Komrad

Jul 2, 2012

Update Hari Ini: Euro 2012, Sepanyol Juara

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Atas sebab masalah Internet connection tiba-tiba putus di kawasan aku, maka aku agak terlambat beberapa jam la nak update pasal Euro 2012 ni.


Seperti yang memang dijangka ramai umat Manusia di seluruh dunia, Spain atau nama Melayunya Sepanyol berjaya menjuarai Euro 2012 sekaligus menjadi negara pertama berjaya menjadi juara untuk dua edisi berturut-turut. Menewaskan Italy atau nama Melayunya Itali, Juara Euro 1968 memang nampaklah ke-elegan-an Sepanyol sebagai Raja Bola Sepak Dunia.

Walaupun aku fan England tapi untuk final ni aku sokong Italy tapi apa boleh buat, the Spaniards already proved they are the best of the best. Amboooi Itali kena belasah 4-0. Gameplay Sepanyol memang lebih nampak outclass berbanding dengan Itali. Kesian la "Gigi" Buffon, Pirlo, de Rossi tu aku rasa ini mungkin Euro terakhir mereka, kempunan nak angkat trofi tu.

Walaupun di-cop oleh ramai "haters" sebagai negara "The Best Divers" sebab ramai player suka dan pandai dive tapi apa pun aku tetap mengucapkan tahniah kepada Sepanyol sebab menang Euro 2012. Dorang memang berhak untuk menang dengan prestasi dan taktikal possession football yang dorang tunjukkan. Dan aku rasa mesti ramai awek-awek, akak-akak malah makcik-makcik bangun pagi tu nak tengok final ni sebab nak tengok Torres, Silva, Fabregas dan lain-lain main.

So, next major FIFA International Event ialah World Cup 2014 di Brazil. Agak-agak Sepanyol dapat juara lagi tak? Ada setahun lebih lagi untuk mengetahuinya.

Majulah Sukan Untuk Negara!

*Perasan tak Balotelli terus masuk Changing Room lepas kalah tu? Tak profesional la. Agak-agak kecewa pun contohi la kawan-kawan sepasukan lain. Dorang salam-salam pemain Sepanyol lagi. Tapi, itulah Mario Balotelli, yang memang pelik*

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?