masa yang sama menggalakkan perkongsian maklumat berlaku apabila kita pula terangkan nanti. Sebab bila kita terang kat orang lain, lebih tinggi peluang untuk kita cepat faham dan ingat apa yang kita belajar. Tapi awas, elakkan ada unsur romantik berlebihan pula dalam study group ni. Takut timbul kontroversi sia-sia.

4. Selalu kunjungi cikgu.
Dulu waktu sekolah, aku selalu masuk Jabatan Matematik sebab aku memang slowpoke sikit pasal Math ni. Lepas tu duduk la menghadap cikgu tu praktis buat soalan math. Agak berkesan juga sebab akhirnya aku dapat A untuk Math Modern dengan Add Math. Di samping itu, baik juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan cikgu.

5. Baca nota.
Saat-saat akhir sebelum bulan exam ni, aku rasa lebih baik baca nota daripada baca buku teks, ala yang kita buat bila cikgu suruh tu tapi jangan amalkan bila kena suruh baru nak buat. Sebab biasanya nota ni lebih ringkas dan padat, lepas tu boleh bagi warna-warni lagi colourful comel kiut miut. Tapi untuk orang yang pemalas buat nota macam aku, boleh la membeli buku yang ada mind-mapping tu tu, atau paling tak pun pinjam nota kawan pastu fotostat. Tapi awas, pastikan kita dapat faham nota-nota ni. Jangan main belasah buat cantik-cantik tapi haroom tak faham.

6. Jaga pemakanan dan kesihatan.
Yang ni pun penting juga. Orang kata budak belajar ni baik makan benda macam kismis, kurma semua tu. Baik untuk menguatkan ingatan katanya. Bersukan untuk kesihatan pun penting, tapi jangan sampai cedera la. Lagi satu, kurangkan makanan berminyak melampau sebab boleh menyebabkan kita jadi lembab, aku dengar. Dan paling penting jaga kesihatan sampai la ke hari peperiksaan. Kenangan aku dulu, waktu SPM kena demam campak. Jawab exam sensorang dalam bilik belakang dewan.

7. Doa dan ibadat.
Bagi yang beragama Islam, doa dan ibadah itu penting. Bukan la bermaksud waktu lain tak penting. Cuma banyakkan la doa dan ibadah sunat waktu nak exam ni, lepas tu kekal kan lah. Bagi yang non-Muslim, aku pasti memang ada la cara masing-masing ikut agama masing-masing kan.

8. Peranan ibu bapa.
Yang ni paling penting tapi aku sengaja letak bawah sebab ni kira kemuncak la. Kepada adik-adik sekolah, kalau boleh minta la kat mak ayah tolong doakan, solat hajat untuk kejayaan adik-adik. Sebab doa ibu bapa ni mustajab, lagi-lagi doa seorang ibu. Dan jangan sakiti hati ibu bapa anda, sampai bila-bila sebab ianya wajib. Jangan time nak exam je buat baik. Berdosa besar derhaka kat mak ayah. Minta maaf kalau ada buat silap kat mereka.

Itulah antara beberapa tips yang aku dapat kongsikan. InsyaAllah kalau amalkan tak gerenti la cemerlang tapi sekurang-kurangnya jalan ke arah kecemerlangan tu dah ada dah. Selamat berjaya!

Adios!


3 comments:

  1. wahhh..nice2.....tips utk mahasiswa/mahasiswi tak dak??? hehehe...actually smua sama ja...kalau nak exam, tips2 mcm ni la yg diguna pakai.....cik siti singgah sini...sekali membalas kunjungan...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, bab study ni lebih kurang je. Tapi ikut kesesuaian masing-masing la kan? Sebab lain orang lain caranya.

      Thanks :)

      Delete

Sebarang masalah?