Komrad

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Aug 1, 2012

Ketaksuban Melampau: Iluminati dan Freemason

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Dua tiga menjak sejak temasya Sukan Olimpik London 2012 ni bermula, macam-macam benda aku dengar, nampak pasal Teori Konspirasi melibatkan Iluminati dan Freemason. Bagi kaki Facebook sudah pastinya akan pernah ternampak benda nih. Harituh siap ada tunjuk gambar pokok Yahudi lah, "Nabi Musa" dihanyutkan di Sungai Nil lah, maskot bermata satu lah dan macam-macam lagi.

Okay, sebenarnya aku terlebih dahulu nak tabik hormat kepada sesiapa yang "berjaya" membongkar rahsia Iluminati dan Freemason yang kononnya diselubungi oleh pemuka-pemuka Yahudi ni. Lulz, hebat sungguh dan rajin betul mengkaji ye. Macam mana satu benda boleh pulak kait dengan benda lain. Memang sungguh "hebat".

Tapi sesuai dengan keadaan pemikiran aku yang selalu ketat menapis apa-apa maklumat dan sesuatu, maka semua "kajian ilmiah" berkenaan Iluminati dan Freemason sempena Sukan Olimpik London 2012 ini seakan menjadi satu contoh paranoia pemikiran para pengkaji sekelian. Yang mana sangat mengganggu pemikiran aku kerana aku bukanlah seorang yang mudah menerima sesuatu tanpa melihat bukti saintifik mahupun logikal.

Malas nak menceritakan benda ni dengan lebih lanjut, aku memilih untuk mengulas benda ni dari sudut pandang penting ke tidak kita ambik "port" pasal Freemason ini.

Obsesi Melampau Terhadap Isu Ini...penuh dengan SARCASM!

Komen aku mudah, buat apa nak hu ha hu ha bising-bising pasal benda yang tak tentu betul ke tidak ni, sesuatu yang dirumus berdasarkan andaian dan pemikiran yang kadangkala lebih bersifat PARANOID. Adalah lagi penting untuk kita Ummat Islam terutamanya untuk peduli benda lebih penting seperti isu AKIDAH berbanding isu FREEMASON dan ILUMINATI ini.

Sebab apa aku tulis macam tu? Sebab AKIDAH ialah asas dalam kita beragama. Kalau kita sibukkan diri dengan memperkuatkan diri mempelajari, memahami persoalan asas AKIDAH, insyaAllah diperkuatkan diri kita oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian fitnah akhir zaman ni. Lagi satu, disebabkan benda Iluminati dan Freemason ni merupakan sesuatu yang penuh kesamaran, boleh jadi apa yang kita baca, kita tengok orang dok share itu satu "twist" akibat pemikiran PARANOIA dan boleh menyebabkan kita terjerumus dengan fitnah.

Atau kalau kita sudah kononnya lengkap persoalan AKIDAH, banyak lagi cabang ilmu agama lain yang kita boleh pelajari seperti FEKAH, TASAWWUF, ILMU AL-QURAN, ILMU HADITH dan banyak lagi. Jadi alasan untuk menyatakan kita kena "belajar" pasal taktik musuh-musuh Islam berpaksikan Iluminati dan Freemason untuk merosakkan minda dan pemikiran Ummat Islam sejagat boleh kita tolak.

Atau kita boleh lah mengikuti perkembangan isu orang Islam Rohinghya di Myanmar yang dibantai oleh puak pelampau Buddha, isu Syria mahupun isu Palestin yang sememangnya menuntut pemerhatian dan pertolongan kita atas nama saudara seagama. Jadi sudah habiskah kita melakukan ini semua sampai kita nak peningkan kepala nak pikir pasal Iluminati dan Freemason.

Dan sekiranya kita memang sudah mengetahui pun taktik musuh-musuh Islam ini, apa kita boleh buat? Mampukah kita untuk melawan apa yang kononnya telah dirancang dengan begitu teliti oleh puak-puak pendokong Iluminati The Elitists dan Freemason ini. Mampukah kita nak lari dari semua HIDDEN AGENDA itu semua? Jadilah kita hanya takut dengan bayang-bayang sedangkan hal sebenarnya banyak lagi yang lebih penting kita uruskan.

Walaupun macam mana pun, aku tak lah menolak kewujudan secret society ini. Sebab kalau tengok kat beberapa bandar di Malaysia ni memang ada Freemason Lodges. Cuma itulah, berpada-padalah. Jangan sampai jadi taksub. Takut terpesong akidah, sebagai contoh ada yang mungkin "teryakin" bahawa semua yang berlaku di dunia hari ini adalah mengikut acuan Yahudi yang menguasai segalanya. Itu salah. Hakikatnya ini semua kerja TUHAN!

Jadi, satu ayat untuk aku simpulkan pasal isu ini ialah, "THE WORST ENEMY IS OURSELF, NEITHER JEWS NOR THE ELITIST OF FREEMASONS."

Untuk menutup tulisan aku kali ini, aku nak share apa yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam status Fan Page Facebook beliau. Aku hanya copy-paste tanpa mengubah mana-mana struktur ayat.

[OLIMPIK LONDON 2012 = PERANCANGAN ILLUMINATI ?]

Olimpik London 2012 = Perancangan Illuminati untuk menimbulkan kehuru-haraan.

Orang mula menghujani perkara ini di inbox saya. Soalan meminta pengesahan.

Maka di sini respon saya.

1 - Saya tidak pasti. Ada kemungkinan benar, dan besar kemungkinannya ini hanyalah paranoid sahaja. Orang membuat kajian, kita respect usahanya mengkaji. Benar atau t
idak benar, kelihatan terlalu paranoid atau tidak, itu bergantung.

Kadangkala perkara-perkara konspirasi ni, sampai The Awakening Record(lambang dia Piramid) pun dituduh ejen Freemason. Angkat tangan kat dada sikit je, sudah dituduh upacara sembah Tuhan Matahari. Jadi kadangkala, ianya terlalu melebih-lebih.

Nak percaya 100% tak boleh, nak tolak 100% pun sebenarnya tak boleh juga.

2 - Cumanya saya suka la bila isu ini dibisingkan, untuk mengajak saudara-saudari yang ada di Page Hilal Asyraf(Official) ini muhasabah sebentar.

Kita lihat ya, gempak benar kita bila mendedahkan perancangan Freemason dan Illuminati. Kita hanya mampu tercengang, takut, tergamam, dan berharap ianya tidak terjadi, apabila setiap perancangan mereka didedahkan.

Nampak lemah sangat kita ni kan?

Kalau ianya didedahkan pun, kepada kuasa mana di atas muka bumi ini selain Allah SWT, mampu kita harapkan untuk menjadi wakil kita menghalang perancangan Illuminati dan Freemason?

Tiada. Ya, tiada.

3 - Ini adalah bukti betapa lemahnya kita. Hanya mampu mendedahkan, share, kemudian berharap dengan harapan kosong. Masalahnya di mana?

4 - Masalahnya adalah pada diri kita. Kita benci Illuminati dan Freemason, takut dengan perancangan mereka, gerun dengan betapa telitinya mereka. Namun kita sendiri tidak berusaha membina diri kita, mengumpulkan kekuatan kita, merancang perancangan dan strategi kita.

Kita tidak punya projek untuk membangunkan ummat ini, kita tidak punya strategic planning untuk menumbangkan sistem jahiliyyah hari ini.

Kita biarkan diri kita menjadi hamba kepada sistem, kita biarkan minda kita dibasuh dengan tatacara hidup barat, mengkagumi selebirti-selebriti, larut dengan hiburan.

Ada dari kalangan kita berdakwah, namun sekadar sibuk menjadi jaguh di Masjid, bergaduh sesama sendiri, dan sibuk membicarakan perkara yang tidak membangunkan minda serta ummah.

5 - Kemudian bila terdedah kepada kita perancangan Illuminati dan Freemason, yang sebenarnya kita sebarkan hakikatnya bukanlah awareness, tetapi KETAKUTAN kepada Illuminati dan Freemason itu sendiri, sekaligus bertepatan dengan perjuangan Illuminati dan Freemason yang mahu memperhambakan kita.

Kita hanya mampu TAKUT kerana?
Kerana kita sendiri, sepanjang umur kita ini, tidak pernah bersedia, membina kekuatan, melaksanakan strategi, mengumpul angka mereka yang sudi mahu berjuang, melahirkan pemimpin-pemimpin yang mantap, membina minda, membina daya saing kepada jahiliyyah yang kini memegang sistem hari ini.

Akhir kata daripada saya akan hal ini,
bukanlah kegemparan dan ketakutan terhadap Illuminati dan Freemason untuk rancangan mereka pada Olimpik 2012 ini(jika benar) yang patut kita besar-besarkan.

Tetapi malulah pada diri sendiri,
kerana hanya mampu takut dan gentar,
dan terpana dengan 'kelicinan, kelicikan, kebijakan mereka dalam merancang dan menyusun pergerakan'.

Marilah kuatkan diri.
Bina peribadi.
Masyarakat.
Keluarga.
Negara.

Kembalilah kepada Islam yang sebenarnya, memperbaiki diri dan mengajak orang lain. InsyaAllah, bermula dari situlah akan datangnya kekuatan kita.

Sekian.
Salam 13 Ramadhan.

Jul 12, 2012

Kemanusiaan Yang Hilang

Assalamualaikum --- Salam 1 Dunia

Hari ini macam biasa aku akan mulakan pagi dengan membaca berita secara online. Dan online news portal yang memang aku wajib baca first ialah The Star Online.

Satu berita yang kiranya menyayat hati aku pagi ini jadi kat Pulau Pinang. Seorang makcik bernama Tan Kim Chuan ni kena ragut dan rompak oleh seorang "hantu ragut". Akibat diragut secara mengejut, makcik ni jatuh dan kepalanya terhantuk ke atas jalan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Nak dijadikan cerita, selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri tu tiada sesiapa pun peduli kat makcik Tan ni walhal dalam tempoh beberapa minit tu, ada tujuh orang pejalan kaki berjalan melintasinya. Kemudian, selepas lebih kurang tujuh minit, baru la ada tiga orang yang baik hati tolong makcik Tan ni. Malangnya, beliau meninggal dunia di hospital lebih kurang sembilan jam kemudian akibat kecederaan teruk di kepala dan belakang tengkoraknya retak.


WTH! Dulu ada jadi benda ni kat China, seorang budak tu kena langgar tapi takde sorang pun nak tolong. Sekarang jadi kat Malaysia. Serius aku memang terpikir mana pergi nilai kemanusiaan masyarakat hari ni. Mungkin juga lah dorang ingat itu pengemis tapi common sense la pengemis mana tidur kat tengah-tengah jalan yang kenderaan lalu. Ini tidak lain tidak bukan konsep, "Kau, kau. Aku, aku"

Macam-macam la sekarang ni. Bila mana makin ramai orang tak peduli pasal orang lain. Semoga kita tak jadi orang yang macam ni. Takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: The Star Online

Dec 17, 2011

Lelaki "Gembira"....anda marah?

Salam Y'all.


Rasanya dah lebih 5 hari aku tak update blog aku ni kan? Emm, malas nak update sebab takde idea sangat. Duduk depan skrin taktau nak taip apa, last-last nganga takpun baca blog orang sambil komen mana-mana yang terasa nak komen.

Tapi yang pelik bila kat dalam bilik termenung aka toilet banyak pula idea keluar nak update blog. Haisshhh.

Okeyh, sebenarnya untuk kali ini aku memula terpikir patut ke tak patut aku nak menulis pasal satu benda hangat nih. Takut juga ada unsur mengaibkan ke, termaki ke, atau pun mengundang makian. Sebab apa aku kata aib, sebab dia tak sibuk sangat pun kat seluruh dunia pasal cerita dia kahwin sejenis tu. Betul ada gambar tapi tu bukan dia sendiri yang ambil dan mungkin kalau ada pun untuk koleksi sendiri. Dan yang sebarkan gambar tu pun bukan dia, kawan dia yang sebarkan kat Twitter memula. Pastu ada lagi blog "Perkahwinan Gembira" yang buat dia tambah feymes. Ditambah lagi dengan penyiaran berita pasal dia hilang kat surat khabar Malaysia.

Okeyh, aku stop di situ sebelum orang kata aku back up dia. Nanti tak pasal-pasal orang cop aku "gembira".

Mesti ramai yang dah tau kan pasal sorang lelaki Melayu Islam yang kawin dengan sorang lelaki Kaukasia entah agama Kristian kot. Siap pakai baju Melayu hitam lengkap bertengkolok dan bersamping songket. Malas nak sebut nama sebab boleh Google sendiri ataupun mungkin banyak blog lain yang cerita pasal tu. Tu tak cerita lagi pasal isu dia dengan keluarga dia, sponsor dia (dulu dia student bawah Scholarship kat sebuah universiti di Ireland)

Bila tengok FB lagila ramai orang asyik share benda nih. Pastu mula la segmen memaki, mencarut dan apa-apa lagi yang melibatkan vulgarity ditujukan kepada lelaki tuh. Dan paling lawak, di hujung makian siap ada tulis "dia ni tak ingat kat Allah ke?"

Bagi aku, sebagai manusia normal dan ditambah lagi Islam memang la aku marah juga bila tengok lelaki Melayu tuh. Yela, memang tak dapat terimala kalau kegiatan "gembira" ni. Pastu kesian lagi kat keluarga dia. Memang patut pun untuk orang marah.

Tapi bab mengutuk melampau sampai mencarut, memaki dengan perkataan SIAL, BABI, ANJING (saja aku highlight) memang satu benda yang aku tak berapa setuju. Sebab nampak sangat akhlak orang mencarut tu pun macam dah terkurang kan? Boleh membenci dosa yang dilakukan, tapi bukan orangnya yang dibenci.

Sepatutnya kalau rasa ada tanggungjawab, at least doa la semoga dia diberi hidayah untuk kembali ke pangkal jalan. Siapa tau kan, Allah tu Maha Penyayang, Maha Pengampun. Tup-tup nanti twist of fate la pula tetiba nanti orang yang mengutuk tu la pulak yang jadi sangat "gembira" kan, tak pun anak lelaki dia ke, cucu lelaki dia ke. Siapa tahu kan?

So lagi baik diam sekejap. Peringat diri sendiri, kaum keluarga dengan sesiapa saja yang kita kenal. Kan itu lebih baik. Dapat pahala lagi insyaAllah sebab sebarkan benda baik. Takla menambah dosa dengan mencarut macam tak ingat mulut tu nanti kat akhirat kena sealed.

Apa-apa pun kalau nasihat aku kat diri sendiri dan sesiapa yang terbaca entry nih, pikir la dulu sebelum buat sesuatu benda yang memang dah terang-terang tak elok. Kalau tak terpikir apa jadi esok, pikir la apa jadi bila kita mati nanti sebab memang kita semua akan mati nanti.

Kita bukan kucing, monyet dan haiwan-haiwan lain yang bila mati, terus mati la. Takde kisah sangat pun. Aku orang Islam, dia orang Islam dan ada sesetengah pembaca pun orang Islam. Macam mana bila kita nanti? Ada pikir tak? Pikir-pikir kan lah.

*Aku saja guna perkataan "gembira" bagi menggantikan perkataan GAY. Motif? Entah aku pun tak tau*