Komrad

Aug 1, 2012

12 Ramadhan

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Sedar tak sedar hari ini dah masuk 12 Ramadhan. Sekejap sungguh rasanya, lagi 18/17 hari nanti sambut raya pulak. Aku ingat lagi dulu time kecik-kecik bukan main lagi dari puasa hari pertama lagi dah start countdown nak raya. Sekarang dah besar ni tak lah buat macam tu pulak. Banyak benda lain lagi yang bagus nak buat sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Kalau orang yang memang hatinya dekat dengan Allah, memang sedih sebab Ramadhan makin sampai ke hujung. Kita? Hehe Lu pikir la sendiri...

Puasa aku so far so good. Aku rasalah. Boleh lah kurangkan buat benda-benda "tak berfaedah" sedikit sebanyak. Cuma yang tak bestnya aku rasa aku macam banyak tidur time puasa macam ni. Padahal makruh banyak sangat tidur bulan puasa.

Aku selalu nampak orang post kat Facebook, Twitter pasal ibadah sunat di bulan Ramadhan. Tapi kali ni aku nak cerita pasal mengaji Al-Quran saja.

Dari kecik lagi, aku selalu dengar ustaz aku kata banyakkan mengaji Quran di bulan Ramadhan ni. Besar ganjaran pahalanya. Pastu aku pernah dengar juga orang kata bacalah sehari satu juzuk, masuk puasa hari ke 29 dah boleh khatam. Wah, serius bagi aku ini memang sangat susah. Sebab? Aku mengaku aku memang seorang yang liat.

Tiap tahun aku berazam nak habiskan 30 Juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan tapi in the end memang tak pernah habis juga. Paling jauh pun baca sampai juzuk 10. Satu hari aku pikir punya pikir, kenapa nak habiskan baca satu Al-Quran tu? Adakah pahala ibadah sunat aku berdasarkan berapa Juzuk Al-Quran aku dah baca? *Rhetorik akal aku berfikir*

Jadi penyelesaian kepada pemikiran rhetorik aku ini berkata, apa kata aku baca Juzuk 30 sahaja sepanjang di bulan (di samping aku membaca beberapa Juzuk yang diberikan kepadaku untuk program Tadarus di Masjid). Terfikir kenapa hanya satu Juzuk dan ianya merupakan Juzuk terakhir? Sebab Juzuk ni agak mudah, senang dan terkandung di dalamnya Surah-surah Lazim yang biasa orang kita baca waktu solat.

Apa cara aku? Aku cuba untuk mengulang hafaz dan cuba untuk membaca maksud ayat-ayat dalam Surah-surah yang terkandung di dalam Juzuk 30. Dari Surah Al-Muthoffifin sampailah ke Surah An-Nas. Ini lagi bagus bagi aku. Sebab? Kita cuba untuk hafal surah-surah ni dan di masa yang sama cuba perhati maksud (terjemahan) ayat. Tapi baca maksud dan tengok fahami setakat tu sajalah. Jangan memandai tafsir takut tersalah tafsir. Kalau nak tafsir juga carilah guru yang 'alim.

Itu lah cara aku. Tapi sebenarnya lagi bagus kalau dapat baca 30 Juzuk sebab bulan Ramadhan ni memang spesel sebab kita memang akan rasa semangat nak buat amal ibadat berbanding bulan lain. Lagi bagus kalau dapat perhati terjemahan ayat 30 Juzuk ni. CUMA itulah, kalau jenis liat macam aku ni, yang ini pun memadai. Niatkan kerana Allah. InsyaAllah pahala berlipat ganda.

Apa pun, ada baki 17/18 hari lagi bulan Ramadhan ni, gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin. Sebab tak pasti lagi Ramadhan tahun depan kita ada lagi.

Saja promote muka di bulan Ramadhan.
Salam Ramadhan!

2 comments:

Sebarang masalah?