Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia
Sedar tak sedar, dah masuk 7 Ramadhan pun hari ni kat Malaysia dan beberapa tempat lain, manakala tempat lain mungkin ada yang masih 6 Ramadhan atau dah 8 Ramadhan. Rasanya ini entry pertama yang aku tulis di bulan Ramadhan ni. Yelah, bila masuk bulan puasa ni macam rasanya banyak lagi benda lain yang lebih penting yang aku patut buat berbanding menghadap skrin melayan Internet saja.
So far, alhamdulillah, aktiviti puasa aku berjalan dengan lancar. Bab puasa seluruh deria tu mungkin ada lah slack sikit sebab manusia ni kan biasalah. Kadang-kadang adalah terkeluar perkataan mencarut bila marah, tercuci mata sikit, dan lain-lain. Tapi yelah kena berusaha lah supaya dapat menyempurnakan puasa sesempurna yang mungkin.
Aku ingat lagi, harituh ada seorang guru aku kata, Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya' UIumuddin ada membahagikan tingkatan puasa ni kepada tiga mengikut jalan tasawwuf.
1) Soumul Awwam (Puasa Orang Awam)
Yang ni puasa kebanyakan dari orang Islam, yakni orang-orang awam. Ianya bermaksud menahan lapar dan dahaga serta menjaga kemaluan dari hubungan jimak (syahwat).
2) Soumul Khusus (Puasa Khusus)
Yang ini pula puasa orang-orang Soleh. Bermaksud menahan diri dari melakukan perkara maksiat dengan 6 perkara berikut:
- Menjaga mata (penglihatan) dari melihat sesuatu yang buruk mengikut kaca mata agama Islam.
- Menjaga lisan (percakapan) daripada berbohong, memfitnah dan mengucap perkataan-perkataan yang keji.
- Menjaga telinga (pendengaran) daripada mendengar segala sesuatu yang haram didengar.
- Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif dan tercela.
- Menjaga agar tidak makan berlebihan ketika berbuka puasa.
- Menjaga hati agar berada di antara khauf (takut) dan raja' (berharap) dan sedar bahawa Allah SWT berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.
3) Soumul Khusus Al-Khusus (Puasa Khusus Daripada Yang Khusus)
Yang ini merupakan puasa para Nabi, Siddiqin dan Muqarrabin, sesuai dengan namanya yang paling tinggi darjat ibadahnya mengikut pandangan jalan tasawwuf. Puasa yang ini memang mencegah hati dari berkehendakkan dunia dan perkara-perkara selain dari Allah.
Jadi, aku yakin dan percaya mungkin ramai di antara kita yang tingkatan puasanya berada di tingkatan awam kan? Kalau mengikut pandangan tasawwuf ini pun sudah memadai bagi kita selaku orang awam. Tapi kalau boleh hendaklah kita berusaha untuk sentiasa memperbaiki ibadah puasa kita dan cuba melakukan perkara yang terdapat dalam tingkatan puasa khusus, maksud aku seluruhnya.
Apa-apa pun, marilah berdoa semoga ibadah puasa kita diterima Allah dan diri kita pun bertambah baik dari semasa ke semasa. Sebab kalau puasa tapi setakat lapar dan dahaga, diri masih buat perkara mungkar, rugi lah kan? Sama-samalah kita berusaha. Ada baki 22/23 hari lagi bulan Ramadhan ni. InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan.
Adios!
Jalan-jalan and follow...
ReplyDeletePost Terbaru Blog Saya... Mesti Baca!!!