Komrad

Jul 20, 2012

Nikmat Itu

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, semalam 19/07/2012 genaplah aku berada di dunia ini selama 22 tahun. Rasa macam cepat sunggoh masa ni berlalu. Dulu time kecik kecik, aku selalu pikir apa bentuk kejadian lah hidup aku bila dah umur 20 tahun dan ke atas. Haa ni aku dah sampai pun umur 22 tahun, terasa macam best pula hidup berbelas tahun lepas.

Macam biasa, kredit kepada Facebook sebab ada info pasal tarikh birthday aku, jadi ramai lah kawan-kawan, sanak saudara dan cikgu-cikgu yang wish happy birthday dan doa kesejahteraan untuk aku. Terima kasih buat semua. Aku cuba bayang kalau Facebook ni tak wujud, memang sekerat dua je lah wish yang aku dapat.

Aku berharap semoga hidup aku sekarang dan akan datang akan sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pastu dari dulu lagi aku dah berazam nak jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya tapi tau sajalah lemah iman macam aku, macam-macam dugaan.

Apa pun, esok 21/07/2012 umat Islam di Malaysia negara kita ini akan mula berpuasa Ramadhan. Aku ingat lagi dulu ada sorang ni guna istilah Madrasah Ramadhan, Madrasah Iman. Memang kena sangat lah sebab bulan Ramadhan ni kira macam satu bulan yang spesel yang kita boleh guna peluang nak didik kita supaya menjadi lebih baik dari sebelum. Jaga semua anggota dari melakukan perkara dilarang, jangan hanya jangan perut sahaja.

Tapi harus ingat, jangan jadi baik, insaf di bulan Ramadhan saja. Kena lah berterusan hendaknya sampai bila-bila. Ni kekadang termasuk aku sendiri lah, bila bulan puasa kemain lagi banyak buat amal ibadat. Baca Quran, zikir, solat sunat, sedekah itu semua. Haa habis je bulan puasa nah memula kurang semangat nak buat semua tu. Pastu tak lama kemudian, terus tak buat. Dah jadi macam annual event pulak.

Satu benda yang paling aku ingat pasal berubah di bulan Ramadhan ni ialah ada sorang kawan aku. Perempuan. Dulu dia freehair. Kat tempat aku belajar dulu bila masuk Ramadhan kebanyakan gadis-gadis freehair ni akan memakai tudung. Baguslah sejuk mata memandang. Dan menariknya kawan aku yang seorang ni dibuka hatinya untuk terus memakai tudung (menutup aurat) dengan sempurna sampailah sekarang sejak Ramadhan itu. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmati hidupnya.

Oraito itu saja tulisan aku untuk kali ini. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa Ramadhan dengan sempurna dan bertambah tingkatan iman kita semua.



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!

2 comments:

  1. masih tak terlambat lg ni.... selamat hari lahir... semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.... semoga mendpt kejayaan hidup di dunia dan akhirat...

    selamat menyambut bulan ramadhan... semoga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yg lepas...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-1433-dari-faizul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih saudara Faizul. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak juga. Semoga kita semua beroleh rahmat dari-Nya.

      Delete

Sebarang masalah?