Assalamualaikum WBT
Salam 1 Dunia
Alhamdulillah, lepas beberapa lama tak buat entry baru akhirnya Allah bagi peluang dan masa untuk saya taip entry baru. Exam dah dekat, memang sungguh stress sebab banyak benda nak baca, faham dan ingat. Esok stop di situ.
Esok (16.05.2011) ialah Hari Guru; dan kerjaya guru ini begitu dekat dengan diri saya. Kenapakah? Tengoklah title post ni; Mak Abah Saya Cikgu. Ya, memang saya anak cikgu sekolah. Bukan itu saja, ramai ahli keluarga saya yang jadi guru dan seolah ini menjadi darah daging dalam keluarga saya. Malah adik saya sekarang pun sedang belajar kat Institut Pendidikan Guru Ulu Kinta, Perak.
Hidup sebagai anak seorang guru (dalam kes saya ini dua orang guru) bukanlah mewah. Waktu kecik-kecik dulu, kami sekeluarga tinggal di Kuarters Guru yang sangat seronok sebab ramai kawan anak-anak guru lain. Walaupun rumah tu kecik saja tapi sangat best dan lagi best, sekolah dekat je dari rumah. Dan hampir separuh dari usia saya membesar di dalam Kuarters Guru. Oh, sangat nostalgik!
Walaupun gaji takla banyak mana, cukup-cukupla buat bayar itu dan ini tapi saya rasa bahagia je keluarga saya. Abah saya pernah cakap, "
gaji ni kalau sedikit pun tapi kerja kalau ikhlas berkatla duit tu...bila berkat rasa cukup walaupun sikit." Pernah dulu waktu saya di MRSM, ada beberapa waktu tu Abah dengan Mama bawa nasi dengan lauk telur masak merah untuk saya. Saya tanya kenapa tak masak ikan ke, ayam ke. Abah cakap telur murah dan waktu tu keluarga saya makan lauk telur je. Bila pikir-pikir balik memang macam nak nangis sebab walaupun dalam susah, Mak Abah saya tetap masak sedap-sedap walaupun hanya telur. Dan alhamdulillah sekarang hidup kami sekeluarga agak senangla juga.
Saya sangat marah kalau ada orang yang menghina kerjaya seorang guru ni. Ya, memang ada je yang perangai bukan-bukan tu, tapi bukan semua. Lepas tu siap ada yang kata senang je nak jadi guru ni. Ya, jadi guru memang senang tapi tengokla kau mampu tak nak tahan tekanan nak jadikan seorang budak tu menjadi seorang manusia. Dengan gaji yang bila pikir-pikir tak sepadan pun dengan penat lelah seorang guru. Semoga golongan yang suka menghina guru ni insafla.
Akhir kata, SELAMAT HARI GURU kepada Mak Abah saya (Cikgu Rusnah dan Cikgu Idrus), serta semua guru yang pernah mengajar saya pelbagai macam ilmu yang sangat bermanfaat. Kalian ibarat lilin menerangi kegelapan, tapi terbakar diri sendiri kerana pengorbanan untuk melihat anak murid berjaya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.
Sekian :)