Komrad

Aug 9, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 20 Ramadhan. Bermakna tak masuk hari ni, kiranya ada 8 atau 9 hari saja lagi sebelum bulan Ramadhan ni akan berlalu meninggalkan kita. Dan seperti biasa kita dengar, bila dah masuk yang 10 hari dan malam terakhir ni, mesti sinonim dengan Malam Al-Qadar ataupun Lailatul Qadr.

Rujuk Surah Al-Qadr.


Terjemahannya:

  1. Sesungguhnya telah kami turunkannya (Al-Quran) itu pada malam Al-Qadr.
  2. Dan tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr?
  3. Malam (Al-Qadr) yang lebih baik dari seribu bulan.
  4. Turunnya malaikat-malaikat dan Jibrail AS pada malamnya, dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala urusan.
  5. Selamat sejahteralah malam Al-Qadr sehinggalah menjelang fajar.
Yang di atas ni hanya terjemahan sahaja. Kalau nak tau tafsir boleh rujuk kitab-kitab Tafsir (bukannya Al-Quran Terjemahan!), boleh cari juga Asbabun Nuzul. Tapi lagi baik kalau berguru nak tau tafsirnya.

*Aku sertakan link nak baca, boleh tau serba sedikit tafsir Surah Al-Qadr.

Jadi, satu persoalan yang memang klise setiap tahun; agak-agak dapat tak kita jumpa Malam Al-Qadar tahun ni? Jawapan aku senang je. Malam Al-Qadr ni kita cari ke, kita buat tak kisah ke tetap akan tiba. Cuma kalau nak kita sedar dan tau malam tu Malam Al-Qadr ke tak, ni yang susah. Yang ni kena cari.

Macam mana nak cari? Jawapan bagi ni bunyinya senang tapi kadang-kadang susah nak buat. Guru aku dulu pernah kata, bukan senang nak rasa best-nya Malam Al-Qadar ni. Ramai yang tak sedar. Katanya lagi, cuba minta, berdoa kepada Allah supaya berjumpa secara langsung dengan malam ini. Tapi bukan takat berdoa saja, kena istiqamah beribadah.

Dan bagi aku cara paling mudah ialah dengan buat je amalan-amalan sunat ni dengan banyak dan penuh bermakna setiap malam Ramadhan lagi-lagi dah masuk 10 malam terakhir ni. Jangan nak target malam-malam tertentu saja. Untung-untung malam tu Malam Al-Qadr yang mulia, nah untunglah. Walaupun kita mungkin tak sedar malam itu Malam Al-Qadar, tapi pahala tetap berganda. Tengok sajalah dalam ayat ketiga surah Al-Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Seribu bulan tu lebih kurang 83 tahun la. Banyak kan?

Jadi macam mana? Pilihan terletak kat tangan kita. Nak buat tak nak buat, nak cari tak nak cari. Itu saja. Apa pun, kalau dah banyakkan amalan di bulan Ramadhan kenalah ada kesan dan effect kat kita. Maksud aku, jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Lagi satu, kena teruslah buat sepanjang masa walaupun mungkin taklah serancak dalam bulan Ramadhan (sebab bulan puasa feeling dia lain sikit, semangat tinggi).

Selamat Mencari Malam Al-Qadar!

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?