Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia
Agak lama juga aku tak update, lepas beberapa hari yang agak sibuk dan takde benda nak tulis apa. Jadi kali ini aku nak share dengan korang satu video yang mungkin ramai dah tengok, tapi siapa belum tengok bolehlah tengok kot.
Kualiti video kurang memuaskan
Dorang dua ni siap bawa pedang samurai lagi, ala-ala yakuza dah. Lepas tu dari apa yang aku baca kenyataan PDRM, dorang telah merosakkan beberapa harta benda orang seperti kereta. Dan setelah gagal mematuhi amaran dari PDRM, mereka telah ditembak oleh polis. Boleh dengar bunyi tembakan dalam video tu. Itu merupakan tembakan untuk melumpuhkan anggota tubuh macam kat tangan atau kaki.
Nak dijadikan cerita, lelaki yang mengamuk tu mati di Hospital Putrajaya. Mungkin akibat pendarahan ataupun komplikasi lain. Yang perempuan tu pula tak pasti, tapi yang pasti dia cedera kat peha.
Orait, bila nengok kat komentar orang pasal benda ni MalaysiaKini, kat FB. Ramai yang kaitkan dengan politik. Well dah memang jadi habit Meleis semua benda nak kait dengan politik dari big fish sampailah ke ikan bilis, sampai kalau boleh isu jamban tersumbat pun boleh kata PR salah guna kuasa la, BN tipu duit rakyat lah. Tapi itu biarlah. Suka hati dorang la, dah FB dorang. Satu kelompok lagi salahkan polis sebab tembak dua orang nih. Pertikai kenapa tak guna taser lah, itu lah ini lah.
Untuk golongan commenter yang macam ni, agak-agak tau tak SOP untuk polis bila berhadapan dengan benda macam ni. Kena ingat, dua orang ni terang-terang mengganggu keamanan dan bukan takat potentially dangerous, ni dah memang seriously dangerous. Tapi aku taknaklah ulas lebih-lebih sebab aku pun taktau sebab aku bukan polis. Satu benda yang memang selalu nampak kat Malaysia, bila polis tembak orang buat kacau, buat jenayah ramai orang bising. Tapi bila polis mati kena tembak dengan bandit-bandit ni, orang tak kisah pun. So that's the mentality, mostly the keyboard warriors'.
Apa pun, kepada sesiapa di luar sana satu je pesan aku. Fikir dulu sebelum buat. Ringkas tapi bermakna. Oleh itu, aku menutup tulisan aku kali ini.
*P/s: Orang hairan kenapa boleh mati kalau kena tembak kat bahu/lengan (???) dan ari-ari. Aku tak hairan sebab kalau kena arteri memang bahaya. Lagi bahaya kalau dapat shock sebab blood lost. Lagi satu mungkin PDRM dan pihak penguatkuasaan undang-undang yang lain boleh kaji sesuatu cara nak mengatasi masalah ni berulang kembali
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?