Komrad

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Jun 28, 2012

Perasaan Itu

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Sedar tak sedar, dah dekat lebih 8 bulan aku duduk kat rumah. Maknanya dekat setahun la juga aku meninggalkan sementara kehidupan sebagai seorang pelajar. Mungkin ada yang dah tahu sebab aku pernah tulis dalam blog ni juga dulu, tapi mungkin ada juga yang tak tau especially yang baru sampai kat blog aku ni. Kalau dulu aku tulis tu cuma sedikit saja, kali ni aku tulis lagi detail pasal pengalaman aku ni.

Terpaksa meninggalkan universiti di luar negara, balik ke Malaysia memang membawa kesan mendalam kat aku. Ramai orang tanya, "kenapa balik Malaysia?" sampai aku pun dah bosan nak menjawab soalan macam tu. Tapi apa boleh buat, sebab aku sendiri pun hairan kalau orang yang aku kenal, study jauh-jauh tiba-tiba balik Malaysia takde angin ribut taufan pun.

"Ya, aku gagal pengajian di universiti."

Bila sampai di KLIA dulu, macam-macam ada di dalam kepala aku. Aku terpikir macam mana la nak tengok muka keluarga aku, pastu apala nak buat kalau aku terserempak dengan cikgu sekolah aku dan macam-macam lagi pemikiran negatif. Naik flight dari KLIA ke KKIA pun rasa sekejap sebab terlalu banyak berfikir padahal waktu dalam flight balik Malaysia otak aku rasa kosong, tak terpikir apa-apa pun.

Sampai rumah, aku angkat beg naik masuk bilik. Keluarga aku yang lain terus bersiap untuk tidur sebab dah tengah malam. Tapi aku rasa tak mengantuk mungkin sebab jet lag agaknya. Tau sajala flight berbelas jam. Tapi masalah tidur aku tu berlarutan sampai 2 minggu. Bila dah baring, mau 3, 4 jam baru tertidur. Dan dalam tempoh tu aku tidur paling lama pun sejam lebih camtu.

Okay, itu masalah tidur. Lepas tu masalah lain pula timbul. Aku lepas tu jadi anti sosial, berkurung dalam rumah macam paranoia. Nasib baik aku ada beberapa orang member yang supportive, dengan dorang la aku cerita. Pastu pelan-pelan aku dapat atasi masalah ni. Pergi lepak dengan kawan, borak-borak. Pastu pergi reunion kelas.  Syukur juga aku tak gila sensorang dalam rumah.

Dan masalah lain juga timbul bila ada la suara-suara sumbanga dok mengata aku. Ada yang mengata aku membazir duit rakyat la sebab aku dulu budak MARA, ada yang kata aku pemalas la; padan muka gagal! Aku buat tak peduli la apa orang kata. Dah mulut dorang, biar jelah.Yang penting aku tau tak ramai orang paham macam mana hidup sebagai seorang pelajar tajaan di luar negara dulu.

Orang kata, best la dapat belajar luar negara. Dapat main salji la, dapat melancong la. Well, itu benda sampingan je. Kau tak tau macam mana keadaan mencabar mental di sana. Belajar Medicine lagi nak ingat itu ini. Lepas tu duduk pula jauh laaaaaaaaa sangat dari keluarga. Bak kata member baik aku, orang tak kan paham apa kita rasa melainkan dia sendiri rasa apa yang kita rasa. Macam mana aku digagalkan dulu, kau takkan faham perasaan tu, bila kau dah habis-habisan belajar tapi masih sangkut juga waktu exam yang 98.9% oral-based. Kau takkan faham macam mana Profesor yang jadi examiner hari tu kata, "You didn't study enough" dengan nada sinis, pastu gagalkan kau padahal kau blank 1 soalan saja dari 3 soalan. 


Tapi aku taknakla salahkan sistem dan profesor saja. Memang ada salah aku juga dan biarla aku cari sendiri salah aku. Sebab ada je orang lain boleh pass. Jadi ikut logik memang ada something wrong yang berpunca dari aku la kan?


Dan tambah lagi, aku secara rasminya merupakan penghutang dengan MARA sebanyak RM130k.
Stresss!

Maaf ter-emo sekejap.


Tapi nasib baikla aku ada keluarga yang sangat supportive. Mak abah aku yang selalu bagi semangat. Lepas tu tolong carikan aku peluang sambung belajar padahal ada satu masa tu aku dah takde semangat nak belajar apa-apa pun dah. Sampai macam tu sekali! Abah teman aku pergi KL sebab nak settle hal dengan MARA, lepas tu pergi RCMP Ipoh sebab nak hantar borang admission.  Dan macam-macam lagi urusan penting lain.


Dan syukur alhamdulillah, bak kata orang putih, there's a silver lining even behind the darkest cloud. Aku dapat offer untuk buat MBBS (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) dari UIAM, dengan kos yuran pengajian diberi subsidi sebanyak RM180 ribu. Intake insyaAllah hujung bulan Ogos. Memang syukur sangat. Macam mana seksanya mental aku lepas balik Malaysia rasa macam hilang lepas dapat offer letter tu. 


Syukur Alhamdulillah.


Itulah antara beberapa pengalaman aku semasa menghadapi ujian yang aku rasa berat ni, paling kurang dari segi mental. Lebih-lebih lagi hidup di kelompok komuniti macam tempat aku tinggal ni, keluarga aku memang selalu under the spotlight (perasan macam terkenal, hik hik). Dan sekarang aku masih duduk di rumah, jadi penjaga rumah sepenuh masa sebab aku dah berhenti jual sate lepas sakit hari tu. Lagi satu, aku masih lagi menantikan keputusan permohonan aku untuk dapat biasiswa Kerajaan Negeri Sabah sebab aku tak boleh minta pinjaman MARA lagi sekarang atas sebab penalti setahun. 


Doakan semoga aku dapat biasiswa tu dan doakan kejayaan aku di UIA nanti. 


Adios!

Jun 25, 2012

Mari kita sihatkan badan

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Akhirnya setelah lebih setengah jam aku dok tenung ruangan publisher blogger ini, aku dapat mula menulis entry baru. Memang sekarang ni masalah la nak buat entry baru padahal waktu dalam jamban, waktu memandu, banyak je idea aku nak tulis konon bila sampai rumah nanti.

Tajuk aku nak tulis kali ini ialah seperti yang korang boleh nampak kat atas. Sebab sekarang aku tengah cuba sihatkan badan aku. Erm bukan "sihatkan" tambah besar badan tu, tapi kurangkan berat badan. Sebab aku ni dah tahap morbid obese dah.

Kenapa aku kata aku dah morbid obese? Sebab dalam masa 4 tahun lebih, aku dah "berjaya menambah" berat badan sehingga lebih 25kg. Wow itu satu pencapaian. Bayangkan dulu waktu sekolah paling berat pun aku (masa dekat SPM, banyak makan sebab stress) ialah 85kg. Dan kemuncak keberatan badan aku ialah 115kg pada Mac 2012. Serius aku tak tipu.

2007. Aku berdiri tiga dari kiri. Gambar ni aku snap, takdak scanner sebab tu ada flashlight tu.
Hujung 2011. 
Disebabkan kena bahan itu dan ini, lepas tu doktor pun dah suruh kurangkan berat badan pasal lutut aku memang dah masalah (kesan dari selalu injured zaman muda-mudi dulu) ditambah dengan kesedaran diri sendiri sebab nak hidup sihat dan cergas maka aku pun mula la program kurangkan berat badan.

Memang agak sengsara juga la, dengan dugaan banyak makanan sedap di rumah, lepas tu kemalasan nak workout exercise. Pergh wa cakap sama lu, tapi memang dah nekad punya pasal maka tabahkan hati je la.

Alhamdulillah, setakat ni berat aku dah susut ke 104kg bermakna dah turun lebih kurang 11kg. Target nak sampai 80kg tap jauh lagi agaknya sebab benda macam ni kena turun dengan steady. Taknak la turun ekspres tapi karang tetiba naik balik mencanak-canak sampai rosak alat penimbang berat.

Apa-apapun perjalanan masih jauh. Semoga aku dapat capai berat 80kg tu nanti. Amiiin.

May 3, 2012

Sabah di Mata Malaya

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Kali ini aku nak cerita pasal salah paham masyarakat Malaya (sebutan biasa orang tua-tua Sabah merujuk kepada orang Semenanjung) dengan orang Sabah yang mana kadang-kadang agak kelakar dan kadang-kadang boleh bikin hati aku hangin la juga.

Nak tahu? Okay mari kita tengok.

1. Kau Cina eh?

Yang ini aku selalu alami bila aku berada di Bumi Semenanjung. Dulu waktu aku masih study di Seremban, ada seorang cikgu aku yang tunjuk muka pelik bila nampak aku pakai baju Melayu siap bersamping sebab hari tu hari Jumaat.
"Kamu ni Cina masuk Islam ke?"
Haha, serius memang aku secara spontan tergelak lepas dengar cikgu aku tu. Dia tak kenal sangat kat aku waktu tu sebab dia tak ajar kelas aku. Tu yang aku berurusan dengan dia pun sebab dia bagi taklimat untuk Extended Essay.

Dan lagi satu, bila aku pergi beli barang-barang peribadi kat shopping complex, mesti akan ada promoter Cina datang kat aku pastu cakap Cina promote barangan macam facial wash, shampu dan macam-macam lagi. Harooom sepatah pun aku tak paham.

2. Kau mau ke mana bah?

Yang ini pula jadi bila kawan-kawan Semenanjung aku nak try cakap gaya Sabah dekat aku. Serius kekadang memang aku terasa nak gelak sebab dorang punya cakap tu aku rasa dah jadi pelik.

3. Rumah kau atas pokok ke?

Part yang ni kekadang buat aku hangin dengan orang yang bertanya soalan macam ni. Macam la Sabah tu terlalu laa mundur dan ULU sampai rumah atas tanah pun tak terbuat. Pastu siap tanya,
"Kau kat sana pakai cawat eh?"
"Rumah kau rumah panjang?"
Untuk pengetahuan semua, aku tak pernah jumpa lagi orang Sabah sekarang ni yang masih pakai cawat. Kalau ada pun itu lebih kepada tujuan perlancongan. Orang Rungus yang memang diketahui duduk rumah panjang pun pakai baju lengkap yang cantik walaupun masih ada yang tinggal di rumah panjang. Tapi rumah panjang dorang lawaa. Itu lebih kepada tradisi.

Tapi aku tak salahkan 100% la kat orang yang beranggapan orang Sabah ni masih macam tu. Sebab bila tengok iklan Tourism Malaysia pun banyak yang tunjuk orang Sabah duduk rumah panjang la, pakai cawat la. Cuma agak-agak la, banyak lagi sumber lain selain dari iklan Tourism Malaysia.

4. Bila kau sampai Malaysia?

Haa, yang ini of course memang akan buat aku hangin sehangin-hanginnya. Malaun yang tanya benda ni aku rasa mesti dia fail Sejarah dengan Geografi waktu sekolah dulu. Sabah dah bersekutu dengan Malaya dan Sarawak sejak 1963 lagi untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Tak kan la aku nak tunjuk IC baru kau percaya aku orang Malaysia. Dulu aku pernah hampir lagi nak bergaduh sebab benda macam ni. Memula aku buat tak peduli, tapi bila dah selalu sangat nak bahan aku memang nak kena pelempang la.

_________________________________________________________________________________

Itula antara beberapa salah paham masyarakat Semenanjung yang biasa berlaku terhadap orang Sabah. Kekadang kelakar dan lawak. Kekadang buat hangin dan rasa nak bagi makan kasut je, hahaha.

Sep 26, 2010

Prague

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai kat Prague. So far okay la kecuali dengan bahasa yang membuatkan aku pening. Basuh baju pun jadi susah sebab tak reti nak guna mesin basuh...macam nak nangis pun ada. Haha...

Intenet tak dapat pasang lagi kat hostel...so pegila rumah senior menumpang online.

InsyaAllah next week hari Rabu kelas dah start...

Sep 3, 2010

Raya + Fly

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia

Salam Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-24 untuk umat Islam di Malaysia berpuasa...

Raya dah dekat, kalau nampak anak bulan minggu depan rayala kita hari Jumaat (10/09/2010)... Aku tak taula ni perasaan aku je ke atau pun orang lain juga...aku dah macam kurang rasa bestnya raya tu..bukan macam time kecik2 dulu...

Aku ingat lagi, dulu time kecik puasa malas tapi semangat je nak raya...baju melayu baru, samping baru, songkok baru, sandal baru...

Malam raya jalan-jalan pi rumah nenek belah mak dan abah...main mercun, bunga api...tengok orang pasang pelita yang cantik...ada lampu kelip2...

Pagi raya bangun awal yang begitu luar biasa...ayam pun belum bangun lagi. Mandi, pakai baju baru, lepas tu pi masjid...

Balik dari masjid, salam abah dan mama sebab nak duit raya...sangat seronok dan terkinja-kinja sebab dapat duit raya...then pi rumah nenek lagi sebab nak kumpul duit raya....waktu raya inila semua sanak saudara ada...jadi kutipan duit raya memang lumayan.

Bila dah dapat duit raya, bawa sepupu sepapat pergi beraya ke rumah orang...lucunya, kadang2 tuan rumah tu bukan kitorang kenal pun...main serbu je.

Sangat best...

Tapi tu dulu, sekarang dah macam bosan...lebih2 lagi lepas arwah nenek belah abah aku meninggal seminggu sebelum raya 2004...

memang sedih,pilu...

Raya tahun ni 1 minggu je kot aku sempat ada kat Malaysia...sebab mungkin 19 september aku dah fly ke Czech Republic....sedih juga den...


Jul 7, 2010

The 2nd Failure

Assalamualaikum...

Entry ini ditulis bersempena dengan keluarnya result IB yang sangat kontroversi bagi warga KMS. Mana taknya, 47% tak lepas cut-off point 35...termasuk aku.

Alhamdulillah, walaupun aku tak lepas 35 tapi aku bersyukur kerana aku masih dapat diploma dengan 34 points. Agak kecewa juga pasal dah dekat sangat dengan 35 tapi apa boleh buat, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kat aku yang aku tak nampak lagi. Walaupun aku antara faveret untuk lepas 35, tapi memang dah ditakdirkan macam ni. So aku redha dan terima dengan hati yang terbuka.

Ini merupakan kegagalan kedua dalam hidup aku. Pertama kali ialah waktu aku kat pre-school dulu. Dah lama bebenar ni. Aku dapat nombor 29/30 dalam kelas tu dan tak dapat hadiah. Aku ingat lagi yang aku menangis sebab tengok orang best je dapat hadiah. Then, aku pun belajar dengan rajin sekali sebab aku nak hadiah!!! (pemikiran budak kecik) Alhamdulillah, aku maintain top in the class sampai darjah 6 dan dapat 5A dalam UPSR.

Then, kat sekolah menengah aku masih lagi kekalkan rekod walaupun aku jatuh sekejap time form 2 (dapat nombor 2 untuk batch tu) dan sekali lagi alhamdulillah, aku dapat 8A 1B dalam PMR (B untuk Bahasa Arab).

Then, aku masuk MRSM KoKi...haha, kat sini aku memang banyak main...tapi alhamdulillah aku still dapat score 9A dalam SPM...sangat bersyukur.

Finally, aku masuk KMS...dan aku dapat 34. Aku bersyukur juga dan aku dah sedar yang Allah nak menyedarkan aku dari keenakan di atas dan melihat ke bawah selepas sekian lama. Dan kini aku berharap dapatla buat rayuan supaya MARA hantar pergi Czech. Agak sayang sebab dah dapat placement kat Charles University, Prague.

Aku nak ucapkan tahniah buat rakan-rakan yang berjaya lepas 35 terutamanya Iski yang dapat 44 serta Nabila dan Fana yang dapat 41. Dan buat rakan-rakan yang tak lepas, jangan putus asa. Inilah masanya untuk kita dekatkan diri kepada Allah dan mohon agar diberikan peluang untuk fly overseas. Kalau tak dapat pun, takpelah...local pun bagus juga. Kejayaan tu kita boleh dapat kat mana-mana...asalkan ada usaha.

*Belanda baru je kalahkan Uruguay 3-2.

Sekian.

1!!!

Malaysia!!! (ramai-ramai)

1!!!

Malaysia!!! (ramai-ramai)

1!!!

Malaysia!!! (ramai-ramai)

Jun 24, 2010

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis semua...hari ini hari Khamis. Bangun pagi sakit kepala...Aku demam sebenarnya, bukan je demam bola tapi demam panas juga. Mama pun demam juga. Hari ni aku tak jual sate...takpelah esok aku elok aku jual la.

Pagi tadi aku hantar adik aku pergi sekolah...kepala dah elok sikit tapi mama aku agak teruk juga demamnya...so aku pun hantarla adik kesayangan aku tu pegi sekolah...

On the way balik, aku pandu agak slow juga, dalam 100 km/h je....tapi time aku tengah drive tiba-tiba ada sorang minah ni bawak MyVi agak laju jugala...dia nak overtake aku...so aku pun naik setan jugala...aku tekan pedal minyak sampai habis...tengok meter 150 km/h...dia pun naik hantu juga tu...bawak laju juga...

Last-last dapat juga dia potong aku...tu pun aku dah bagi chance kat dia. Nanti mati eksiden pula minah tu.

Sori, post ini agak membosankan...aku dah kering otak pasal demam ni...

*Abah aku sangat gumbira England masuk knock-out round World Cup 2010.

Jun 18, 2010

Sate ke Satay?


Assalamualaikum...

Sungguh bosan hidup di kala ini. Dulu time buat IB ye ye je nak cepat habis, sebab rasa macam menderita, tapi bila dah habis....tak tau nak buat apa. Padan muka!!!

Memang sungguh bosan hidup di kala ini...

Tapi, satu hari mak aku suruh aku join ayah sedara aku jual sate...sate ke satay?

Aku pun dengan tanpa pikir panjang terus cakap ya...

Oleh itu, semalam selepas tengok match Argentina dengan Korea Selatan (Argentina menang 4-1), aku pun mulala menuntut ilmu membuat sate dari beliau...

Takdelah susah sangat...cuma agak leceh sebab kena potong daging ayam dan tongkengnya a.k.a. bontot yang lemak berkrim...

Lepas tu sediakan bahan-bahan nak perap, pastu cucuk daging ayam dan tongkengnya dengan batang lidi.

Perap 1 malam...

Esok paginya, kitorang pun mulala membakar sate. Mula-mula memang agak pelik dan janggal sebab tak biasa buat...ada yang terbakar lebih, lidi terbakar...

Tapi lepas beberapa ketika, aku pun rasa best bakar sate ni...dan bila memikirkan keuntungan bersih sehari sebanyak RM20, memang bagus ni...

Tapi agak malang hari ni sebab arang tinggal sikit je, lupa beli...so tak dapatla bakar banyak sate sekaligus....


Sate sedang dibakar


Beberapa sate yang siap dibakar (atas pinggan merah)...kalau perasan bahagian kiri grill tu kosong je, tak cukup arang


Inilah bontot ayam yang dikaler merah

Inilah kerja aku di kala bosan...working hours 09.30am-2.00pm.

Jun 14, 2010

Aku ingin menjadi seorang doktor

Assalamualaikum...

1 skrip drama kehidupan berkaitan title post aku... (agak cliche')
Tajuk: Doktor (sangat lame)
Watak: Dr. X (berumur 40-an, ada klinik sendiri), Pn. Y (berumur 30-an, demam) dan Misi Z (nurse di klinik Dr. X)
Latar tempat: Klinik Dr. X
Latar masa: Jam 10 pagi
....

Misi Z: No. 222, bilik 1 (memanggil pesakit).
(Kelihatan Pn. Y berjalan memasuki Bilik 1).
Dr. X: Oh, selamat pagi Puan. Silakan duduk (sambil tersenyum dan memikirkan duit).
Pn. Y: Selamat pagi, terima kasih doktor (membalas senyuman dan menarik kerusi untuk duduk).
Dr. X: Puan sakit apa? (soalan cliche')
Pn. Y: Saya demam doktor. Dah 3 hari panas badan, batuk-batuk, sakit tekak bla bla bla.
Dr. X: Ada mana-mana contact dengan pesakit H1N1?
Pn. Y: Rasanya takde doktor...kenapa?
................
................
................

(Selepas diperiksa dengan lebih dengan lebih lanjut oleh Dr. X, sangat cliche')

Dr. X: Puan cuma demam biasa saja. Saya akan bagi ubat ni, ubat tu dan ubat-ubatan. Sila ambil di kaunter ya. Jangan lupa bayar (memang mata duitan Dr. X ni)
Pn. Y: Baiklah doktor. Terima kasih.
Dr. X: Sama-sama.

Itulah drama sebabak yang berjaya aku hasilkan dalam masa 5 minit.

Tak lama lagi insyaAllah kalau tiada aral melintang aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan a.k.a. medicine.

Langsung tidak pernah terlintas di fikiran aku semasa kecik-kecik dulu nak jadi doktor.

Dulu aku selalu angan-angan nak jadi Superman (yang pakai spender kat luar tu), Batman (ada batmobile yang best), Masked Rider a.k.a. Kesatria Baja Hitam (Cara dia bertukar best), Power Rangers (aku nak jadi Red Ranger), Ultraman (Ultraman Taro sangat nostalgik) dan banyak lagi.

Aku juga pernah terpikir nak jadi polis, tentera, cikgu, peguam, engineer, hakim, penyanyi, pelakon, penulis dan tukang masak.

Tapi dalam banyak-banyak tu tak pernah terpikir pun nak jadi doktor.

Kenapa aku nak sangat jadi doktor ni???

Ni antara sebab-sebab cliche' yang selalu dimomokkan oleh orang ramai:

1. Saye nak tolong orang...sebab saye suke tolong orang (sangat cliche')
2. Saye nak dapat duit banyak...sebab saye nak jadi kaye (ni sangat mata duitan)
3. Saye nak ubah nasib keluarga...sebab keluarga saye susah (ni sangat mulia)
4. Saye nak penuhi hasrat dan impian mak bapak saye...dorang nak saye jadi doktor (errr, no komen)
5. Saye ade sebab tersendiri kenape nak jadi doktor. Full stop.

Kesimpulannya, aku memang nak jadi doktor. Doakan kejayaan aku.

...

Apr 18, 2010

17, 18, 19 and now???

It has been nearly 2 years of me residing in Seremban. Not bad la, but for me Seremban is way,way hotter compared to most of the cities in Sabah. That's why they call Sabah Negeri Di Bawah Bayu (below the wind).

Anyway, I've just looked at my pixies collections since when I was in Form 5 in MRSM Kota Kinabalu. Woww, I could see lots of changes of mine in terms of size, cuteness and craziness.

Okay, this is when I was in Form 5, when I was still actively involved in rugby. This was taken in Sandakan during the IJM 10's Open tournament. The girl beside me is Ally, a Gapper from Australia and the guy behind me is Peter, my friend.

This was taken during BTN course in Membakut Eco-Training Resort. Can you see me there with that innocent, good-looking face?

Okay, this is when we had our Graduation Day. Huhu, I looked like a YB at this time.

Notice that I was quite dark in this pic...hmm, this was taken when I were in National Service or the so-called Program Latihan Khidmat Negara...I really miss the moments I enjoyed in NS.

This is Geng Kapak, the most wanted group of people in NS Camp Kg.Ovai for our craziness, naughtiness and so many messy things we'd done.

The guy beside me is Acap,former student of KMS. Now he's in UIA. This pic was taken when we went to Pusat Kraftangan Negeri Sembilan for doing our CAS

Emm,this is during the Hari Raya 2008 and was taken in my Nenek's house. Our theme colour was light yellowish-green.

This is when we went to Kuala Lumpur Hospital in 2008 to be exposed with medical field.

to be continued soon....(I'm tired)

Mar 26, 2010

Tak tahu tajuk

Hari ini hari Jumaat, ada 39 hari lagi nak final Exam IB. Rasa macam sekejap je 2 tahun dekat Seremban ni, lepas kalau ada rezeki insyaAllah masuk med school. Amiiiin.

Malam semalam aku download lagu nasyid, Taubat Seorang Hamba nyanyian Irsyadee dan Hafiz Hamidun Ex-UNIC. Sedih dengar lagu ni, rasa insaf pula.

Masa tengah baring-baring lepas solat Jumaat kat Masjid Negeri tadi aku terfikir banyak benda. Aku pikir pasal hidup aku, zaman kanak-kanak RIBENA aku yang best:

Antara aku dan 3 orang adik aku yang lain, aku rasa aku yang paling banyak rasa apa itu "susah". Susah bukan bermaksud miskin@papa kedana@fakir tp paling banyak kena "pengajaran keras" berupa sebatan@cubitan@rotan dan sebagainya dari abah aku. Kena tampar pernah, kena suruh duduk kat kaki lima rumah malam-malam pernah.

Tapi aku bersyukur kerana merasa semua itu. Bila pikir balik, abah bukan suka-suka nak buat macam tu, abah nak tengok aku jadi ORANG bukan o-rang. Sebab tu juga la buat aku mula berfikiran matang, tengok dunia ni pada skop yang luas. Dulu aku memang marah, siapa yang suka kena pukul kan? Tapi aku dapat melihat kesannya dalam diri aku sekarang. Aku kawan juga dengan mat-mat gangster tapi aku tak jadi macam dorang, semua ni sebab didikan abah dan mungkin doa Abah dan Mama kepada Allah nak lihat aku jd ORANG bukan o-rang.

Aku faham dulu mungkin abah cepat panas, yela macam aku juga, orang muda la katakan. Tapi oleh kerana panas itulah yang mendidik aku, membentuk aku jadi macam.

Aku sayang kat abah aku. Aku sayang mama aku. Aku sayang adik-adik aku.

Mar 13, 2010

I'm home

Alhamdulillah, akhirnya aku dah selamat sampai kat rumah...

Semalam sampai airport KK pukul 9.30pm...

Abah ambik kat airport...semua ada.

On the way balik, jerebu bukan main...

Nak bawa kereta laju pun susah, tak nampak...

Nampak ada hutan terbakar,fuyoooo...dramatik sungguh api itu.

Pukul 11 pm smpai rumah aku, tgk tv kejap...

Mandi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju

Tidur............................... .

Feb 28, 2010

KUPAS

Assalamualaikum...

Akhirknya KUPAS ke 3 dah habis...tempohnya agak singkat iaitu selama hanya 2 hari dari 26 hingga 27 Februari tp banyak yg aku dpt belajar dan ketahui dari program ni.

Aku diamanahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Sameer utk menjadi Imam bagi Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Dewan Tun Hussien Onn...walaupun pd mulanya aku merasakan amanah ini sebagai 1 penghormatan, namun pd masa yg sama aku berasakan ianya sebagai 1 amanah yg begitu berat bagiku.

Imam...bukanlah 1 tugas yg mudah.Bukan semua org boleh mnjadi Imam....aku merasakan aku bukanlah org yg layak menjadi Imam namun kerana amanah aku lakukan juga.

Overall, KUPAS ni best juga. Tp dalam program2 yang diadakan,1 ceramah yg aku kurang puas hati (ceramah Brother Lim). Ceramah Ust. Fakhrurazi, bagiku sgt bagus dan berguna bg warga KMS khususnya dan Umat Islam amnya kerana membincangkan soal Iman dan Akidah yang sebenar bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Dari awal lagi aku mmg nmpak Brother Lim ni mcm menyebabkan aku kurang bersetuju dgnnya. Beliau mengatakan salah orang Islam di kampungnya yang menyebabkan ibu dan abangnya meninggal dunia dlm keadaan Kafir kerana tidak langsung ada usaha untuk memberikan pendedahan mengenai Islam kepada mereka.

Beliau menyatakan Orang Kafir boleh guna perkataan Allah untuk menamakan Tuhan mereka. Bagiku ini amat bersalahan dengan peganganku, beliau seolah-olah bersetuju meletakkan kalimah Allah yang Maha Suci itu kepada Tuhan yang orang kafir percaya yg dengan jelas menyekutukan Allah (Konsep 3 in 1 Trinity)

Beliau juga dengan selamba menggunakan kalimah Jihad untuk memaksudkan perbuatan hubungan kelamin. Pd mulanya kelihatan baik sahaja kerana digunakan utk menjelaskan hubungan suami isteri saja (yang suci dan satu ibadat jika kena caranya). Namun, apabila digunakan utk perbuatan bersekududukan @ zina @ adultery aku sangat tidak bersetuju kerana jihad ialah satu perkara yg suci dan merupakan jalan taqarrub kepada Allah.

Namun demikian, aku berterima kasih juga kpd Brother Lim yang sedikit sebanyak memberikan peluang kpd ku untuk memikirkan tentang persoalan adakah Bible itu Kalam Tuhan?

*Aku dapat anugerah Peserta Mithali...tak tahu kenapa tapi rasa segan pula sebab rasa tidak layak.

**Syabas dan tahniah kepada Saudaraku Jhar yg berani utk berdialog dengan Brother Lim tentang isu kalimah Allah. Walaupun kelihatannya beliau tewas, namun aku yakin masa kebenaran akan tiba kelak, Insya Allah.

Feb 21, 2010

Kembalilah ke pangkal jalan

Akhir-akhir ni, aku merasakan yang aku semakin jauh daripada-Nya.

Ya, memang salahku.

Aku merasakan keserabutan, kesempitan, dan kesusahan yang membuatkan jiwa remajaku entah ke mana.

Aku solat (aku orang Islam)

Namun kurasakan aku hanya sekadar menunaikan kewajipanku sebagai orang Islam

*Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku.
Kau berikanlah aku kelapangan,kemudahan dan ketenangan seperti yang Kau pernah berikan dulu.
Janganlah Kau biarkan aku hanyut dari jalan-Mu
Amin

Jan 24, 2010

Minggu Terakhir Januari 2010

Januari 2010 dah nak habis.

Keputusan peperiksaan sem 3 dah keluar...ramai yang meningkat, ramai juga yang menjunam.
Aku pun turut sama menjunam dan "dimarah" oleh Puan Rohana, cikgu bio kesayangan merangkap advisor EE aku.

Aku tengah bertungkus lumus menyiapkan redo IA Chemistry. Ingatkan dah siap semua rupanya ada 2 lagi yang aku tak perasan.

Tidak dilupakan IA Physics yang menimbun. Ada 4 lagi yang tak siap. Aku malas sungguh nak buat graf best fit ni.

World Lit aku juga menimbulkan problematik yang merunsingkan jiwa. Softcopy tiba-tiba hilang entah ke mana. Aku terpaksa menaipnya semula berdasarkan hardcopy yang dah di"conteng" oleh Puan Hasmah, cikgu Bahasa Melayu kesayangan kelas aku, MD43.

Extended Essay aku pasal Biology. Puan Rohana mungkin nak jumpa aku minggu ni.

TOK essay aku yang memeningkan kepala uban Pak Lan. Analoginya; kalau aku nak pergi mekah memang susah sebab tersesat sampai ke Kepulauan Fiji, tak sempat landing pun terus masuk Laut Pasifik.

Oral English...lagi hampeh. Aku orang pertama yang di"interview". Spontan aku menjadi gugup bila berhadapan dengan recorder.

Budak-budak yang apply UK Varsities tengah sibuk dengan interview mereka. Macam-macam cerita lucu dan sadis yang aku dengar. Ada yang apply untuk Manchester, Liverpool, Soton, Aberdeen, Cambridge dan tak dilupakan Newcastle Malaysia (NuMed). Semoga mereka semua mendapat tempat.

Tengah sibuk menyiapkan Nota IRP untuk semua subjek. Lagi pening kepala aku.

Puan Siti dah bagitau aku admission test untuk placement di Prague University, 1st Faculty of Medicine, Czech Republic 10/04/2010. Aku dah tengok juga sample soalan. MCQs Biology/Chemistry/Physics@Math untuk 3 jam. Semoga aku dan rakan dapat lepas test ni untuk dipanggil interview.

Aku dah mula merasai haba 1000000C dari International Baccalaureate ni.

*Cuti Raya Cina ni aku tak balik Sabah. Kolej suruh semua kosongkan asrama. Aku lagi bingung.

Jan 23, 2010

Mama (dedicated to my mom, Rusnah Hj. Liusin)

Today, I found an interesting book to read in Syakir's room. Dont' know whether it his book someone's else...

It's "Life is An Open Secret" written by Zabrina A. Bakar or also known as Sis Zabrina.

Upon looking at the book, I started to flip thru the book...hmmm, looks interesting.

Then, I started to read it...

There are 18 short stories in that book, and up to this moment I managed to read up to the 6th story.

The first story is about her sister being a mother...it's quite touching and makes me to think about my mama.

I started to imagine how difficult my mama had to carry me in her tummy for such a long time, then bring me to this world, risen me up until with love...

I started to remember there was a time when I got a high fever. She took care for me, ensured me to eat the medicine (I used to hate medicine), put a wet towel on my forehead, massage my hand. She did it days and nights, just to make sure that I would recover from my sickness. That time I couldnt see her love and care towards me, as I never think about it.

I also remember the time when she told some old folks stories to me and also my brothers. The stories such as Beliau Raya, Raja Koyok, Jambatan Besi; we would sit or "baring" together as we enjoyed listening to the stories.

Then, I also remember the time when the school break almost came to end. My mama would bring us to buy new sets of school uniforms, shoes and also bags. Then, we would buy books, stationaries and things related to schooling. She tried her best to make us satisfied though we are naughty and "cerewet".

Next, I also remember the time when she looked very tired and not very well and she will ask my help to massage her head and I did it. But still, I can see the calmness in her face.

Then, I also remember the time when I got my SPM result. Upon looking at the result slip, she hugged me, which made me want to cry on her shoulder. Then, she kissed on my cheek, not saying any words. I really miss that "hug". I could see the happiness on her face at that time and really miss that too.

I know that I'm not really a good son. But, I promised to myself that I will try my best to be a good son of her, make her happy and proud of me.

MAMA, PLEASE FORGIVE ALL MISTAKES THAT I DID TO YOU...I REALLY LOVE YOU MAMA.


My MAMA and ABAH

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu.

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Tempat menyatakan kasih,
Wahai ibu.

Betapa tidak hanyalah engkau,
Yang menyinari hidupku,
Sepanjang masa engkau berkorban,
Tiada putusnya bagai air lalu.

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Tempatku menyerahkan kasih,
Wahai ibu.

*Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Jan 20, 2010

1,2,3....pergi!!!

Tajuk entri ni xder kaitan pun dgn entri aku nih...

Hari ini aku bangun awal sikit...

Tgh duduk atas sejadah lpas solat subuh aku tpikir...

Mei nnt aku nk amik exam final Intenasioal Bakeleret...

Fuh, takut pun ada...rasa best pun ada...

Tpikir jg pasal result yg kluar julai nnt...

Then, yg paling best...fly overseas...InsyaAllah kalau xda rintangan dan halangan.

Then, psl Czech republic....aku apply msuk med school kat sna...tp 6 tahun bebb!!!

Dlu time kecik2, x penah ada impian aku jd medical doctor..

Aku nk jd pilot...xtau knapa. Nak sgt jd pilot dulu.

Now, I'm in KOLEJ MARA SEREMBAN...doing IB for Medicine.

Semoga aku dan rakan-rakan 1 batch ku berjaya.

Jan 8, 2010

Kenapa?

Tahun ni masuk 20 tahun aku hidup atas muka bumi ni...

Rasa mcm sekejap ja, kdg2 aku rsa mcm masih lg umur 8 tahun...bila tgk budak main sorok2, kejar2, rasa mcm nak join sekali.

Aku ingat lagi dlu time kecik2, aku selalu tpkir...knapa aku lahir jd anak sulung...bukan saja anak sulung, jd cucu sulung juga. Bila tengok org lain ada kakak atau abg yg baik, aku pun tringin jg ada kakak atau abang. Tp aku lg prefer ada kakak...kdg2 aku mau ada org yg rapat dengan aku, jaga aku, tolong aku, mcm kawan2 aku yg ada kakak yg baik...tp aku tak nak la kakak yg mcm dlm cinderella tu.

Tp nasib baik aku ada makcik yd umur dia x jauh beza sgt dengan aku...6 tahun ja beza. Aku panggil dia Bu Chie. Dlu aku selalu main dgn dia, main masak2, main getah, tidur dgn dia (masa ni aku budak lagi), lepas tu aku mmg rapat dgn dia. Aku anggap dia mcm kakak aku juga walaupun dia makcik aku.

Entahlah, bila msuk sekolah mnengah pun aku msih lagi mau ada kakak...dlu time form 2 aku panggil sorg classmate aku kakak,sham inah nama dia. Sekarang dia dah masuk kolej islam (aku pun tak ingat), ambik diploma syariah. Then, kat KMS ni, aku panggil classmate aku juga, Samihah kakak. Tak tau knapa aku mcm ni.

Walau mcm mna pun obses aku utk ada kakak, tp aku bsyukur juga... aku ada keluarga yang sayang aku.

Aku sayang mama, abah, zul, akmal dan aqwa.

Dec 23, 2009

Safwan Wawan Wan

Tahun 2010 nnt, usia aku melangkah ke 20 tahun..weyh aku dh nak tinggalkan usia belasan tahun aku.

Inilah pelbagai rupa ragam bentuk mimik iras muka aku sejak 2007 hingga kini.


2007 - Sabah IJM Rugby 10's open tournament

2007 - Graduation form 5
2007 - Annual dinner MRSM KOKI
2008 - PLKN

2008 - KMS

2009 - Hari Raya di KMS

2009 - Terbaru





Sep 20, 2009

Selamat Hari Raya

Di sini aku nk mengucapkan selamat hari raya kpd semua yg mengenali diri aku sebagai AHMAD SAFWAN BIN IDRUS x kira jauh atau dekat.

Selamat HAri Raya,mohon maaf segala kesilapan, dihalalkan apa2 yg termakan, termengumpat, termaki, dan segala ter lagi la.

MAAF ZAHIR DAN BATIN (kalau ada yg melibatkan batin)