Komrad

Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Jul 12, 2012

Kemanusiaan Yang Hilang

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Hari ini macam biasa aku akan mulakan pagi dengan membaca berita secara online. Dan online news portal yang memang aku wajib baca first ialah The Star Online.

Satu berita yang kiranya menyayat hati aku pagi ini jadi kat Pulau Pinang. Seorang makcik bernama Tan Kim Chuan ni kena ragut dan rompak oleh seorang "hantu ragut". Akibat diragut secara mengejut, makcik ni jatuh dan kepalanya terhantuk ke atas jalan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Nak dijadikan cerita, selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri tu tiada sesiapa pun peduli kat makcik Tan ni walhal dalam tempoh beberapa minit tu, ada tujuh orang pejalan kaki berjalan melintasinya. Kemudian, selepas lebih kurang tujuh minit, baru la ada tiga orang yang baik hati tolong makcik Tan ni. Malangnya, beliau meninggal dunia di hospital lebih kurang sembilan jam kemudian akibat kecederaan teruk di kepala dan belakang tengkoraknya retak.


WTH! Dulu ada jadi benda ni kat China, seorang budak tu kena langgar tapi takde sorang pun nak tolong. Sekarang jadi kat Malaysia. Serius aku memang terpikir mana pergi nilai kemanusiaan masyarakat hari ni. Mungkin juga lah dorang ingat itu pengemis tapi common sense la pengemis mana tidur kat tengah-tengah jalan yang kenderaan lalu. Ini tidak lain tidak bukan konsep, "Kau, kau. Aku, aku"

Macam-macam la sekarang ni. Bila mana makin ramai orang tak peduli pasal orang lain. Semoga kita tak jadi orang yang macam ni. Takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: The Star Online

May 27, 2011

Memang stress

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Akhirnya dapatlah juga gua menulis menambah entry di blog gua ini. Hidup sebagai student ni memang sangat stress lagi-lagi bila dapat duit dari orang suruh lu study lepas tu kena bayar balik seciput je (insyaAllah 1%).

Gua bukanlah nak mengeluh ke apa, cuma dah gua ni pun namanya manusia biasalah ada juga mengeluh. Exam yang dah dekat tapi gua rasa macam gua ni makin banyak study makin bengap otak. Kenapakah? Sebab gua baru sedar banyak lagi gua tak tau dan sebab tu gua tak boleh main-main.

Lagi gua stress, gua masih sangkut lagi test untuk Central Nervous System (CNS) untuk Neuroanatomy. Menghadap Dr. Nemcova yang nampak sangat psiko disebabkan kejaguhannya sebagai Neurosurgeon suatu ketika dahulu, memang serius gua cuak bila oral test dengan dia. Dengan ayat klisenya,
"Bin Idrus, you should study yeah."
Memang tambah lagilah macam nak makan je buku-buku yang dibaca bila asyik terngiang-ngiang di telinga kata-kata "PERANGSANG" tu.

Tak cukup dengan itu, lagi rasa macam nak buat sup buku bila buka buku teks Petrovicky yang bahasanya yang se-standard bahasa keluaran Gugel Teranselet. Baca sekali pasti pening, baca dua kali berpinar mata, baca berkali-kali terus tertidur. Dengan pathways yang berlambak, memang sangat mengancam tahap keorangan gua yang hampir mencapai tahap kebinatangan.

Itu tak masuk lagi benda merapik lain macam Genetics, Latin, Czech yang nampak sedap je kalau buku-bukunya dibuat bubur lambuk. Tapi gua taknakla cerita nanti orang kata gua ni poyo la pula sebab nampak macam exaggerated je budak study medic ni susah. Gua tak kisah lu nak kata apa pun, sebab lu tak rasa apa yang gua rasa. Perumpamaannya, hanya orang yang pernah kena sunat je tau macam mana rasa time kena bius tu.

Tapi takpela, dulu gua pernah belajar. Allah tak akan mengenakan suatu ujian melainkan mengikut kemampuan hamba-Nya. Gua yakin yang itu. Lagi satu, dalam surah Al-Insyirah, Allah ada kata setiap selepas satu kesusahan, akan ada kesenangan. Gua yakin itu juga.

Jadi, sekianlah rasanya bebelan dan rapikkan gua untuk kali ini. Untuk semua yang akan ada exam dalam masa terdekat, selamat berjaya gua ucapkan. Sempena exam ini juga gua nak minta maaf dari semua pihak sekiranya gua ada terkasar, terkutuk, tersepak, terbahan, tersakitkan hati dan sebagainya. Harapnya dimaafkanla semuanya.

*Beberapa gambar "makanan" yang gua ingin kongsikan buat semua, bon appetit!

Rezy Mozkem: Banyak gambar cross section otak

Petrovicky 1: Sodap dimasak kari

Petrovicky 2: Yang ni sodap dimasak lomak cili api

Bahan perisa: Basal ganglia circuit

Pengganti Ajinomoto: Schema of Spino-Cerebellar Pathway

Asam keping

Amiiinnn!


Apr 3, 2011

Cikgu?

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Entri kali ini ditulis dengan nada penuh kemarahan dan perasaan ingin memaki hamun beberapa pihak tapi terima kasih buat beberapa sahabat yang sudi menyabarkan saya.

"Ala, cikgu je?"

Hanya kerana perkataan di atas, memang saya rasa marah yang amat sangat kepada sang pengeluar kata-kata itu. Mungkin ada yang akan kata saya overreacted sebab saya bukan buat kursus perguruan pun tapi hakikatnya kerjaya guru memang rapat dengan diri saya.

Abah saya guru. Mama saya guru. Nenek lelaki dan arwah nenek perempuan saya guru (Di Sabah, banyak digunakan istilah Nenek Lelaki untuk Atok). Dan ahli keluarga saya tak kira la belah Abah atau Mama pun ramai yang jadi guru. Adik saya sendiri pun tengah buat kursus perguruan.

Dan saya memang pantang sekali kalau dengar orang hina kerjaya guru. Dan saya dengan adik-adik sendiri membesar dengan gaji dua orang guru. Dan setakat ni, belum pernah lagi kami adik-beradik pergi mengemis pasal tak cukup makan. Belum pernah lagi kami mencuri dan paling penting saya bangga adik-adik saya ada semangat untuk belajar sebab dapat hidup senang tak susahkan orang lain.

Saya tau jadi guru ni bukan senang dan bukan dapat jadi kaya pun....pergi aktiviti ko-kurikulum bukan ada elaun pun, semak kerja sekolah pelajar yang kadang-kadang memeningkan kepala, siapkan alat mengajar. Memang susah. Tapi saya bangga dengan Abah dan Mama yang walaupun tau kerja jadi guru ni bukan senang, tetap juga bagi komitmen dengan kami adik-beradik.

Memang ada juga guru yang perangai teruk tapi bukan semua okay! hanya segelintir tapi puak-puak ni la yang menjahanamkan nama guru. Banyak lagi guru yang baik dan berdisiplin.

Itu saja la bebelan saya kali ini. Maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung hati tapi saya memang agak sensitif dengan orang yang menghina pekerjaan guru seolah-olah mereka menghina ibu bapa saya sendiri. Dan penghinaan terhadap ibu bapa saya merupakan penghinaan terhadap diri saya sendiri yang tak dapat bertolak ansur.

Ingatlah, macam mana pandai sekali pun kita mesti ada guru kan? Dan kita beroleh ilmu Allah yang maha luas melalui guru-guru kita yang mulia. Jangan sesekali berlaku biadap terhadap mereka.

Sekian