Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia
Entah kenapa malam ini aku tetiba tergerak nak tengok pasal bunuh diri. Bukan la aku nak bunuh diri, nauzubillahi min zalik. Tapi kekadang aku suka sangat mencari kat Internet benda yang jarang orang nak amik port pun, contohnya bunuh diri.
Dan dari apa yang tengok, mengikut National Suicide Registry Malaysia (NSRM), bilangan orang bunuh diri di Malaysia ni dari Januari sampai ke Ogos 2010 ialah 425 orang. Tu dua tahun lepas, yang terbaru aku tak pasti pulak. Kira ramai tu, bayangkan la dalam masa lapan bulan banyak tu. So, kiranya dalam sebulan 53 orang bunuh diri.
Apa yang aku perhati antara punca bunuh diri ni sebab dorang kecewa dengan kegagalan. Tak kisahlah gagal bercinta ke, gagal dalam bisnes, gagal dalam kerjaya mahupun pelajaran. Untuk orang Islam, berdosa besar bunuh diri ni. So, aku pun tergerak hati lah nak berkongsi macam mana kita nak berhadapan dengan kegagalan.
Dalam entry aku sebelum ni, mungkin sesetengah dari korang dah tau yang aku sendiri pernah mengalami kegagalan besar iaitu gagal dalam pengajian universiti. Dan aku memang paham macam mana perasaan orang yang bertemu dengan kegagalan ni. Aku sendiri dulu pun sedih, rasa rendah diri dan fikiran selalu dibayangi perkara negatif sampai satu peringkat aku rasa hidup ini macam useless. Okey mari kita kembali ke topik sebelum aku melalut lebih jauh.
Lumrah bila berlaku kegagalan mesti ada sebab yang menjadi puncanya. Sebab aku yakin, setiap benda yang jadi di dunia ini ada puncanya. Contoh macam ada orang terluka kulitnya, mesti ada puncanya macam terkena pisau, ataupun terjatuh dan macam-macam lagi. Jadi untuk mengatasinya, kita mesti berupaya mengenal pasti punca nya, supaya kita dapat mengelakkannya dari berlaku di masa depan. Begitu juga dengan kegagalan. Kenal pasti punca kegagalan, fikir dan cari langkah untuk mengelakkan ia dari berlaku semula.
Seterusnya, seperti yang aku nyatakan tadi, bila gagal kita akan mengalami tekanan perasaan dan ini sangat bahaya sebenarnya. Maksud aku tekanan perasaan akan menyebabkan kita sentiasa berfikir perkara-perkara negatif. To make it worse, sampai fikir nak bunuh diri. Jadi untuk mengelakkannya kita kenalah sentiasa berfikiran positif. Fikirkan, pasti ada hikmah di sebalik peristiwa yang berlaku. Isi masa kita dengan melakukan perkara berfaedah.
Macam aku dulu, bila stress aku banyak kan membaca buku-buku agama, buku falsafah dan buku sejarah. Sebab bagi aku buku-buku macam ni banyak membantu aku dalam mem-positif-kan pemikiran. Paling penting, bacalah Al-Quran bagi yang beragama Islam, kerana di dalamnya terkandung penawar. Nak cari buku lain? Aku cadangkan baca buku La Tahzan (Jangan Bersedih) tulisan Dr. Aidh Al-Qarni, Success Through Failure: The Paradox of Design tulisan Henry Petroski, buku Berani Gagal (Dare to Fail) tulisan Billi Lim ataupun buku-buku tulisan Mitch Albom.
Kemudian, bersosial itu amat penting bila kita dalam keadaan stress akibat kegagalan. Maksud aku bersosial bukanlah pergi kelab malam semua tu, tapi bergaul dengan masyarakat atau paling kurang dengan ahli keluarga. Sebagai contoh, ajaklah keluarga pergi berkelah di hujung minggu, atau bersukan. Semua ini akan mengalih perhatian kita dan percaya atau tidak, ianya bagus untuk mengembalikan keyakinan diri kita juga. Lagipun boleh lah kita merapatkan hubungan dengan keluarga atau pun member-member.
Dan the ultimate thing ialah dekatkan diri kita kepada Yang Maha Kuasa. Mungkin kita diuji ni sebab dulu kita lalai jauh dari-Nya. Sekarang cuba kita muhasabah dan tengok kembali amal ibadah kita sebelum ini. Untuk yang bukan beragama Islam, mungkin ada cara masing-masing mengikut agama masing-masing. Bagi yang beragama Islam, banyakkanlah memohon ampun kepada Allah SWT kerana siapa tahu ini kifarah dosa kita terdahulu. Banyakkan juga ibadah sunat seperti solat hajat, puasa sunat, berzikir, baca Quran dan bersedekah. Paling penting juga, jaga amalan ibadah wajib. Di samping itu, minta ibu bapa mendoakan kita bagi yang masih mempunyai kedua mereka, kerana doa ibu bapa ini tinggi khasiatnya dan mustajab. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
***
Itulah antara beberapa petua menghadapi kegagalan yang dapat aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku sebelum ini. Macam mana teruk pun gagal, aku selalu ingatkan diri aku supaya tak putus asa sebab aku berpegang "There will be a silver lining after the darkest cloud" kalau kita berusaha. Dan Alhamdulillah, aku survived dari sebarang benda-benda tak diingini dan insyaAllah akan kembali ke "sekolah" hujung Ogos nanti. Yang penting mental kita kena kuat, jadi taklah menjadi sebahagian dari statistik dalam National Suicide Registry Malaysia, semoga kita dijauhkan darinya.
Semoga bermanfaat!
Adios!
*Gambar-gambar ialah hasil carian Google. Kredit kepada tuan empunya gambar*
Bunuh diri akibat dari putus asa
ReplyDeleteOptimis, semangat, dekatkan diri ke padaNya.barangkali solusinya
Sebaiknya begitulah
Deletemantop!!aq dlu bljr kt uia tp dsbbkn aq terolalu sebok n x pntgkn bnda yg pntg..xpsl2 ja kna dsms.huhu..skrg tgh cuti la tggu plak uitm..kt uitm nk mbik dip.acount lps tuw cntnue dgre n smbg tros ngn pro.acount..x nk dh ulang bnda yg lpes..kecewa gila..malu kowt!!
ReplyDeleteBetul, learn from mistake. Good luck di uitm nanti
Delete