Komrad

Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Dec 2, 2012

Anak Mama

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

"Wan, kau dah besar macam ni pun nak manja-manja lagi mak kau. Tak malu ke?"

"Wan, serius kau keluar dengan mak kau?"

Suatu ketika dulu, member aku pernah tanya benda yang macam di atas kat aku. Dan aku tak tau nak jawab macam mana lalu aku hanya bagi muka blur seperti orang pening tak dapat jawab exam kat member-member yang tanya soalan macam ni.

Satu yang jadi persoalan bagi aku ialah salah ke kita tunjuk yang kita sayang kat mak kita? Salah ke kita keluar shopping dengan mak kita? Salah ke kita duduk depan tv tengok drama melayu TV3? Salah ke?

Bagi aku, soal besar ke kecik ke semua kena tunjuk yang dia sayang kat mak dia. Maksud aku tunjuk kat mak yang dia memang nak mak dia gembira. After all, kita memang disuruh agama supaya menggembirakan ibu bapa kita, wajib! Macam sayang awek, boleh pula kau tunjuk yang kau sayang kat dia dengan bagi hadiah la, bawa keluar makan la. Takkan la dengan mak tak boleh pula tunjuk kita sayang dia kan.

Sumber: Carian Google
Okay, aku memang manja dengan mama. Walaupun dah besar macam ni, aku selalu juga kadang-kadang baring letak kepala atas riba dia walaupun berat kepala aku ni. Bagi aku, itu satu cara aku tunjukkan kat mama yang aku sayang dia selain ikut cakap dia, buat yang dia suruh. Lagi satu, bila cerita pasal masalah aku jenis yang akan cerita banyak dan mengadu dengan mama, walaupun masalah tu kecil. Sebagai contoh,


"Ma, tadi saya kena cakar kucing. Sakit", sambil buat suara sedih.

"Ma, duit habis la."

Dan macam-macam lagi.

Dari apa yang aku pernah baca dulu, lelaki biasanya akan cerita masalah dia dengan mak dia. Entah betul ke tak, tapi aku rasa point ini valid untuk aku. Bila banding dengan abah aku, biasanya aku hanya akan cerita pasal bola, politik, masalah kereta dan benda-benda yang tak melibatkan emosi dengan abah aku. Sebagai contoh,

"Abah, Liverpool kalah lagi. Hahahahahaa" sambil gelak kuat-kuat membahan abah aku, penyokong setia Liverpool.

"Abah, kereta tu masalah lagi la. Susah la macam ni."

****

Apa pun, mungkin setiap orang ada cara masing-masing nak tunjuk kasih sayang dekat ibu bapa kan. Yang penting tunjuk kita sayang kat ibu bapa, selagi dorang masih hidup. Jangan bila waktu masih hidup, kau buat nanar, buat perangai hantu menyusahkan ibu bapa. Bila dah meninggal, baru kau menyesal. Dan bagi yang sudah ketiadaan ibu bapa, tunjukkan kasih sayang kita dengan mendoakan kesejahteraan dan semoga dosa mereka diampunkan.

Sama-samala kita sayangi ibu kita terutamanya (dan bapa). Banyak wanita di dunia ni, hanya satu yang jadi ibu kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Apr 20, 2011

Mama Engkaulah Ratu Hatiku (Edisi Khas Episod 1)

Assalamulaikum WBT

Salam 1 Dunia

Kali ini saya akan buat beberapa entry special untuk keluarga saya yang tercinta. Pasal tu la saya letak kat title tu Edisi Khas dan untuk Episod 1 saya akan tulis pasal wanita yang paling istimewa dalam hidup saya iaitu Mama saya, Pn. Rusnah Hj. Ali Hussin @ Liusin.

Kenapa saya kata Mama saya wanita paling istimewa dalam hidup saya? Banyak sebabnya...

Wanita inilah yang susah payah bawa saya dalam perut (rahim) ketika mengandungkan saya. Lagi-lagi saya merupakan anak pertama, itulah pertama kali buatnya membawa bebanan perlukan kesabaran.

Wanita inilah yang tumpah darahnya ketika melahirkan saya...

Wanita inilah yang mengenyangkan saya dengan air susunya (dengan izin Allah SWT)...

Wanita inilah yang bersusah payah siang dan malam menjaga saya ketika saya kecil...

Wanita inilah juga yang paling risau apabila saya sakit, luka dan bersedih...

Wanita ini jugalah yang paling gembira bila saya dapat sesuatu kejayaan dan kegembiraan...

Wanita inilah yang sangat penyabar dan pemaaf walaupun saya seorang yang degil...

Wanita inilah yang banyak mengajar saya erti hidup...

Wanita ini jugalah yang mampu membawa ketenangan kepada diri saya dengan sifat keibuan dan kelembutannya...

.........................

Banyak sangat sebab kenapa Mama saya ni merupakan wanita teristimewa dalam hidup saya sampai tak tertulis di sini....

Dan rasanya itu sajalah yang mampu saya tulis di sini. Untuk menulis entry ini pun mata saya sudahpun banjir, apatah lagi nak tulis lagi banyak pasal Mama saya....mungkin ada orang akan kata,

"Kau ni cengeng"...."Kau ni anak mak la"

Biarla apa dorang nak kata, saya memang sayangkan Mama saya dan saya memang anak Mama saya. Dan saya memang akan agak sensitif untuk cerita pasal Mama saya pasal saya sangat sayangkan dia. Sampai bila-bila pun dia la Mama saya dan bila saya mati nanti pun, di-bin-kan kepada nya jugala nama saya ketika talkin.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa Mama saya; memberikan rahmat dan kemudahan di dunia dan akhirat; memasukkan Mama saya ke dalam golongan hamba-Nya yang beriman dan jauh dari seksa api neraka.

Sekian.

*akan bersambung di Edisi Khas Episod 2