Komrad

Showing posts with label College Life. Show all posts
Showing posts with label College Life. Show all posts

Mar 19, 2013

Kesunyian Yang Lama

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Dah agak lama aku tak update blog ni. Agak-agak macam dah 2 bulan rasanya. Nak buka blog pun jarang, apatah lagi nak post entry baru. Memang ke laut la jawabnya. Ah, persetankan itu semua! Sini aku update blog ni.

---

Alhamdulillah, aku baru je habis block 2 untuk 1st year MBBS UIA Kuantan ni. Block ni pendek sikit banding block 1 tapi entah, sebab banyak sangat benda nak buat aku rasa macam pendek sangat la pula. Huha sana, huha sini tup tup, dah exam dah. 

Lepas exam 3 hari (exam sekejap tapi seriously sangat packed sebab semua subjek sumbat dalam 1 paper sekaligus), maka kitorang pun cutila. Mula-mula, aku taknak balik pasal ingat nak ronda-ronda sikit tapi entah apa angin aku, tiba-tiba rasa nak balik pula. Ditambah dengan keadaan Sabah yang sekarang ni famous dengan isu "Soltan Sulu" di Lahad Datu, so aku pun tukar keputusan. Maka balikla aku.

Cakap pasal Soltan Bahlol Tiram ni (aku saja tak guna "nama sebenar" dia sebab Jamalul Kiram maksud dia baik, rosak nama tu nanti), aku rasa sangat mindblown. Kelakar pun ada. Ya memang dulu sebahagian dari Sabah ni di bawah Kesultanan Sulu tapi itu dulu. Sejarah hanya tinggal sejarah. Dah macam Liver-fool dah Soltan Tiram ni, bangga sangat dengan sejarah. Dan aku pun malas la nak ulas pasal perjanjian apa entah tu, pasal aku takdak rujukan sangat. Nak google, benda macam ni banyak sangat under the smoke (memandai je aku buat idiom baru). So let it be la.

Masa aku tengah tunggu adik aku di airport LCCT KK. Askar ni tunggu bos dia satu flight dengan adik aku.

Seriously, masa tengah baru nak panas cerita pasal isu Lahad Datu ni aku memang dah agak dah benda ni akan jadi lama. Dengan banyak khabar angin di Facebook, Twitter, blog dan macam-macam lagi, memang sangat mencuakkan. Waktu itu, banyak sangat khabar angin sampai satu tahap, konon perang besar kat Sabah dah inevitable. Masa tu, aku rasa kebanyakan orang Sabah yang berada di luar Sabah memang tengah risau gila. Aku dah la nak exam, bila pikir benda benda macam risau la juga. 

Kenapa risau? Sebab ada satu benda je. Orang Sabah rasanya tak risau sangat kalau benda ni hanya jadi kat Lahad Datu atau pun hanya setempat saja. Tapi masalah dia, orang Sabah takut benda ni merebak ke tempat lain di Sabah. Dah la ramai sangat pendatang dari Selatan Filipina yang mungkin ramai mereka yang sebangsa dengan Soltan Tiram tu. Jadi itu buat orang takut.

Tapi, bukan la bermakna semua orang Suluk/Tausug ni jahat. Ramai juga yang baik. Aku sendiri pun ada member orang Suluk. Aku pernah baca kat FB, ada satu orang Semenanjung ni post kata orang Suluk ni bangsa pendatang la, jahat la. Well, itu racist bro. Untuk pengetahuan semua, bangsa Suluk ni satu bangsa yang diiktiraf sebagai salah satu bumiputera Sabah. Paduka Mat Salleh, Tun Datu Mustapha tu pun ada darah Suluk.

So jangan la generalise semua orang Suluk tu jahat la, ganas la. Sebab ada dua jenis, satu Suluk tempatan, satu lagi memang pendatang yang baru datang. Tapi ada masalah, sebab yang pendatang yang baru datang ni pun ada IC juga, sebab Projek IC dulu. Dan satu lagi masalah, sesetengah Suluk tempatan ni ada yang sokong benda alah ni. Mak aku kata, kawan dia bagitau orang Suluk ni memang jaga hubungan sesama bangsa dorang. So, kalau orang cari pasal dengan sorang Suluk, kemungkinan untuk orang Suluk lain backup dia amat tinggi walaupun tiada hubungan saudara. Kalau ada hubungan saudara, lagi la.

Lepas tu, orang kata ada kaitan politik. Hmmm, aku taknak la ulas lebih-lebih tak pasal-pasal kena dakwa nanti. So, better play safe. Jangan jadi macam sorang cikgu kat Kelantan tu. Memang bangang abadi. Kalau kot ye pun nak sangat kutuk polis, simpan sendiri je la. Ni post kat Facebook. Sekarang padan muka kena tahan, siap kena gantung kerja lagi. Entah-entah esok lusa kena buang terus. Bangang selamanya.

Apa pun, aku tumpang bersedih dengan kematian anggota polis dan tentera kita yang meninggal dunia tu. Serius bila tengok berita kat TV, tengok video kat Youtube, baca itu dan ini, memang menyedihkan. Lagi-lagi bila tengok keluarga mereka, aku tumpang simpati. Lagi-lagi yang ada anak kecil, memang sungguh haru. Dah la ada sesetengah polis yang meninggal tu yang diseksa mayat mereka dengan kejam.

So far, aku nampak majoriti rakyat Malaysia yang ikut sama mendoakan kesejahteraan negeri Sabah, berbanding yang menghina. Bagus, bagus! Terima kasih semua.

"Hidup biar sederhana. Bila gatal, garu."



Jun 9, 2010

Keh-Em-Es

Assalamualaikum...

Abg dah bergelar penganggur terhormat buat masa ini...tak tau nak buat apa...so abg amat rajin utk mengunjungi laman sesawang tak kirala blog member-member, fesbuk, berita hairan, malaysia kini dan yg sewaktu dgnnya...dlm tgk-tgk blog abg perasan yg ramai member-member yg cerita balik psl pengalaman kt Keh-Em-Es...kenangan mengusik jiwa la katakan (dipetik dari SINAR FM).

So, abg pun buat keputusan nak cerita la sikit apa yg abg suka lalui kat Keh-Em-Es ni....

1. Abg suka tidur di pelbagai katil...tak tau knapa mungkin sbb abg jarang kemas katil sndiri...yg slalu jd mangsa katil siddiq, jhar, arep dan deedat...sampai member-member lain telah mencipta satu term iaitu mem-PAUS-kan diri...hebat sgt populariti abg.

2. Abg suka keluar lepak kat NKI Bistro sebelah Seremban Parade...ni especially weekend di mana abg dan member-member lain kuar dlm pukul 11 mlm dan berjalan kaki dlm kesuraman malam ke bistro...sje je lepak...sem 2 ialah zaman kemuncak fly ni bila abg kuar hampir setiap weekend.

3. Abg suka panjat pagar kolej...ni terjadi apabila gate B kunci psl dah lewat malam...dulu pagar ni rendah, senang panjat...tp la ni dah tinggi, susah nak panjat...tajam lg tu...mau tembus perut klu tersangkut...tp abg tabahkan hati panjat pagar sbab nak tgk match El-Classico Barcelona lwn Real Madrid kt bistro...kesudahannya, jari luka kena hujung pagar yang tajam..seluar koyak.

4. Abg suka beli kuay teow goreng + telur + sambal kat gerai lahuma....actually abg pun tak tau nama sebenar ketiga-tiga mereka...tp atas pengaruh novel RANJAU SEPANJANG JALAN karya SHAHNON AHMAD kitorg namakan mereka sbg Lahuma, Jeha dan Ali Ketopi...

5. Abg suka mempermainkan anjing-anjing kat taman perumahan sekitar Keh-Em-Es...pernah dikejar seekor anjing doktor India yg tinggal sebelah kolej..pastu ada 1 rumah cina yg anjing dia besar nak mampos...

6. Abg suka makan kat meja luar menghadap rumah PN. FOO TONG TONG....sebabnya? Abg boleh usha sesiapa saja yg lalu kat jalan depan kolej...dpt tgk matahari terbenam...sgt romantis gitu..rumah FOO TONG TONG turut tidak terkecuali.

7. Abg suka online kat bilik LT3...sangat sejuk di situ umpama berada di dalam peti sejuk...

8. Abg suka dgr ceramah Cikgu Jowel...dia ni bekas kaunselor kolej...asal Sandakan...memang kelakar sungguh Cikgu Jowel ni...lawak dia memang berkesan.

9. Abg suka dtg bilik Pn. Rohana especially selepas exam....dia ni cikgu Biologi merangkap KJ Science...Sebab? lu pikir la sndiri...

10. Abg suka cikgu-cikgu yang ada kat kolej ni...walaupun dorang agak berumur, tp berpengalaman...dorang tgk abg dan member-member mcm anak sndiri...

Tu lah antara benda-benda yang abg suka kat Keh-Em-Es ni....banyak lagi sebenarnya tp klu nak tulis kat sini rasa nya dua hari dua malam pun belum tentu habis....duduk buat IB 2 tahun kat Keh-Em-Es ni byk ajar abg invaluable things yg abg tak kan dpt dlm kelas akademik....utk semua member-member abg, selamat berjaya...lpas ni mungkin susah nak jumpa korang...ada yg p india (Manipal dan Ramaiah), NZ, Aussie...korang memang best...thanks for the memories (mcm lagu the click five)

SAYA SAYANG KOLEJ MARA SEREMBAN

May 29, 2010

Rombongan Budak Farabi Kesepian

Assalamualaikum wbt...

Hari ni hari Jumaat...macam biasa hari Jumaat hari untuk kaum muslimin menunaikan solat jumaat....

Hari ni budak-budak kesepian FARABI yang dianggotai oleh Abe Ih (bos), Ciko, Bagong (Maharaja), Amsyi, Syaz, He' dan Roni bercadang untuk solat kat Masjid Negeri...harap maaf ye, aku bukan ahli group budak-budak kesepian FARABI ni tapi dek kesian, aku teman kan je la mereka-mereka ni....hehehehe

Aku, Ciko dan Abe berjaya "mengugut" Abang Amir yang perasan Sergio Ramos untuk menumpangkan kitorang naik kereta beliau ke Masjid Negeri....sejuk sikit, heheheh.

Khutbah jumaat sangat baku bahasanya, lebih baku dari post ini...lepas tu, apa yang ada kat screen besar tu lain dari apa yang Khatib sampaikan....

Lepas solat, kitorang ke Seremban Parade dan seterusnya ke tempat lepak kegemaran iaitu Terminal 1...nak tengok movie Prince of Persia...sampai kat kaunter tiket, mak aih ramai giler suku sakat kaum keling yang mengerumuni tempat itu....bak kata Abe, aku nampak hitam hari ni....bau badan menusuk hidung mula menular.

Tengok movie, aku rasa best jugala...tapi aku heran tul dengan Prince Dastan tu, time nak lawan orang pun sempat lagi nak cium Princess Tamina...tak tahan nafsu betol la mamat tuh.

Habis tengok movie, kaki cramp...sejuk. Keluar-keluar tengok hujan lebat....

Kitorang pun lepas tu lepak kat tempat makan kegemaran iaitu NKI bistro...aku order ROTI KOSONG 2 dan teh ais...agak lama juga duduk sana, lebih 1 jam juga sebab ingat nak naik SP time azan maghrib....ada Elly, Dayang dan Mahani lepak kat bistro juga...lepas tu Paan join sekali dengan kitorang.

Lepas solat maghrib, straight ke KTV nak karaoke...mula-mula masuk small room tapi ramai sangat so kene pindah medium room..RM30 sejam.

Agak kelakar time karaoke ni...Paling tak tahan, Paan pilih lagu SM. Salim dan lagu As Long As You Love Me, lagu Backstreet Boys...jambu betul....Kitorang pilih juga lagu Maharaja Bagong iaitu lagu Isabella..peh, best kaw-kaw

Lepas sejam, kitorang pun balik KMS...Paan angkut guna MyVi dia....the end

May 26, 2010

Sisa-sisa terakhir di KMS

Assalamualaikum...

Hari ni hari RABU...maknanya ada 4 hari lagi untuk aku tinggal kat Keh-Em-Es ni sebelum meninggalkannya...

Pagi tadi Abang Amir yang perasan macam Sergio Ramos datang bilik aku...

"Wan, korang ni bila nak kemas bilik ni?"
........
..........
.............

"Laaa abang Amir, kate sebelum subuh Khamis.."

itu antara dialog aku dengan Abang Amir merangkap Felo@Warden Blok Farabi.Actually budak-budak IB year 2 yang tak balik ni kena suruh pindah bilik lain sebab ada Budak MRSM PC nak datang tidur kat Keh-Em-Es ni. Aku pun kemas la barang-barang aku, then pindah ke Bilik Maharaja Bagong. Agak down di situ pasal aku tak dapat line internet...kat bilik aku laju kaw-kaw je internet...

Hari Ahad ni kitorang gerak ke Kem Mega Kristal untuk kursus Biro Tatanegara (BTN) selama 5 hari. Aku dah pernah ikut BTN time form 5 tapi 2 hari 3 malam je....kena beli baju kemeja putih lagi, adoyai...then jahit kasut sukan aku yang dah koyak sebab malas nak beli baru...kat rumah aku ada banyak lagi kasut sukan tapi rumah aku jauh sangat, camne nak ambik.

Hari-hari terakhir di Keh-Em-Es ni memang sunyi dan bosan...takde member dah..keje tido, makan, online, tido, makan, online...tu la rutin hidup aku + tengok movie kat laptop.

Esok aku nak settle kan buku-buku aku...nak post ke rumah...dah tanya kat Post Office. Abang tu kata RM5.50 sekilo...takpe, janji buku-buku tu sampai rumah aku...banyak jg collection buku aku...adala dalam 30 buku. Nasib baik aku dah bawa separuh time cuti bulan 3 dulu.

Agak kebosanan di situ...bye!

May 25, 2010

Bosan tahap gaban

Alhamdulillah, IB final exam dah habes...

Aku stay kat Farabi ni sampai BTN...agak-agak dalam 1 minggu juga la tersadai kat sini.

Bosan nak mampos...

Sedih pon ada...

Buka pintu bilik member....kosong...

Mandi kat bilik air...sunyi...

Makan kat DS...2 3 kerat je IB senior...

Nak keluar...takde duit...

DOWN....

Apr 3, 2010

Exam fever

Assalamualaikum wbt...

Isnin ni aku dah nak Trial Exam....pergh, cuak siot especially Physics, padahal SL je...dgn Math HL pun aku takde la cuak mcm ni. Bukan apa, rasanya mcm banyak sangat yang aku tak master lg bab Physics ni...Cikgu Hafizah kata aku bagus dlm Paper 1, sebab aku buat Paper 1 dlm masa 15 minit dan dapat 23/30. Tp masalahnya Paper 2 dan 3, crucial part ni la yang aku sangkut...

*Semalam budak-budak Ciko, Amsyi, EE dan lain lain p pasar malam. Pegi tak ajak siot. Then dorang p Fun Fair sebelah Central Point...aku nak pegi juga tp bila tgk wallet kosong je agak down la.

Feb 28, 2010

KUPAS

Assalamualaikum...

Akhirknya KUPAS ke 3 dah habis...tempohnya agak singkat iaitu selama hanya 2 hari dari 26 hingga 27 Februari tp banyak yg aku dpt belajar dan ketahui dari program ni.

Aku diamanahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Sameer utk menjadi Imam bagi Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Dewan Tun Hussien Onn...walaupun pd mulanya aku merasakan amanah ini sebagai 1 penghormatan, namun pd masa yg sama aku berasakan ianya sebagai 1 amanah yg begitu berat bagiku.

Imam...bukanlah 1 tugas yg mudah.Bukan semua org boleh mnjadi Imam....aku merasakan aku bukanlah org yg layak menjadi Imam namun kerana amanah aku lakukan juga.

Overall, KUPAS ni best juga. Tp dalam program2 yang diadakan,1 ceramah yg aku kurang puas hati (ceramah Brother Lim). Ceramah Ust. Fakhrurazi, bagiku sgt bagus dan berguna bg warga KMS khususnya dan Umat Islam amnya kerana membincangkan soal Iman dan Akidah yang sebenar bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Dari awal lagi aku mmg nmpak Brother Lim ni mcm menyebabkan aku kurang bersetuju dgnnya. Beliau mengatakan salah orang Islam di kampungnya yang menyebabkan ibu dan abangnya meninggal dunia dlm keadaan Kafir kerana tidak langsung ada usaha untuk memberikan pendedahan mengenai Islam kepada mereka.

Beliau menyatakan Orang Kafir boleh guna perkataan Allah untuk menamakan Tuhan mereka. Bagiku ini amat bersalahan dengan peganganku, beliau seolah-olah bersetuju meletakkan kalimah Allah yang Maha Suci itu kepada Tuhan yang orang kafir percaya yg dengan jelas menyekutukan Allah (Konsep 3 in 1 Trinity)

Beliau juga dengan selamba menggunakan kalimah Jihad untuk memaksudkan perbuatan hubungan kelamin. Pd mulanya kelihatan baik sahaja kerana digunakan utk menjelaskan hubungan suami isteri saja (yang suci dan satu ibadat jika kena caranya). Namun, apabila digunakan utk perbuatan bersekududukan @ zina @ adultery aku sangat tidak bersetuju kerana jihad ialah satu perkara yg suci dan merupakan jalan taqarrub kepada Allah.

Namun demikian, aku berterima kasih juga kpd Brother Lim yang sedikit sebanyak memberikan peluang kpd ku untuk memikirkan tentang persoalan adakah Bible itu Kalam Tuhan?

*Aku dapat anugerah Peserta Mithali...tak tahu kenapa tapi rasa segan pula sebab rasa tidak layak.

**Syabas dan tahniah kepada Saudaraku Jhar yg berani utk berdialog dengan Brother Lim tentang isu kalimah Allah. Walaupun kelihatannya beliau tewas, namun aku yakin masa kebenaran akan tiba kelak, Insya Allah.

Jan 24, 2010

Minggu Terakhir Januari 2010

Januari 2010 dah nak habis.

Keputusan peperiksaan sem 3 dah keluar...ramai yang meningkat, ramai juga yang menjunam.
Aku pun turut sama menjunam dan "dimarah" oleh Puan Rohana, cikgu bio kesayangan merangkap advisor EE aku.

Aku tengah bertungkus lumus menyiapkan redo IA Chemistry. Ingatkan dah siap semua rupanya ada 2 lagi yang aku tak perasan.

Tidak dilupakan IA Physics yang menimbun. Ada 4 lagi yang tak siap. Aku malas sungguh nak buat graf best fit ni.

World Lit aku juga menimbulkan problematik yang merunsingkan jiwa. Softcopy tiba-tiba hilang entah ke mana. Aku terpaksa menaipnya semula berdasarkan hardcopy yang dah di"conteng" oleh Puan Hasmah, cikgu Bahasa Melayu kesayangan kelas aku, MD43.

Extended Essay aku pasal Biology. Puan Rohana mungkin nak jumpa aku minggu ni.

TOK essay aku yang memeningkan kepala uban Pak Lan. Analoginya; kalau aku nak pergi mekah memang susah sebab tersesat sampai ke Kepulauan Fiji, tak sempat landing pun terus masuk Laut Pasifik.

Oral English...lagi hampeh. Aku orang pertama yang di"interview". Spontan aku menjadi gugup bila berhadapan dengan recorder.

Budak-budak yang apply UK Varsities tengah sibuk dengan interview mereka. Macam-macam cerita lucu dan sadis yang aku dengar. Ada yang apply untuk Manchester, Liverpool, Soton, Aberdeen, Cambridge dan tak dilupakan Newcastle Malaysia (NuMed). Semoga mereka semua mendapat tempat.

Tengah sibuk menyiapkan Nota IRP untuk semua subjek. Lagi pening kepala aku.

Puan Siti dah bagitau aku admission test untuk placement di Prague University, 1st Faculty of Medicine, Czech Republic 10/04/2010. Aku dah tengok juga sample soalan. MCQs Biology/Chemistry/Physics@Math untuk 3 jam. Semoga aku dan rakan dapat lepas test ni untuk dipanggil interview.

Aku dah mula merasai haba 1000000C dari International Baccalaureate ni.

*Cuti Raya Cina ni aku tak balik Sabah. Kolej suruh semua kosongkan asrama. Aku lagi bingung.

Aug 29, 2009

Sunyi-Sepi-Gelap-Bosan-Dingin

Aku balik awal ke kolej. Setelah lma menebalkan muka mnumpang kt rumah Ckgu Hasmah, akhirnye aku decide balik ke kolej...

mlm tu (Jumaat 8 ramadhan) aku sms Ckgu Ikhwan yg merupakan Otai Asrama.

"Ckgu,sy nk balik awal. Bulih ka?"

"Hang nk balik bila?"

"Mlm ni ckgu."

"Hang masuk ahad mlm jela"

"tp sy dh xde tmpt tinggal ni"

dipendekkan cerita

Ckgu Ikhwan suruh aku tnya Abang Amir dan dia kata ok je.

Tepat pukul 9.38 minit 15 saat aku smpai kt kolej dihantar oleh Cikgu Hasmah dn family yg berhajat ke kampungnya kt Johor.

Setelah pintu FARABI dibuka oleh Pak Guard, aku pun masuk ke dlm blok. Pergh, wa cakap sma lu, sunyi sepi dan gelap gelita siot.

Aku memberanikan diri masuk ke bilikku dan membuka suis lampu dan kipas.

"Malam ni tidur sorgla aku" bisik hati kecilku.

Tepat pukul 12.30 tgh mlm, lampu bilik aku padam secara otomatis kerana polisi kolej light off. Mujur study lamp ada 2 yg ok, dan aku pun on la.

Malam tu angin bertiup dgn kencangnya dan menambahkan lg keseraman...

Aku memasang bacaan ayat suci Al-Quran kt laptop bagi mnambah keberanian ku.

Sunyi-Sepi-Gelap-Bosan-DIngin.

*Alhamdulillah, mlm ni aku dh ada member. Hazwan T4 dah balik.

Jun 25, 2009

Suka Duka Si Anak Rantau

Aku dah nak jd senior minggu dpn...
Rse cm sekejap jek 1 tahun...
Dlu time memule masok aku rse sunyi...
Yela family dok sabah....

But,
I have my frens here...
especially my clasmates MD43...
and also others


MD43 and our lovely Pn.Hasmah and Pn.Zolbidah
(MD stands for Medic Dentistry)

The last day of Sem 2...

hmmm..

Buli..

Boys MD43

Safwan and Syazwan
ni tgh naik pikap p SK serting ULu

Aku gumbira kenal korg sumer...

*Credits to Syazwan yg sent gambar2 sumer guna YM.

May 20, 2009

EXAM....

Next week, aku dan semua IB Batch 4 akan menghadapi EXAM SEM 2.

banyak takut wooo,especially math yg ntah pape differential equation...pastu bio yg aku smpai sekarang masih kurg bijak nk explain pasal gene linkage dlm topic genetics.

Pastu sekarang penyakit batuk dan selesema dah menjadi satu rutin dan norm dlm KMS society... Dkt kelas aku bunyi batuk dan sedutan hingus seumpama musik yg dh lali pd pendengaran.

Dengan BM world LIT yang membengongkan kepala...

Extended Essay yg dah kali ke 9 aku tukar tajuk...

CAS report yg nk kena hantar sebelum cuti...

Lab repot PHYSICS dan CHEM yg aku tak siap lagi...

Arghhh, poning kepalo den.

May 2, 2009

Mega Project kt KAMPUNG BAYAI??

Finally, the things seem to be on the track now...after lots of discussions, meetings by IBSB and also our Pn. Azizah, Bro Ikhwan and Pak Lan.

Tomorrow (actually this morning since i'm typing this entry at 1.45 am May 2nd), we'll be going to Kg. Bayai. I've been told by Iski that there will be some Kenduri there as this will be our first official visit...Wanna know, my name is the first on the list...so I cant' run out from the program la.

Hahahaha...actually before ended up with the decision of going to Kg. Bayai, there were some "conflicts" between us and the teachers. It occured after the "hot discussion" held on Monday night. The teachers wanted us to go to Orang Asli settlement but instead, the majority of us voted to have it in Kg. Bayai. Then, just before the meeting of Medic students and the reps from Newcastle University, our lovely HEA talked about it again. She said that we are being racism and also said that they as the teachers failed to put some of good moral values in us. I couldnt' understand why she said it like we are really bad. For me, it's not a failure yet since we were just in the beginning of our mission and her speech seem like to be bias; just looking at one side. I really got upset with it and feeling like I want to interrupt her talk. But luckily, Farah stood up and started to talk even though HEA didn't allow it at first. Then, she's been followed by Iski. Yeah...

Hurm....looks like I'm so tired now. I will continue it later la. Insya Allah

Apr 24, 2009

happy bday JHAR!!

Salam....walaupun bfday member aku yg bernama AZHAR FIRDAUS BIN OTHMAN @ JHAR semalam (23/04) tapi aku still nk post ni kt blog aku...

mlm time sblum bfday Jhar tuh, kitorg 1 kelas dh pakat nk kenakan budak ni...kitorg bt 1 drama yg best yg dirancang tnpa pengtahuan Jhar.

Pelakon Utama: Arif, Mira, Anne, Anuar dan Jhar.
Pelakon sampingan: Budak MD43 dan 2 org T41.

Plot:

01. Bermula dgn misteri kehilangan Arif dr biliknya.
02. Anne mengatakan Mira tidak berada di dalam biliknya. Walhal baru sebentar dia menghabiskan group discussion bersama Safwan dan Atikah yang sengal.
03. Keadaan mula bertambah rumit apabila Jhar dihubungi oleh Ustaz Sofi (Ketua Fello) mengenai perkara yang berkaitan dengan misteri kehilangan Arif dan Mira secara tiba-tiba.
04. Jhar mula menunjukkan muka cemas dan bersama-sama Syasya, Anuar, Anne ; mereka bergegas ke Blok Akademik.
05.Anne mula menangis dan mempersalahkan Jhar berhubung dengan Arif dan Mira. Apa yang bermain di kalangan penonton sekarang sudah pastinya Arif dan Mira kantoi dengan Ustaz Sofi.
06. Jhar dan lain-lain duduk di depan Gate A. Kemudian mereka menuju ke Basketball Court.
07. Sebenarnya Arif dan Mira bukanlah melakukan perkara-perkara seperti yang para penonton fikirkan. Mereka sekarang berada di discussion room 1 bersama-sama beberapa budak MD43.
08. Dari discussion room, mereka segera berlari ke Dewan Tun Hussien dan bersembunyi di sebalik pokok bunga yang kebanyakannya berduri.
09. Jhar dengan ditemani yang lain sampai di Dewan Tun Hussien.
10. Serangan bermula, namun kelihatan Jhar terloncat-loncat mengelakkan serangan peluru telur.
11. Aksi kejar mengejar bermula. Semua budak MD43, Anuar, Adam dan Anne segera melancarkan serangan air dan telur dengan bertubi-tubi. Kemudian, panglima perang Safwan datang mengejar Jhar dan menggunakan tepung sebagai senjata.

Penat aku nak taip lagi.


Memang kelakar mlm tuh. At the end, bau Jhar memang busukla. Pastu dia cuba menyebarkan pula kotoran di badannya sehingga menyebabkan semua lari bertempiaran.

Pastu kitorg makan burger kat DS yang diorder dari Gerai Lahuma dan Jhar menerima 1 cup cake di mukanya.

BTW, Happy Birthday Jhar!!!
Nanti kitorg bt lagi.





Jhar selepas dibersihkan..

Akibat IB....

Dah beberapa hari aku tak mengupdatekan blog aku...banyak jg benda nak buat...pastu IA math HL yg ntah pape..

so tgk la gambar yg sempat aku rakamkan tika kepala semakin bengong..


time study grup BIO



practical BIO ecology









yg 3 gambar ni time nak p seoul garden kt stesen LRT kerinchi...mkn dgn Ckgu Zol dan Ckgu Hasmah





Apr 14, 2009

kelas pemuliahan IQ

Esok aku akan memasuki kelas pemulihan IQ (aku amik phrase ni dari Jhar) utk Chemistry...

Menghadap Pn. Zolbida la aku sok pagi tepat 9.45 pagi...

Sebabnya??

Aku dpt markah 56% dlm Chemistry Quiz, mak aih! Rendah sunggoh!!!

Mar 14, 2009

i'm tired

huhu....after about 3 months doing my 2nd sem in International Baccalaureate World School Mara College Seremban, now it's time for me to go back my hometown in Sabah..

I miss my family...

2 of my brothers; Zul and Aqwa celebrate their b'day this month of March; Zul's 03/03 and Aqwa's 31/03. So my mom decides to celebrate theirs when i got back in home.

perg, i don't think that i will have much time to rest during this hols coz' there are lots of assignments that i have to do...pergh, then I need to do some research on mudskipper ( in Malay we call it ikan belacak @ tembakul) for the sake of my Extended Essay.

my target for the hols:

1) Finish up:
  • Chemistry Additional Exercise (Energetics), Exercise 6.2, 6.3 and 6.4
  • Math HL doing mind mapping for math induction and differentiation
  • Biology doing notes on genetics, ecology and handouts on photosynthesis.
  • Malay read Okonkwo, Isteri Hanaoka Seishu and Madam Bovary then make some notes.
  • Physics SL do the exercise
  • Islamic studies handout on Islamic Munakahat and Mudharabah.

Feb 25, 2009

P.Ramlee Night

Haha,wpun mayb agak lmbat utk aku post entry psl P.Ramlee Reminiscing Night, tp aku nk post jg...dh blog aku suka ati aku la kn?

Mlm tuh....kitorg bt prsembahan yg ke 5..pergh, aku dah cuak nk nyanyi kt onstage nnt..dh la penat bt backdrop blom ilang g. So, sblum start bebudak MD43 gather kt LT3 dlu...nk bt final touch up sket kn..

Kt dewan, kitorg miss prsembhan bdk BT ngn T4...xpela...tp bez jg tgk bdk A-Level yg dibintangi oleh Obi n the gang...

Smpai turn kitorg,1 prob dtg..cordless mic xder bunyik...perh, aku ngn Afi berlari dgn selaju-lajunya ke bilik PA system tp hampeh, xdak org pon...dh la curtain stage dh nk buka...aku dgn segera memecut ke backstage umpama Usain Bolt lari 100m, tp akhirnya aku semput.

Jhar ngan Arif dh memulakan projek kesengalan dorg, Arif jd P.Ramlee, Jhar jd Saloma...mmg xleh blah la...Jhar pakai baju kebaya ntah saper punya...hahahah.

Syazwan ngn aku nyanyi lagu bunyi gitar...aku masuk agak lambat kerana kesemputan berlari td....dh la aku "menyumbangkan" lagu tersebut, hahah off tempo baba.mmg malu giler tp aku tpksa cover dgn bt beberapa aksi yg melampau...

Ni antara pixie2 mlm tuh..



Kt atas stage...aku ngn shirt putih...


bebudak MD43 yg giler2..tgk Atikah yg jd gemok dn muka bertempek.





Feb 4, 2009

another challenging days...

Tajuk entri ni aku tulih gne base inggrih...tp yg sebenor2nya aku gne malay language jer.

Hmmm, hari ni mmg mencabar...yg pagi x la mncabar mna, mcm besa aku p kelas, masok sekolah antarabangsa Baccalaureate...hari ni ade klas bio,kitorg bt lab session psl pigment test tp aku x involve sgt pown, mne xnyer aku dok pegangkan dryer nk keringkan materials sumer...

Belah ptg aku ada briefing Extended Essay kt 316...aku amik bio...dhla aku dtg lambat,aku masuk jer Pn.Ju tnya dh boleh kunci pntu ker sbb mcm mngganggu plak klau pintu 2 ada jer org dok bukak...ingtkan aku paling lambat, tgk2 Anuar ngn Pyan diikuti Ciko pun sma...aku pun dok dgr Pn.Ju g briefing...pergh, hati aku dh cuak dh nk bt EE ni..mne x 4000 words walayeyh!!!

Aku mnte pndpat Pn.Ju psl cdangan aku nk bt psl 1 mende ni...aku jmpe 1 artikel pndek; org yg mkan byk pisang tend to be bitten frequently leh sang nyamuk...tp Pn.Ju kta kurg seswai bab kt Sremban la ni tgh endemik denggi...adoyai....

Aku xtau lg nk tulih aper ni,dhla xder idea nk bt proposal EE.

Jan 28, 2009

TAMAN SINAR HARAPAN


Taman Sinar Harian Tuanku Ampuan Najihah


The "KMSians"..



Dari kiri: Hazman, Ali, Zaki dan Syakir "Noob"


beberapa hasil kerja tangan penghuni


Hasil lukisan

Aini dan Tia yg interframe




Hasil kraf tangan

Itu shaja la yg Tuan Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah dpt tunjukkan...Tuan Syeikh dan para sahabat terikat dgn janji kerahsiaan utk tidak mengambil gambar para penghuni di kediaman mereka....

CERITERA TAMAN SINAR HARAPAN

Hari ini hari Rabu...


Hari ini kehidupan sorg INSAN bernama Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah bermula spt biasa. Beliau bgn pd pukul 5.45 pg,dduk tmenung atas ranjangnya, kmudian pergi brsiram di bilek persiraman beliau dan strusnya ke Musolla Al-Furqan menunaikan kewajipan sbg sorg Muslim terhadap Yang Maha Kuasa.

Pagi ini, Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah berasa agak kurg selesa ketika sdg mengikuti kuliyyah ilmu BIOLOGI yg disampaikan oleh Mua'llimah Rohana atas sbb2 yg beliau sindiri kurg maklum puncanya; adakah disbbkan oleh berlakunya pergolakan hormon dlm jasad ataupun ketidakseimbangan tindak balas kimia yg menjadi dalangnya. Belum smpat Tuan Syeikh memulihkan dirinya drpd ketidakselesaan yg mencengkam, masuk pula Mua'llimah Noraini membawakan kuliyyah Inggeris sambil Tuan Syeikh berharap agar keadaan dirinya akan kembali ke tahap normal. Alhamdulillah, Tuan Syeikh memanjatkan syukur ke hadrat Rabbul Jalil krn akhirnya beliau berasa lebih molek berbanding sblumnya dan lebih bersemangat utk mengikuti Kuliyyah.

Akhirnya, kuliyyah tamat pd hari itu dan mengikut apa yg telah dirancangkan oleh Mua'llim Suwandi selaku moderator CAS, Tuan Syeikh akan turun pdg ke 1 rumah perlindungan kanak2 bersama2 para sahabat dlm Puak C3 (Craft and Creative Club) yang dikepalai oleh Syeikh Azhurin al-Sabah dan Puak Entrepreneur yang diketuai oleh Syeikh Hosni al-Ganu. Sementelah lg, Tuan Syeikh sndiri merupakan ahli Puak C3. Maka, tepat detik 10.35 pagi kedua-dua puak ini masuk ke dalam sebuah bas yang akan membawa mereka ke tempat yg dirancang dgn diiringi oleh Mua'llimah Sarina dan Mua'llimah Hindon. Setelah melalui jln yg agak berliku jg, akhirnya rombongan 2 puak ini pun sampai ke tempat yg diingini.

Sesampainya di sana, kedua2 puak disambut oleh seorg budiman iaitu Syeikh Basir dan dibawa ke Ad-Diwaanu Jami' dan kemudiannya Syeikh Basir mula memberi penerangan serba-sedikit tentang rumah perlindungan kanak2 istimewa yg lebih dikenali sbg Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah itu. Tuan Syeikh mendapati Syeikh Basir ini merupakan sorg yg tdak lokek akan ilmu dan pengetahuan beliau. Sementara mendgr Tuan Basir bercakap, sekali-sekali Tuan Syeikh terlihat akan kedatangan beberapa kanak2 yg pd firasat Tuan Syeikh merupakan penghuni kawasan tersebut. Usai penerangan, Syeikh Basir membawa Tuan Syeikh dan para sahabat beliau utk melawat kediaman para penghuni Taman Sinar Harapan. Hati Tuan Syeikh agak tersentuh sebaik melihat keadaan para penghuni yg kurang bernasib baik itu. Ada di antara mereka yg mengalami masalah mental, Sindrom Down, spastik dan mcm2 lg yg Tuan Syeikh kurg pasti. Namun, hati Tuan Syeikh juga sedikit terhibur pabila melayan kerenah beberapa penghuni yg agak mesra namun tetap terselit rasa hiba di hati melihat kondisi mereka dan terselit rasa insaf di hati Tuan Syeikh memandangkan suatu ketika dahulu Tuan Syeikh pernah mengalami rasa rendah diri melampau disebabkan oleh kecacatan artikulasi Tuan Syeikh; tidak mampu menyebut abjad R dgn betul dan kesukaran Tuan Syeikh utk bertutur dgn lancar.

Kemudian, Tuan Syeikh dan para sahabat dibawa pula pergi ke Kelas Khas utk para penghuni mempelajari beberapa kemahiran yg mungkin berguna bt mereka di masa depan. Sekali lagi, hati Tuan Syeikh agak tersentuh melihat hasil buatan dan karya para penghuni yg mengagumkan sekalipun terikat dgn kekurangan yg melanda diri. Bagi diri Tuan Syeikh, kesemua itu membuktikan bahawa para penghuni di sini sememangnya mempunyai kelebihan yg tersendiri namun akibat norma dan ideologi masyarakat yg masih di takuk lama, golongan ini disisihkan.

Setelah beberapa lama di kawasan tersbut, kini tibalah masanya bg Tuan Syeikh dan para sahabat utk kembali ke Madrasah MARA Seremban. Dgn rasa simpati dan hati yg agak tersentuh, Tuan Syeikh terpaksa mengorak langkah meninggalkan tempat itu dgn azam di hati utk kembali smula bg menghulurkan apa yg termampu.

Sekian...

Syeikh Ahmad Safwan as-Sabah