Komrad

Showing posts with label MBBS. Show all posts
Showing posts with label MBBS. Show all posts

May 19, 2014

Oh La La First Pro Exam

Assalamualaikum WBT.

Salam 1 Dunia.

Agak lama juga aku tak peduli langsung benda alah blog ni. Bila check balik dalam setahun juga la, sebab last entry posting aku 20 Mac 2013. Eh dah lebih dari genap setahun pun.

Alright. Tak banyak cerita menarik pun pasal aku buat masa ni. Alhamdulillah, aku sekarang tengah dekat hujung pre-clinical phase MBBS. Rezeki dari Allah, setakat ni aku lepas semua block. Sekarang ni pula tengah pening dengan Block 4 dan First Professional Exam nanti.

Sebab apa pening?

Sebab Block 4 ni belajar pasal neurology system. Satu hal lagi, neuro ni memang mendatangkan traumatic experience kat aku sebab aku dulu kat Prague failed 3rd attempt exam Anatomy sebab tak dapat soalan Central Nervous System (CNS) yang Professor Eliska tanya. Banyak gila babs kot kena belajar dalam masa 8 minggu.

Tak cukup dengan tu. 2 minggu lepas end block exam Block 4, datang pula First Professional Exam! Sekarang otak aku tengah tepu macam tersumbat sikit sebab serabut nak revise syllabus block-block sebelum ni. Bayangkan kena study balik 2 tahun punya benda walaupun seniors kata fokus kat clinical related things.

InsyaAllah kalau tiada apa masalah, tahun depan masuk clinical phase. Tak sabar nak habiskan pre-clinical yang agak "kering" ni.

Dr. Saad yang power ajar Anatomy. Walaupun nampak garang tapi baik. Sangat pentingkan etika.
(Sumber: Google Image Search)

Apa pun, doakan kami semua Batch M16 (16th) MBBS IIUM dapat pass End Block Exam Block 4 dan First Professional Exam dengan jayanya.

Dec 9, 2012

Hours before end block exam

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Yep, tomorrow is the day! 

We, the M16 (Batch 16th) of MBBS IIUM will be having our first end block exam tomorrow. Huhu, a mixed of feelings felt by me right now. With lots of things (still) not covered yet, and those that have been covered; I'm not really sure whether I can recall them back and write on the answer sheets tomorrow.

I'm struggling with amino acids, fatty acids, renal physiology and bla bla bla as the lists go longer and longer. Luckily I've already studied Anatomy, Histology and Embryology before. So, only need to flip through the pages and recall them.

On Monday which is tomorrow we'll be having essays and short notes questions. 

Then, on Tuesday is for OSPE.

And finally, Wednesday is for PBQ and MCQ.

Thursday??? Merdeka!!!!!!!!!

Hopefully, everyone will pass with flying colours. Yeah, long live M16!

*P/S: I'll be flying home back to Sabah this Thursday. Yippie!

Jun 28, 2012

Perasaan Itu

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Sedar tak sedar, dah dekat lebih 8 bulan aku duduk kat rumah. Maknanya dekat setahun la juga aku meninggalkan sementara kehidupan sebagai seorang pelajar. Mungkin ada yang dah tahu sebab aku pernah tulis dalam blog ni juga dulu, tapi mungkin ada juga yang tak tau especially yang baru sampai kat blog aku ni. Kalau dulu aku tulis tu cuma sedikit saja, kali ni aku tulis lagi detail pasal pengalaman aku ni.

Terpaksa meninggalkan universiti di luar negara, balik ke Malaysia memang membawa kesan mendalam kat aku. Ramai orang tanya, "kenapa balik Malaysia?" sampai aku pun dah bosan nak menjawab soalan macam tu. Tapi apa boleh buat, sebab aku sendiri pun hairan kalau orang yang aku kenal, study jauh-jauh tiba-tiba balik Malaysia takde angin ribut taufan pun.

"Ya, aku gagal pengajian di universiti."

Bila sampai di KLIA dulu, macam-macam ada di dalam kepala aku. Aku terpikir macam mana la nak tengok muka keluarga aku, pastu apala nak buat kalau aku terserempak dengan cikgu sekolah aku dan macam-macam lagi pemikiran negatif. Naik flight dari KLIA ke KKIA pun rasa sekejap sebab terlalu banyak berfikir padahal waktu dalam flight balik Malaysia otak aku rasa kosong, tak terpikir apa-apa pun.

Sampai rumah, aku angkat beg naik masuk bilik. Keluarga aku yang lain terus bersiap untuk tidur sebab dah tengah malam. Tapi aku rasa tak mengantuk mungkin sebab jet lag agaknya. Tau sajala flight berbelas jam. Tapi masalah tidur aku tu berlarutan sampai 2 minggu. Bila dah baring, mau 3, 4 jam baru tertidur. Dan dalam tempoh tu aku tidur paling lama pun sejam lebih camtu.

Okay, itu masalah tidur. Lepas tu masalah lain pula timbul. Aku lepas tu jadi anti sosial, berkurung dalam rumah macam paranoia. Nasib baik aku ada beberapa orang member yang supportive, dengan dorang la aku cerita. Pastu pelan-pelan aku dapat atasi masalah ni. Pergi lepak dengan kawan, borak-borak. Pastu pergi reunion kelas.  Syukur juga aku tak gila sensorang dalam rumah.

Dan masalah lain juga timbul bila ada la suara-suara sumbanga dok mengata aku. Ada yang mengata aku membazir duit rakyat la sebab aku dulu budak MARA, ada yang kata aku pemalas la; padan muka gagal! Aku buat tak peduli la apa orang kata. Dah mulut dorang, biar jelah.Yang penting aku tau tak ramai orang paham macam mana hidup sebagai seorang pelajar tajaan di luar negara dulu.

Orang kata, best la dapat belajar luar negara. Dapat main salji la, dapat melancong la. Well, itu benda sampingan je. Kau tak tau macam mana keadaan mencabar mental di sana. Belajar Medicine lagi nak ingat itu ini. Lepas tu duduk pula jauh laaaaaaaaa sangat dari keluarga. Bak kata member baik aku, orang tak kan paham apa kita rasa melainkan dia sendiri rasa apa yang kita rasa. Macam mana aku digagalkan dulu, kau takkan faham perasaan tu, bila kau dah habis-habisan belajar tapi masih sangkut juga waktu exam yang 98.9% oral-based. Kau takkan faham macam mana Profesor yang jadi examiner hari tu kata, "You didn't study enough" dengan nada sinis, pastu gagalkan kau padahal kau blank 1 soalan saja dari 3 soalan. 


Tapi aku taknakla salahkan sistem dan profesor saja. Memang ada salah aku juga dan biarla aku cari sendiri salah aku. Sebab ada je orang lain boleh pass. Jadi ikut logik memang ada something wrong yang berpunca dari aku la kan?


Dan tambah lagi, aku secara rasminya merupakan penghutang dengan MARA sebanyak RM130k.
Stresss!

Maaf ter-emo sekejap.


Tapi nasib baikla aku ada keluarga yang sangat supportive. Mak abah aku yang selalu bagi semangat. Lepas tu tolong carikan aku peluang sambung belajar padahal ada satu masa tu aku dah takde semangat nak belajar apa-apa pun dah. Sampai macam tu sekali! Abah teman aku pergi KL sebab nak settle hal dengan MARA, lepas tu pergi RCMP Ipoh sebab nak hantar borang admission.  Dan macam-macam lagi urusan penting lain.


Dan syukur alhamdulillah, bak kata orang putih, there's a silver lining even behind the darkest cloud. Aku dapat offer untuk buat MBBS (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) dari UIAM, dengan kos yuran pengajian diberi subsidi sebanyak RM180 ribu. Intake insyaAllah hujung bulan Ogos. Memang syukur sangat. Macam mana seksanya mental aku lepas balik Malaysia rasa macam hilang lepas dapat offer letter tu. 


Syukur Alhamdulillah.


Itulah antara beberapa pengalaman aku semasa menghadapi ujian yang aku rasa berat ni, paling kurang dari segi mental. Lebih-lebih lagi hidup di kelompok komuniti macam tempat aku tinggal ni, keluarga aku memang selalu under the spotlight (perasan macam terkenal, hik hik). Dan sekarang aku masih duduk di rumah, jadi penjaga rumah sepenuh masa sebab aku dah berhenti jual sate lepas sakit hari tu. Lagi satu, aku masih lagi menantikan keputusan permohonan aku untuk dapat biasiswa Kerajaan Negeri Sabah sebab aku tak boleh minta pinjaman MARA lagi sekarang atas sebab penalti setahun. 


Doakan semoga aku dapat biasiswa tu dan doakan kejayaan aku di UIA nanti. 


Adios!