Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia
Dua tiga menjak sejak temasya Sukan Olimpik London 2012 ni bermula, macam-macam benda aku dengar, nampak pasal Teori Konspirasi melibatkan Iluminati dan Freemason. Bagi kaki Facebook sudah pastinya akan pernah ternampak benda nih. Harituh siap ada tunjuk gambar pokok Yahudi lah, "Nabi Musa" dihanyutkan di Sungai Nil lah, maskot bermata satu lah dan macam-macam lagi.
Okay, sebenarnya aku terlebih dahulu nak tabik hormat kepada sesiapa yang "berjaya" membongkar rahsia Iluminati dan Freemason yang kononnya diselubungi oleh pemuka-pemuka Yahudi ni. Lulz, hebat sungguh dan rajin betul mengkaji ye. Macam mana satu benda boleh pulak kait dengan benda lain. Memang sungguh "hebat".
Tapi sesuai dengan keadaan pemikiran aku yang selalu ketat menapis apa-apa maklumat dan sesuatu, maka semua "kajian ilmiah" berkenaan Iluminati dan Freemason sempena Sukan Olimpik London 2012 ini seakan menjadi satu contoh paranoia pemikiran para pengkaji sekelian. Yang mana sangat mengganggu pemikiran aku kerana aku bukanlah seorang yang mudah menerima sesuatu tanpa melihat bukti saintifik mahupun logikal.
Malas nak menceritakan benda ni dengan lebih lanjut, aku memilih untuk mengulas benda ni dari sudut pandang penting ke tidak kita ambik "port" pasal Freemason ini.
Obsesi Melampau Terhadap Isu Ini...penuh dengan SARCASM! |
Komen aku mudah, buat apa nak hu ha hu ha bising-bising pasal benda yang tak tentu betul ke tidak ni, sesuatu yang dirumus berdasarkan andaian dan pemikiran yang kadangkala lebih bersifat PARANOID. Adalah lagi penting untuk kita Ummat Islam terutamanya untuk peduli benda lebih penting seperti isu AKIDAH berbanding isu FREEMASON dan ILUMINATI ini.
Sebab apa aku tulis macam tu? Sebab AKIDAH ialah asas dalam kita beragama. Kalau kita sibukkan diri dengan memperkuatkan diri mempelajari, memahami persoalan asas AKIDAH, insyaAllah diperkuatkan diri kita oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian fitnah akhir zaman ni. Lagi satu, disebabkan benda Iluminati dan Freemason ni merupakan sesuatu yang penuh kesamaran, boleh jadi apa yang kita baca, kita tengok orang dok share itu satu "twist" akibat pemikiran PARANOIA dan boleh menyebabkan kita terjerumus dengan fitnah.
Atau kalau kita sudah kononnya lengkap persoalan AKIDAH, banyak lagi cabang ilmu agama lain yang kita boleh pelajari seperti FEKAH, TASAWWUF, ILMU AL-QURAN, ILMU HADITH dan banyak lagi. Jadi alasan untuk menyatakan kita kena "belajar" pasal taktik musuh-musuh Islam berpaksikan Iluminati dan Freemason untuk merosakkan minda dan pemikiran Ummat Islam sejagat boleh kita tolak.
Atau kita boleh lah mengikuti perkembangan isu orang Islam Rohinghya di Myanmar yang dibantai oleh puak pelampau Buddha, isu Syria mahupun isu Palestin yang sememangnya menuntut pemerhatian dan pertolongan kita atas nama saudara seagama. Jadi sudah habiskah kita melakukan ini semua sampai kita nak peningkan kepala nak pikir pasal Iluminati dan Freemason.
Dan sekiranya kita memang sudah mengetahui pun taktik musuh-musuh Islam ini, apa kita boleh buat? Mampukah kita untuk melawan apa yang kononnya telah dirancang dengan begitu teliti oleh puak-puak pendokong Iluminati The Elitists dan Freemason ini. Mampukah kita nak lari dari semua HIDDEN AGENDA itu semua? Jadilah kita hanya takut dengan bayang-bayang sedangkan hal sebenarnya banyak lagi yang lebih penting kita uruskan.
Walaupun macam mana pun, aku tak lah menolak kewujudan secret society ini. Sebab kalau tengok kat beberapa bandar di Malaysia ni memang ada Freemason Lodges. Cuma itulah, berpada-padalah. Jangan sampai jadi taksub. Takut terpesong akidah, sebagai contoh ada yang mungkin "teryakin" bahawa semua yang berlaku di dunia hari ini adalah mengikut acuan Yahudi yang menguasai segalanya. Itu salah. Hakikatnya ini semua kerja TUHAN!
Jadi, satu ayat untuk aku simpulkan pasal isu ini ialah, "THE WORST ENEMY IS OURSELF, NEITHER JEWS NOR THE ELITIST OF FREEMASONS."
Untuk menutup tulisan aku kali ini, aku nak share apa yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam status Fan Page Facebook beliau. Aku hanya copy-paste tanpa mengubah mana-mana struktur ayat.
[OLIMPIK LONDON 2012 = PERANCANGAN ILLUMINATI ?]Salam 13 Ramadhan.
Olimpik London 2012 = Perancangan Illuminati untuk menimbulkan kehuru-haraan.
Orang mula menghujani perkara ini di inbox saya. Soalan meminta pengesahan.
Maka di sini respon saya.
1 - Saya tidak pasti. Ada kemungkinan benar, dan besar kemungkinannya ini hanyalah paranoid sahaja. Orang membuat kajian, kita respect usahanya mengkaji. Benar atau tidak benar, kelihatan terlalu paranoid atau tidak, itu bergantung.
Kadangkala perkara-perkara konspirasi ni, sampai The Awakening Record(lambang dia Piramid) pun dituduh ejen Freemason. Angkat tangan kat dada sikit je, sudah dituduh upacara sembah Tuhan Matahari. Jadi kadangkala, ianya terlalu melebih-lebih.
Nak percaya 100% tak boleh, nak tolak 100% pun sebenarnya tak boleh juga.
2 - Cumanya saya suka la bila isu ini dibisingkan, untuk mengajak saudara-saudari yang ada di Page Hilal Asyraf(Official) ini muhasabah sebentar.
Kita lihat ya, gempak benar kita bila mendedahkan perancangan Freemason dan Illuminati. Kita hanya mampu tercengang, takut, tergamam, dan berharap ianya tidak terjadi, apabila setiap perancangan mereka didedahkan.
Nampak lemah sangat kita ni kan?
Kalau ianya didedahkan pun, kepada kuasa mana di atas muka bumi ini selain Allah SWT, mampu kita harapkan untuk menjadi wakil kita menghalang perancangan Illuminati dan Freemason?
Tiada. Ya, tiada.
3 - Ini adalah bukti betapa lemahnya kita. Hanya mampu mendedahkan, share, kemudian berharap dengan harapan kosong. Masalahnya di mana?
4 - Masalahnya adalah pada diri kita. Kita benci Illuminati dan Freemason, takut dengan perancangan mereka, gerun dengan betapa telitinya mereka. Namun kita sendiri tidak berusaha membina diri kita, mengumpulkan kekuatan kita, merancang perancangan dan strategi kita.
Kita tidak punya projek untuk membangunkan ummat ini, kita tidak punya strategic planning untuk menumbangkan sistem jahiliyyah hari ini.
Kita biarkan diri kita menjadi hamba kepada sistem, kita biarkan minda kita dibasuh dengan tatacara hidup barat, mengkagumi selebirti-selebriti, larut dengan hiburan.
Ada dari kalangan kita berdakwah, namun sekadar sibuk menjadi jaguh di Masjid, bergaduh sesama sendiri, dan sibuk membicarakan perkara yang tidak membangunkan minda serta ummah.
5 - Kemudian bila terdedah kepada kita perancangan Illuminati dan Freemason, yang sebenarnya kita sebarkan hakikatnya bukanlah awareness, tetapi KETAKUTAN kepada Illuminati dan Freemason itu sendiri, sekaligus bertepatan dengan perjuangan Illuminati dan Freemason yang mahu memperhambakan kita.
Kita hanya mampu TAKUT kerana?
Kerana kita sendiri, sepanjang umur kita ini, tidak pernah bersedia, membina kekuatan, melaksanakan strategi, mengumpul angka mereka yang sudi mahu berjuang, melahirkan pemimpin-pemimpin yang mantap, membina minda, membina daya saing kepada jahiliyyah yang kini memegang sistem hari ini.
Akhir kata daripada saya akan hal ini,
bukanlah kegemparan dan ketakutan terhadap Illuminati dan Freemason untuk rancangan mereka pada Olimpik 2012 ini(jika benar) yang patut kita besar-besarkan.
Tetapi malulah pada diri sendiri,
kerana hanya mampu takut dan gentar,
dan terpana dengan 'kelicinan, kelicikan, kebijakan mereka dalam merancang dan menyusun pergerakan'.
Marilah kuatkan diri.
Bina peribadi.
Masyarakat.
Keluarga.
Negara.
Kembalilah kepada Islam yang sebenarnya, memperbaiki diri dan mengajak orang lain. InsyaAllah, bermula dari situlah akan datangnya kekuatan kita.
Sekian.
ahhh sudah...sampai underwear tuu pun dikatakan iluminati
ReplyDeleteHaha tu satu sindiran sarkasm sebenarnya, taksub punya pasal.
DeleteNo komen... tak tahu cerita...
ReplyDelete