Komrad

Jul 4, 2012

"Yakuza" Di Kompleks Karamunsing

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

*Entry ini akan menggunakan Sabahan style-writing*


Tadi ada la kawan aku share ini video di Facebook sama Twitter. Sekali buka, naa kau. Ini angkol (uncle) berabis dia memanas, mengamuk sana di kedai SenQ di Kompleks Karamunsing.

Punya berabisan dia memaki, humban-humban barang, teriak-teriak sampai tendang itu display rack. Aku pun ndala pasti kenapa juga dia mengamuk. Tapi dari apa yang tertulis di description dan apa yang dia cakap dalam video tu, nampak macam itu SenQ menipu dia bilang.

Menipu macam mana? Aku pun ndatau pasal aku sendiri nda pernah membeli barang di SenQ ni lagi. Tapi dalam komen-komen tu bilang, barang di sana mahal, sama itu dia punya pekerja macam sombong-sombong la, memilih pelanggan la. Ntah la, betul kali.

Tapi aku rasa ini cara macam nda berapa ngam oh angkol. Kau pigi humban-humban, kasi pecah barang itu nda bagus ooo. Silap-silap boleh didakwa pasal menceroboh, mengganggu keamanan dan merosakkan harta benda orang. Kalau iya pun kena tipu, nda puas hati terus la jumpa itu manager bagus-bagus. Ndapayah mengamuk macam itu. Kalau ndapun, kasi report terus sama itu Tribunal Pengguna.

Haiya, macam-macam ooo. Nasib baik dia nda kasi pecah segala itu LCD TV, itu laptop Sony, itu MacBook semua segala yang kena display. Kalau nda, sia-sia mau mengganti. Kui kui kui

*Bukan semua orang Sabah macam ini*

14 comments:

  1. kononnya sebenarnya staff di kedai senq cakap sama pelanggan bahawa kedai uncle di centrepoint tak ada jual Pioneer punya product... sebenarnya dia dealer untuk pioneer beribu ribu tahun sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo, iyaka? Yang mana satu kedai uncle tu CP? Tapi main sembarang ja itu staff kalau cakap macam tu, haha.

      Delete
  2. Manager tak keluar dari bilik terus aku ada kat situ...takut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manager sudah ketar-ketar ketakutan agaknya di bilik, haha

      Delete
    2. Bkn semua org sgt senang mcm uncle tu. Mukin manager tu x masa?

      Delete
  3. perh... nasib baek die hentar laptop kat ctu.. haha.. cuak gler sape yg kerja kat situ.. scary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agakla, tengok muka staff perempuan tu. Obvious sangat muka ketakutan.

      Delete
  4. adehh..inda patut

    ReplyDelete
  5. kdg2 aku rasa silap jua org yg upload nie video. Sbb bila org luar tgok, mksd aku yg bukan sabahan, kdg2 dorg anggap semua org sabah begitu. HUHU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, itu yang aku tulis paling bawah tu *bukan semua orang sabah macam ini*

      takut jadi salah paham juga pula nanti kan

      Delete
  6. More and more uncivilised people popping out. First Bersih to jeopardised things... now Angry uncle

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/05/angry-rival-terrorises-senq-outlet/

    ReplyDelete

Sebarang masalah?