Komrad

Jul 4, 2012

Majlis Pertunangan dan Perkahwinan Hari Ini

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Sebenarnya dah lama aku nak tulis entry pasal ini. Tapi entah kenapa tak tertulis-tulis juga. Dan akhirnya selepas beberapa bulan aku rasa, aku dapat merajinkan jari menaip entry ini.

Sejak berlakunya booming of Internet ni, photo sharing semakin cepat dan mudah untuk dilakukan. Dan tak ketinggalan foto orang bertunang dan berkahwin. Dan aku pula jenis suka usha atau nama paranoia nya STALKING gambar orang kerana aku memang berminat dengan fotografi tanpa niat yang tersembunyi. Jadi agak banyak jugala gambar orang bertunang dan berkahwin yang aku tengok.

Apa yang aku perasan, sekarang majlis-majlis macam ni semakin grand berbanding mungkin 10 tahun yang lepas. Mungkin sesuai dengan mobiliti sosial di mana kemampuan membeli semakin meningkat, jadi mungkin taraf hidup rakyat pun makin meningkat lah kan? Tapi sebenarnya aku banyak berfikir pasal keperluan untuk mengadakan majlis-majlis grand macam ni.

Sekarang, sesetengah orang, even majlis bertunang pun siap ada kerusi pelamin. Siap ada lighting dengan curtain segala macam. Dah macam majlis nikah dah. Lepas tu, siap ada si lelaki sekali ikut sana. Padahal aku rasa dulu-dulu si lelaki ni tak ikut pun. Hanya ibu bapa dan sanak saudara terdekat saja yang pergi ke rumah si wanita. Lepas bertunang, "bersanding" lagi di pelamin. Dan ada juga yang pegang-pegang tangan. Wah, tak kahwin lagi selamba badak pegang tangan anak dara orang.

Naknye dijadikan cerita pakaian pasangan ni pula sedondon yang aku rasa memang khas untuk bertunang. Tu tak masuk lagi berdulang-dulang hantaran pertunangan dan nanti kahwin ada lagi hantaran lain. Pastu, panggil lagi jurugambar, konon nak buat engagement photography. Persoalannya sini, berbaloi ke keluar duit banyak untuk semua itu? Ini baru tunang.

Bab nak nikah lain lagi. Lagi banyak keluar duit. Hari nikah baju lain, hari bersanding baju lain yang kadang-kadang sampai 2,3 pasang, yang sudah pasti mahal. Lepas tu, pelamin lagi mesti cantik-cantik macam fairy tale wedding, siap ada budak-budak perempuan bawak bunga lagi (tak semua ada yang ini). Dengan kad jemputan unik yang aku sudah pasti lebih mahal berbanding kad jemputan kahwin biasa. Dan seperti biasa, khidmat jurugambar amat diperlukan untuk gambar kahwin dan sekarang aku tengok dah jadi trend nak buat pre-wedding photoshoot la, post-reception photoshoot la. Oh ya, khidmat jurumekap profesional jangan dilupa. Semua tu pun dibayar dengan duit.

Persoalan dalam fikiran aku sekali lagi, berbaloi ke kita habiskan duit untuk semua tu?

Mungkin ada orang tak bersetuju dengan aku, lebih-lebih wanita sebab aku selalu berbalah pendapat dengan kaum hawa pasal hal macam ni. Alasan? Majlis ni sekali seumur hidup. Logik juga tu. Takpe itu pendapat masing-masing.

Bagi aku, simple is better. Lagi-lagi part bertunang tu. Sebab dalam Islam pun kata kalau bertunang tu tak perlulah heboh-heboh. Dan bila ada majlis besar-besaran untuk bertunang sahaja, ia lebih kepada menunjuk-nunjuk aku rasa walaupun mungkin tanpa sedar. Lagipun, tak konfem lagi kalau bertunang dengan orang ni, besok-besok kita akan kahwin dengan orang ni. Jadi buat majlis pertunangan secara kecilan pun dah cukup.

Pasal kahwin ni pula, mungkin kadang-kadang agak susah sikit. Sebab ada kawan aku bagitau, dia nak majlis yang biasa-biasa saja, tapi mak bapak dia nak yang grand. Dengan hantaran lagi yang mahal. Bagi aku yang penting majlis nikah tu. Yang majlis persandingan / wedding reception tu semua sepatutnya sampingan je tapi memang aku rasa dari dulu sampai sekarang ini macam jadi keutamaan pula. Dan itu semua pastinya menelan berpuluh malah kadang-kadang beratus ribu ringgit kalau tak keterlaluan.

Okay, aku stop di situ.

Apa-apa pun aku rasa paling bagus ialah kita kalau nak buat majlis perkahwinan pun biarlah berpada-pada. Cuba kita bayangkan macam mana orang yang kurang berkemampuan. Macam mana dorang kahwin, agak-agak kalau buat kenduri kahwin pun mungkin berkali ganda jauh lebih simple berbanding kebanyakan kita hari ini. Fikir-fikirkan.

*P/s: Apologi sekiranya menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

6 comments:

  1. Betul pula kan, dulu dan sekarang memang jauh berbeza~ Hee..~ Nanti Safwan tunang, plan macam mna? hehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunang biasa ja. Setakat ada saudara mara dgn kawan rapat. Heeeee, majlis kawin pun biasa-biasa. Tidak la sampai wedding of the year. haha :)

      Delete
  2. yup, im agree wit u..
    kalau btunang tu spatutnya simple2 jak tapi orang sekarang btunang macam kawin suda..
    bab parents tu pn betul jugak, kdg2 kita mo simple (lau boleh nikah jak) tapi parents especially ibu2 mo buat psandingan yang grand2 & hantaran mahal2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tempat aku haritu ada orang btunang siap ada cabutan tiket btuah lagi, karaoke la. Bersanding. Hebat betul.

      Bab parents tu susah juga kan, huhuhu.

      Delete
  3. buat biasa2 dah.. pendek kata ikut pada apa yg mmpu, tak yah nk lwn2 jiran lain.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul, kalau majlis grand sangat tapi hutang keliling pinggang pun tak best juga.

      Nasib baik takde pertandingan majlis perkahwinan peringkat kampung ataupun taman perumahan

      Delete

Sebarang masalah?