Assalamualaikum WBT.
Salam 1 Dunia.
Agak lama juga aku tak peduli langsung benda alah blog ni. Bila check balik dalam setahun juga la, sebab last entry posting aku 20 Mac 2013. Eh dah lebih dari genap setahun pun.
Alright. Tak banyak cerita menarik pun pasal aku buat masa ni. Alhamdulillah, aku sekarang tengah dekat hujung pre-clinical phase MBBS. Rezeki dari Allah, setakat ni aku lepas semua block. Sekarang ni pula tengah pening dengan Block 4 dan First Professional Exam nanti.
Sebab apa pening?
Sebab Block 4 ni belajar pasal neurology system. Satu hal lagi, neuro ni memang mendatangkan traumatic experience kat aku sebab aku dulu kat Prague failed 3rd attempt exam Anatomy sebab tak dapat soalan Central Nervous System (CNS) yang Professor Eliska tanya. Banyak gila babs kot kena belajar dalam masa 8 minggu.
Tak cukup dengan tu. 2 minggu lepas end block exam Block 4, datang pula First Professional Exam! Sekarang otak aku tengah tepu macam tersumbat sikit sebab serabut nak revise syllabus block-block sebelum ni. Bayangkan kena study balik 2 tahun punya benda walaupun seniors kata fokus kat clinical related things.
InsyaAllah kalau tiada apa masalah, tahun depan masuk clinical phase. Tak sabar nak habiskan pre-clinical yang agak "kering" ni.
![]() |
| Dr. Saad yang power ajar Anatomy. Walaupun nampak garang tapi baik. Sangat pentingkan etika. (Sumber: Google Image Search) |
Apa pun, doakan kami semua Batch M16 (16th) MBBS IIUM dapat pass End Block Exam Block 4 dan First Professional Exam dengan jayanya.
