Komrad

Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Jan 7, 2013

A Good Kick-Start of 2013

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

It has been a long time since the last time I updated this blog. Kind of busy with my life as a student plus being "blank" everytime I tried to write an entry. So, this time I try to put "a lot of effort" to write one, a very short entry, my first entry of 2013.

Today, after restlessly waiting finally the results for our first end block exam has come out. Alhamdulillah, I passed the exam. All praise to Allah. The feeling is simply indescribable since I was kind of playful and not having enough preparation during the first block.


My past experience of failing in my previous medical school definitely has made me learn how to appreciate the sweetness of passing an exam. Alhamdulillah.

And now, the 2nd block has just begun. Hopefully this can be a moral boost for me to study harder to achieve success. Long way to go, Safwan!

Adios!

*Thanks to my parents, family and friends for their moral support and doa for me. May Allah bless you*

Sep 4, 2012

Masuk UIAM

Assalamualaikum WBT --- Salam 1 Dunia

Hello there! Agak lama la juga aku tak update blog aku nih. Last posted entry ialah 9 Ogos. Sekarang dah 4 September. Dekat sebulan juga la kan.

Okay, just a short update. Akhirnya aku dah selamat meng-enroll-kan diri dalam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau dalam bahasa Inggeris nya ialah International Islamic University of Malaysia (IIUM), kampus Gombak. Aku register sini minggu lepas hari selasa. Jadi maksudnya dah genap seminggu aku kat sini.

Ehsan Google Search.
Disebabkan aku student Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS), maka aku tak lah lama kat kampus Gombak ni sebab kampus Kuliyyah of Medicine ialah di Kuantan. Jadi agak-agak minggu depan ni aku dah kena angkat gerak naik bas ke sana.

Aku tak la ambil gambar sangat kat sini. InsyaAllah nanti aku cuba try test la ambil beberapa gambar kampus Gombak ni.

Apa-apa pun, aku harap la semoga kali ini membawa sinar bagi aku. Another five years of campus life.

Adios!

Mar 20, 2011

Untuk Para Lepasan SPM 2010 (Bahagian 2)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

PERHATIAN: SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA ENTRY INI AMAT MEMBOSANKAN TAPI ITULAH SAYA. TAPI SEKIRANYA TERLALU BOSAN BOLEHLAH TEGUR, INSYA ALLAH SAYA TAK KECIL HATI

Seperti yang dijanjikan dalam entry saya sebelum ini iaitu "Untuk Para Lepasan SPM 2010 (Bahagian 1)", kali ini saya akan cerita dengan lebih detail pasal Program Ijazah Luar Negara Tajaan MARA dan untuk lagi spesifik program Perubatan kerana saya sendiri sedang berada di dalam program ini.

Lepas dapat keputusan SPM, bolehlah tengok-tengok kalau ada iklan kat SuratKhabar yang terkini ataupun iklan di radiotelevisyen ataupun iklan di laman web MARA mahupun iklan dari mulut ke mulut (awas, ini bukan ciuman mulut ke mulut mahupun bantuan pernafasan mulut ke mulut). Biasanya dalam iklan tu ada la dia letak syarat kelayakan; sebagai contoh pada zaman saya dulu kena dapat sekurang-kurangnya A2 untuk subjek Biology, Physics, Add Math, Chemistry dan semua subjek teras.

Lepas tu bolehla isi borang secara online. Dulu ada option untuk pilih JPA atau MARA tapi dengar cerita JPA dah tak hantar ke luar negara atas sebab kewangan (belum berapa sahih, tertakluk kepada perubahan). Mula-mula saya pilih JPA dulu tapi entah tak ingat kenapa tiba-tiba teringin nak duduk bawah MARA. 

Kemudian, dalam bulan April macam tu bolehlah check result application tuh. Kalau dapat syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat, jangan sedih rezeki ada di mana-mana. Tapi sebagai langkah keselamatan, jangan lupa apply UPU untuk masuk IPTA di bawah Program Asasi. Banyak-banyakla doa ye.

Time ni jugala kena siap sedia tunggu kat pejabat pos mahupun peti surat depan rumah sebab MARA akan hantar surat pemberitahuan beserta borang untuk dibawa waktu temuduga. Tapi dalam sesetengah kes macam saya, surat lambat sampai dan mujur Pegawai MARA call rumah dan suruh datang temu duga lusanya. Memang kalutla....huhu.

Untuk interview, kena la pandai buat Curriculum Vitae (lebih kurang macam Resume la), lepas tu kena bawa sijil-sijil yang berkaitan, lepas tu kena la kemaskan penampilan. Untuk lelaki kena pakai neck-tie, rambut kemas, baju jangan lupa gosok, kasut kena bersinar-sinar boleh buat cermin. Untuk perempuan bolehla pakai baju formal ataupun baju kurung asalkan sedap mata memandang bukannya seksa mata memandang. Dan paling penting, kena sediakan mental juga. Kalau ada permintaan untuk meminta saya cerita pasal interview, insyaAllah saya akan buat. Kalau tiada, saya mungkin tak akan buatla.

Lepas interview, tunggula dulu dalam sebulan macam tu...memang menguji kesabaran nih. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tak dapat, jangan bersedih...cuba buat rayuan mana tau dapat. Kemuadian, nanti akan dapatla surat tawaran yang akan bagitau destinasi dan program persediaan sebelum keluar negara. Kalau MARA ni, biasanya dia akan bagi student buat A-Level, International Baccalaureate (saya buat yang ni), Australian Matriculation, South Australian Matriculation dan beberapa lagi. Tapi selalunya saya dengar budak Medik ni buat A-Level atau IB la.

Bila dah dapat, isi lagi borang perjanjian MARA yang sangat melecehkan tapi apa nak buat, bukan senang nak dapat orang nak bagi duit untuk kita belajar kan? Lepas tu masukla program 2 tahun ni (A-Level atau IB) di mana kena lepas la point minimum untuk melayakkan pelajar untuk meneruskan pelajaran ke luar negara (A-Level 13/15 dan IB 35/45). Untuk IB, MARA akan letak pelajar samada ke Kolej MARA Banting (bound UK/Ireland/Australia/New Zealand) dan Kolej MARA Seremban (bound India/Czech Republic/Poland)

Waktu dalam program persediaan ini jugala memang mencabar tapi best. Dulu saya buat IB di Kolej MARA Seremban dan pada asalnya ditaja untuk ke India. Tapi rezeki Allah bagi, saya dapat pula mohon untuk ke Czech Republic untuk sambung belajar di Charles University in Prague, 1st Faculty of Medicine. Untuk sampai sini, kena jugala ambil Entrance Exam dan Interview. Dan sebenarnya juga saya hampir-hampir gagal untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab tak lepas point (saya dapat 34, banyak sangat main) tapi atas rezeki Allah jugala dan doa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, dapat juga saya sampai di Prague ni
*Pengajaran: Jangan mudah putus asa*


Mungkin ini sajala yang dapat saya tulis setakat ini. Kalau ada sebarang pertanyaan usah malu usah segan bolehla tanya. Harap maaf sekiranya entry ni kurang lengkap dan kurang menjawab persoalan tapi silalah tanya ye. Dan insyaAllah kalau ada permintaan, saya tidak akan keberatan untuk menulis lagi entry berkenaan dengan persoalan yang ditanya.

Sekian, Salam 1 Dunia

Mar 19, 2011

Untuk Para Lepasan SPM 2010 (Bahagian 1)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia


Untuk entry kali ini, saya nak cerita pasal peluang bagi para lepasan SPM 2010 menyambung pelajaran atas permintaan beberapa pihak (ceh, padahal baru seorang yang minta tolong..hahaha) bersempena dengan keluarnya KEPUTUSAN SPM 2010 minggu depan (23/03 kalau tak silap).

Ada macam-macam peluang untuk melanjutkan pelajaran tahap ketiga (tertiary education bahasa kampungnya) tapi dalam bahagian 1 ini saya cuma nak cerita secara ringkas yang berkenaan dengan Matrikulasi Kementerian Pelajaran, Tingkatan 6, Program Asasi, Kursus Perguruan Lepasan SPM, Program Ijazah Luar Negara (PILN), Kursus Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan dan Kursus Diploma dalam bidang berkaitan. Dan untuk bahagian 2 saya akan ceritakan dengan lebih lanjut pasal Program Ijazah Luar Negara (PILN) di bawah tajaan MARA memandangkan saya sendiri sedang mengikuti program ini.

  • MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN
 Rasanya hampir semua pelajar SPM tahu program ni kan sebab dah isi borang online sebelum SPM lagi kan? Beli no.pin kat BSN lepas tu isi borang online dan rasanya keputusannya akan keluar awal April ni. Program ni merupakan satu program pra-universiti dan menawarkan Program 1 Tahun (PST) bagi calon Bumiputera dan bukan Bumiputera serta Program 2 Tahun (PDT) khas untuk calon Bumiputera sahaja. Program ini menggunakan sistem Purata Nilai Gred dan maksimum 4.0. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

  • TINGKATAN 6
Program ini merupakan antara satu program pra-universiti yang popular dalam kalangan lepasan SPM. Merupakan satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia juga cuma berbeza dengan Program Matrikulasi yang dijalankan di Kampus Kolej Matrikulasi, program ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia selama lebih kurang 1 setengah tahun. Di akhir program, satu peperiksaan akan dijalankan iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Sistem STPM ni diakui merupakan antara sistem Peperiksaan Awam yang berkualiti serta mampu menjamin survival pelajar di IPTA/IPTS kerana pelajar perlu bukan sahaja bijak dalam pelajaran, tapi berkebolehan dari segi kepimpinan, aktiviti ko-kurikulum dan macam-macam lagi. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

  • PROGRAM ASASI
Program ni lebih kurang macam Program Matrikulasi KPM tapi yang membezakannya ialah, ia dijalankan di kampus Universiti yang berkenaan (UM, UiTM, UIA, USIM etc etc). Untuk memohon, para pelajar bolehlah membuka link ini (buka lepas keluar result SPM la) dan pilihla nak ambil kursus asasi yang bersesuaian mengikut citarasa. Saya pernah masuk Pusat Asasi Sains UM (Sains Hayat) tapi keluar sebulan kemudian sebab dapat offer MARA untuk buat PILN. Untuk maklumat lanjut, boleh la lihat-lihat di laman web; PASUM, Asasi UiTM, Asasi UIA, Asasi USIM.

  • KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM
Ha, yang ni sesuai untuk sesiapa yang minat meminati bidang perguruan. Mulia kerja guru ni walaupun ramai orang yang kata itu ini pasal guru. Kalau tiada guru, siapalah kita kan? Adik saya sendiri masuk kursus ni. Tapi saya baru perasan, tarikh tutup permohonan ialah 21 Mac 2011. Maklumat lanjut klik di sini.

  • KURSUS DIPLOMA KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN
Kursus ni pun sangat laku sekarang. Memang ramai juga kawan-kawan yang buat kursus ni. Untuk maklumat lanjut, boleh la klik di sini: Kementerian Kesihatan Malaysia, Kolej Masterskill, Kolej MAHSA, Kolej Islam Sains dan Teknologi dan banyak lagi kolej yang menawarkan Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan. Tapi awas, pastikan ia diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, JPA dan MQA.

  • PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)
Untuk program ni, dari nama dia pun dah tau program untuk belajar di luar negara dan ditaja untuk belajar. Ada beberapa pihak yang akan menawarkan tajaan seperti MARA, JPA, Khazanah Negara, Bank Negara, Shell dan beberapa lagi. Tapi kalau tak silap saya, JPA dah tidak menghantar pelajar keluar negara untuk program Ijazah Pertama atas sebab kewangan. Sebaliknya, JPA akan menaja pengajian dalam negara. Memandangkan saya tajaan MARA, saya akan cerita pasal itu dalam Bahagian 2 nanti. Kalau pasal tajaan lain tu saya tak berani nak cerita sangat sebab tak tahu sangat. Nanti akan keluar iklan pasal program ni kat suratkhabar, tv, radio. Antara program yang ditawarkan ialah Perubatan, Kejuruteraan, Pendidikan, Geologi, Pergigian, Sains Gunaan, Arkitek, TESL/TESOL dan banyak lagi.

  • KURSUS DIPLOMA DALAM BIDANG BERKAITAN
Program ni biasanya bersifat kursus bidang kemahiran. Lebih kurang macam kejuruteraan, pengimpalan, enjin, jahitan, fesyen, masakan dan banyak lagi. Seiring dengan saranan kerajaan (ceh, bahasa macam karangan BM SPM), memang bagusla untuk ikut kursus macam ni daripada buat benda tak tentu hala macam merempit, hisap dadah, merompak dan merogol. Terjamin sikit masa depan tu. Kalau berminat bolehla lihat-lihat di sini: Politeknik, Institut Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej PTPL, Cosmopoint.

Inilah antara jalan yang boleh dipilih untuk lepasan-lepasan SPM. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Ada banyak lagi sebenarnya...apa-apa pun, usaha tangga kejayaan. Tak kisahla macam mana pun keputusan SPM anda nanti, jadilah orang yang berguna.

*Sebenarnya ada lagi beberapa program macam Program Perubatan Timur Tengah, Indonesia dan Rusia tapi saya tak tahu sangat dan untuk mengelak kontroversi, silalah tanya kepada mereka yang mengetahui*.

Sori entry ni panjang. Harap maaf sekiranya berlaku kesilapan maklumat

Salam (akan disambung di bahagian kedua)

Mar 17, 2011

Pikir Punya Pikir

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Saya selalu pikir.

Kenapa saya mau jadi doktor?

Ikhlas kerana Allah? (Harap-harap begitulah)

Mau tolong orang? Tapi jadi tukang pungut bola di Stadium Likas pun boleh tolong orang.

Jadi apala? Duit?

Kalau mau jadi kaya bagus saya buat Business Management, bulih jadi Tauke Taugeh.

Glamour? Lagi bagus saya masuk Akademi Fantasia ka, Mentor ka atau pun jadi model seluar dalam (glamor ka jadi model seluar dalam?)

Paning oh kepala bila pikir banyak-banyak ni, mansau ansau

Ah, malas la mau pikir banyak-banyak ni...bikin kasau kepala otak saya saja. Lagi bagus saya belajar dulu.

Saya mau jadi nerd dulu

Mar 6, 2011

Histology? Anatomy? (Part 2)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

(sambungan Part 1)

seperti yang saya janjikan, kali ni saya sambung lagi cerita pasal Histology dan Anatomy. Tapi bukanlah saya nak ajar pasal subjek-subjek ni, nanti orang kata saya ni bajet power pula (eksen org Sabah cakap), nak menunjuk-nunjuk, biasala mentaliti lama dahulu kala. Saya cuma nak cerita pasal ujian ataupun test dalam bahasa kebanyakannya. 


Untuk minggu kedua Summer Semester (walaupun belum summer lagi), saya ada 2 test dan sudah pastila Anatomy dan Histology. Nasib baik jugala selang antara Praktikal Histology dan Anatomy ni jauh (Histo= Isnin dan Anat= Jumaat).

Alhamdulillah, untuk slide test Histology (pasal Endocrine Sytem dan tongue) saya lepas jugala walaupun pada mulanya rasa kurang yakin nak lepas sebab saya pun taktau slide apa yang saya dapat waktu test tuh.  Mula-mula saya rasa slide tu slide Parathyroid gland tapi sebab saya tak jumpa pun chief cell dengan oxyphil cell, saya pun mulala bingung. Kemudian, tetiba saya nampak sesuatu yang nampak macam chromophobes dan acidophils, saya dengan tangan terketar-ketar tulis kat kertas kosong (untuk jawapan) HYPOPHYSIS. Dan sempat lukis 2 sel: acidophils dan basophils walaupun kurang yakin sebab slide tu memang nampak lain dari slide Hypophysis yang biasa saya tengok. Dan alhamdulillah, saya lepas juga la test tu dengan pertolongan Allah SWT.
Hypophysis (Low Magnification)
Cells of Hypophysis


Tapi malang sekali, saya failed untuk test Anatomy. Entahla, padahal kalau kira senang je test tu sebab Prof. Nemcova dah bagi siap-siap slideshow presentation pasal Respiratoy System untuk study awal-awal. Mungkin silap saya juga sebab kuat sangat main kot dan Allah nak uji. Tapi takpa, itu hanya test sebab minggu depan boleh repeat dan paling penting kena ready untuk Final Exam. Test ni penting jugala sebab nak dapat kredit. Kalau tak dapat kredit, tak dapatla ambil exam lepas tu kira fail (gagal) dan bila gagal, kemungkinan untuk dipanggil balik ke Malaysia sangat cerah. 


Itu je la kot serba sedikit saya nak cerita pasal Histology dan Anatomy ni. Susah memang susah, tapi apa boleh buat, ini la jalan yang saya pilih (Allah letakkan saya di jalan ini). Nak tak nak kena juga buat kan? Semoga Allah memudahkan jalan untuk saya dan rakan-rakan menghadapi semua dugaan hidup (pergh, ayat macam karangan Bahasa Melayu SPM)


Salam.

Mar 5, 2011

Histology? Anatomy? (Part 1)

Assalamualaikum WBT (sila baca dengan betul, jangan kata saya ambil perkataan ni dari bahasa Nigeria Purba)

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, 1 lagi minggu baru berakhir. Memang rasa cepat je masa berlalu, mungkin sebab Kiamat dah dekat sebab tu masa ni rasa cepat je berlalu (mengikut apa yang saya belajar, keberkatan masa ni perlahan-lahan ditarik balik oleh Allah SWT)

Kali ni, saya nak cerita pasal kehidupan saya sebagai Student Medicine 1st Year. Untuk 1st year nih, subjek mandatori untuk lepas (lulus) di Charles University in Prague ni ialah Anatomy dan Histology. Kalau nak tau apa itu Anatomy, sila rujuk sini. Bahasa mudah dia, kita belajar pasal badan manusia, organ, sistem dan segala benda yang ada dalam badan manusia. Memang agak teruja juga la dapat tengok live benda-benda macam hati, jantung, perut dan pelbagai lagi benda yang ada kat badan ni walaupun kadang-kadang kesian kat pakcik makcik kadaver ni kena kerat-kerat. Mari saya senaraikan apa yang saya telah belajar dan akan belajar pasal Anatomy ni
  1. Skeleton and its connection, muscles, fascias, osteofacial compartments
  2. Gastrointestinal tract atau lebih mesra dipanggil GIT
  3. Respiratory system
  4. Urinary and reproductive system
  5. Heart
  6. Arteries
  7. Veins
  8. Lymphatic system
  9. Central Nervous System (CNS)
  10. Peripheral Nervous System (PNS)
  11. Sensory organs, skin and endocrine glands
  12. Regional Anatomy


Histology ni pula belajar pasal Microscopy Anatomy dan sila tengok sini. Kenapa kena panggil macam tu? Sebab dalam Histology, kita tengok benda-benda yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop macam sel dan tisu sesuatu organ mahupun sistem. Dan untuk itu, saya belajar pasal benda-benda macam ni
  1. Histological techniques, cytology, tissues
  2. Systemic Histology
  3. Embryology
Untuk pengetahuan semua,  sistem pembelajaran di 1st Faculty of Medicine, Charles University in Prague ni ialah sistem tradisional. Kenapa tradisional? Kenapa bukan Program Based Learning (PBL) mahupun Integrated System? Itu kena la tanya kat Senate kot, tapi dalam sistem tradisional ni, exam dibuat melalui sistem oral exam secara majoritinya (melalui apa yang saya dengar dari seniors, academic years yang mendatang adala sikit written exam). Dan kerana oral exam itu jugala membuatkan sistem tradisional begitu "menakutkan".


Itu la serba sedikit, nanti saya akan cerita lagi dalam Part 2.


Salam

Jan 10, 2011

Apabila Test Menimbun


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Minggu ini merupakan minggu paling sibuk dan tepu bagi aku dan member-member lain kat 1st Faculty of Medicine, Charles University in Prague...kenapa?

Muka stress sambil minum kopi Jihlavanka yang macam kuda

ISNIN:
Akan ada test Latin...aku memang bengang dengan Latin ni, banyak betul benda-benda pelik kena belajar macam 1st, 2nd, 3rd, 4th dan 5th declensions...

SELASA:
Akan ada test Histology. Huhu, slide test yang sangat menggusarkan jiwa raga seorang remaja. Bukan merepek cuma merapu, aku macam nak makan je Buku Junqueira bila tengok cells dan tissues ni. Ditambah dengan buku colour atlas Thieme yang macam sedap dibuat sup, lagi la menambahkan tahap kurang siuman mental aku.

RABU:
Untuk Rabu, alhamdulillah tiada test untuk hari ini...bermakna ini adalah hari untuk aku berendam dengan sepenuh badan dalam lautan Anatomy.

KHAMIS:
Hari untuk repeat tests bersama cikgu kesayangan Dr. Veronika Nemcova. Aku akan habiskan repeat tests yang aku failed; Schema of pelvic, Skull dan Head and Neck. Memang mencabar tahap keorangan aku. Aku taknak failed lagi sebab aku taknak buat credit test yang lagi la mampu membuatkan aku akan menjadi luar tahap normal aku.

JUMAAT:
Hari terakhir dalam minggu ini tapi hari ini jugala hari yang selalu mengganggu keharmonian aku bila mana ada test Anatomy. Untuk minggu ini, test pasal oral region dan alimentary canal. Test akan dalam bentuk slide test di mana cikgu akan tunjuk gambar-gambar yang pelik dan kena jawab sepantas kilat; schematic drawing di mana cikgu akan suruh lukis part-part ikut suka dia nak apa dan oral test di mana cikgu akan tanya secara lisan part-part yang berkaitan seperti liver, stomach dan small intestine.


Kitab Latin karya Dana Svobodova yang sangat menekan jiwa

Kitab Junqueira yang mencuit hati

Kitab Colour Atlas Thieme yang menggembirakan

Himpunan kitab-kitab Anatomy yang menimbulkan kelaparan
Dari kiri: Zaklady Anatomie 5, Zaklady Anatomie 3, Snell's Clinical Anatomy dan Netter's Atlas of Human Anatomy

Keadaan meja no. 2 umpama dilanggar beruang. Meja no. 1 usah cerita.

Sekian.
"Seperti selepas malam datangnya siang, begitulah selepas susah ada kesenangan"