Komrad

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Dec 2, 2012

Anak Mama

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

"Wan, kau dah besar macam ni pun nak manja-manja lagi mak kau. Tak malu ke?"

"Wan, serius kau keluar dengan mak kau?"

Suatu ketika dulu, member aku pernah tanya benda yang macam di atas kat aku. Dan aku tak tau nak jawab macam mana lalu aku hanya bagi muka blur seperti orang pening tak dapat jawab exam kat member-member yang tanya soalan macam ni.

Satu yang jadi persoalan bagi aku ialah salah ke kita tunjuk yang kita sayang kat mak kita? Salah ke kita keluar shopping dengan mak kita? Salah ke kita duduk depan tv tengok drama melayu TV3? Salah ke?

Bagi aku, soal besar ke kecik ke semua kena tunjuk yang dia sayang kat mak dia. Maksud aku tunjuk kat mak yang dia memang nak mak dia gembira. After all, kita memang disuruh agama supaya menggembirakan ibu bapa kita, wajib! Macam sayang awek, boleh pula kau tunjuk yang kau sayang kat dia dengan bagi hadiah la, bawa keluar makan la. Takkan la dengan mak tak boleh pula tunjuk kita sayang dia kan.

Sumber: Carian Google
Okay, aku memang manja dengan mama. Walaupun dah besar macam ni, aku selalu juga kadang-kadang baring letak kepala atas riba dia walaupun berat kepala aku ni. Bagi aku, itu satu cara aku tunjukkan kat mama yang aku sayang dia selain ikut cakap dia, buat yang dia suruh. Lagi satu, bila cerita pasal masalah aku jenis yang akan cerita banyak dan mengadu dengan mama, walaupun masalah tu kecil. Sebagai contoh,


"Ma, tadi saya kena cakar kucing. Sakit", sambil buat suara sedih.

"Ma, duit habis la."

Dan macam-macam lagi.

Dari apa yang aku pernah baca dulu, lelaki biasanya akan cerita masalah dia dengan mak dia. Entah betul ke tak, tapi aku rasa point ini valid untuk aku. Bila banding dengan abah aku, biasanya aku hanya akan cerita pasal bola, politik, masalah kereta dan benda-benda yang tak melibatkan emosi dengan abah aku. Sebagai contoh,

"Abah, Liverpool kalah lagi. Hahahahahaa" sambil gelak kuat-kuat membahan abah aku, penyokong setia Liverpool.

"Abah, kereta tu masalah lagi la. Susah la macam ni."

****

Apa pun, mungkin setiap orang ada cara masing-masing nak tunjuk kasih sayang dekat ibu bapa kan. Yang penting tunjuk kita sayang kat ibu bapa, selagi dorang masih hidup. Jangan bila waktu masih hidup, kau buat nanar, buat perangai hantu menyusahkan ibu bapa. Bila dah meninggal, baru kau menyesal. Dan bagi yang sudah ketiadaan ibu bapa, tunjukkan kasih sayang kita dengan mendoakan kesejahteraan dan semoga dosa mereka diampunkan.

Sama-samala kita sayangi ibu kita terutamanya (dan bapa). Banyak wanita di dunia ni, hanya satu yang jadi ibu kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Apr 26, 2010

Saya rindu

Saya rindu mama

Saya rindu masakan mama

Saya rindu kuih pau yang mama buat

Saya rindu tengok muka mama

Saya rindu mama

Mar 26, 2010

Tak tahu tajuk

Hari ini hari Jumaat, ada 39 hari lagi nak final Exam IB. Rasa macam sekejap je 2 tahun dekat Seremban ni, lepas kalau ada rezeki insyaAllah masuk med school. Amiiiin.

Malam semalam aku download lagu nasyid, Taubat Seorang Hamba nyanyian Irsyadee dan Hafiz Hamidun Ex-UNIC. Sedih dengar lagu ni, rasa insaf pula.

Masa tengah baring-baring lepas solat Jumaat kat Masjid Negeri tadi aku terfikir banyak benda. Aku pikir pasal hidup aku, zaman kanak-kanak RIBENA aku yang best:

Antara aku dan 3 orang adik aku yang lain, aku rasa aku yang paling banyak rasa apa itu "susah". Susah bukan bermaksud miskin@papa kedana@fakir tp paling banyak kena "pengajaran keras" berupa sebatan@cubitan@rotan dan sebagainya dari abah aku. Kena tampar pernah, kena suruh duduk kat kaki lima rumah malam-malam pernah.

Tapi aku bersyukur kerana merasa semua itu. Bila pikir balik, abah bukan suka-suka nak buat macam tu, abah nak tengok aku jadi ORANG bukan o-rang. Sebab tu juga la buat aku mula berfikiran matang, tengok dunia ni pada skop yang luas. Dulu aku memang marah, siapa yang suka kena pukul kan? Tapi aku dapat melihat kesannya dalam diri aku sekarang. Aku kawan juga dengan mat-mat gangster tapi aku tak jadi macam dorang, semua ni sebab didikan abah dan mungkin doa Abah dan Mama kepada Allah nak lihat aku jd ORANG bukan o-rang.

Aku faham dulu mungkin abah cepat panas, yela macam aku juga, orang muda la katakan. Tapi oleh kerana panas itulah yang mendidik aku, membentuk aku jadi macam.

Aku sayang kat abah aku. Aku sayang mama aku. Aku sayang adik-adik aku.

Jan 23, 2010

Mama (dedicated to my mom, Rusnah Hj. Liusin)

Today, I found an interesting book to read in Syakir's room. Dont' know whether it his book someone's else...

It's "Life is An Open Secret" written by Zabrina A. Bakar or also known as Sis Zabrina.

Upon looking at the book, I started to flip thru the book...hmmm, looks interesting.

Then, I started to read it...

There are 18 short stories in that book, and up to this moment I managed to read up to the 6th story.

The first story is about her sister being a mother...it's quite touching and makes me to think about my mama.

I started to imagine how difficult my mama had to carry me in her tummy for such a long time, then bring me to this world, risen me up until with love...

I started to remember there was a time when I got a high fever. She took care for me, ensured me to eat the medicine (I used to hate medicine), put a wet towel on my forehead, massage my hand. She did it days and nights, just to make sure that I would recover from my sickness. That time I couldnt see her love and care towards me, as I never think about it.

I also remember the time when she told some old folks stories to me and also my brothers. The stories such as Beliau Raya, Raja Koyok, Jambatan Besi; we would sit or "baring" together as we enjoyed listening to the stories.

Then, I also remember the time when the school break almost came to end. My mama would bring us to buy new sets of school uniforms, shoes and also bags. Then, we would buy books, stationaries and things related to schooling. She tried her best to make us satisfied though we are naughty and "cerewet".

Next, I also remember the time when she looked very tired and not very well and she will ask my help to massage her head and I did it. But still, I can see the calmness in her face.

Then, I also remember the time when I got my SPM result. Upon looking at the result slip, she hugged me, which made me want to cry on her shoulder. Then, she kissed on my cheek, not saying any words. I really miss that "hug". I could see the happiness on her face at that time and really miss that too.

I know that I'm not really a good son. But, I promised to myself that I will try my best to be a good son of her, make her happy and proud of me.

MAMA, PLEASE FORGIVE ALL MISTAKES THAT I DID TO YOU...I REALLY LOVE YOU MAMA.


My MAMA and ABAH

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu.

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Tempat menyatakan kasih,
Wahai ibu.

Betapa tidak hanyalah engkau,
Yang menyinari hidupku,
Sepanjang masa engkau berkorban,
Tiada putusnya bagai air lalu.

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Tempatku menyerahkan kasih,
Wahai ibu.

*Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.