Komrad

Jul 7, 2010

The 2nd Failure

Assalamualaikum...

Entry ini ditulis bersempena dengan keluarnya result IB yang sangat kontroversi bagi warga KMS. Mana taknya, 47% tak lepas cut-off point 35...termasuk aku.

Alhamdulillah, walaupun aku tak lepas 35 tapi aku bersyukur kerana aku masih dapat diploma dengan 34 points. Agak kecewa juga pasal dah dekat sangat dengan 35 tapi apa boleh buat, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kat aku yang aku tak nampak lagi. Walaupun aku antara faveret untuk lepas 35, tapi memang dah ditakdirkan macam ni. So aku redha dan terima dengan hati yang terbuka.

Ini merupakan kegagalan kedua dalam hidup aku. Pertama kali ialah waktu aku kat pre-school dulu. Dah lama bebenar ni. Aku dapat nombor 29/30 dalam kelas tu dan tak dapat hadiah. Aku ingat lagi yang aku menangis sebab tengok orang best je dapat hadiah. Then, aku pun belajar dengan rajin sekali sebab aku nak hadiah!!! (pemikiran budak kecik) Alhamdulillah, aku maintain top in the class sampai darjah 6 dan dapat 5A dalam UPSR.

Then, kat sekolah menengah aku masih lagi kekalkan rekod walaupun aku jatuh sekejap time form 2 (dapat nombor 2 untuk batch tu) dan sekali lagi alhamdulillah, aku dapat 8A 1B dalam PMR (B untuk Bahasa Arab).

Then, aku masuk MRSM KoKi...haha, kat sini aku memang banyak main...tapi alhamdulillah aku still dapat score 9A dalam SPM...sangat bersyukur.

Finally, aku masuk KMS...dan aku dapat 34. Aku bersyukur juga dan aku dah sedar yang Allah nak menyedarkan aku dari keenakan di atas dan melihat ke bawah selepas sekian lama. Dan kini aku berharap dapatla buat rayuan supaya MARA hantar pergi Czech. Agak sayang sebab dah dapat placement kat Charles University, Prague.

Aku nak ucapkan tahniah buat rakan-rakan yang berjaya lepas 35 terutamanya Iski yang dapat 44 serta Nabila dan Fana yang dapat 41. Dan buat rakan-rakan yang tak lepas, jangan putus asa. Inilah masanya untuk kita dekatkan diri kepada Allah dan mohon agar diberikan peluang untuk fly overseas. Kalau tak dapat pun, takpelah...local pun bagus juga. Kejayaan tu kita boleh dapat kat mana-mana...asalkan ada usaha.

*Belanda baru je kalahkan Uruguay 3-2.

Sekian.

1!!!

Malaysia!!! (ramai-ramai)

1!!!

Malaysia!!! (ramai-ramai)

1!!!

Malaysia!!! (ramai-ramai)

5 comments:

  1. ok la tu kan..

    Allah x menurunkan ujian kepada kita melainkan DIa tau kita mampu menghadapinya....

    congratez BTW... nk dpt 34 pun ssh gak kan???

    ReplyDelete
  2. slm..

    try apply.. coz ade je bdk czech dpt 33 and 34 still dpt continue studies kat cz rep.. anyway.. hope u won't give up coz nak banding ib ngan medic cz... kne upgrade ketahanan fizikal mental kot..klo selama ni x penah fail.. kat prague ni awak akan tempuhi lg bnyak dugaan.. coz ALLAH loves us..so dont worry too much!

    all d best junior!

    ReplyDelete
  3. tak paham lah wan...34 ,44,????cuba cer dulu utk orang bukan ib mcm aku nih..

    ReplyDelete
  4. thats it my friend..
    never stop fighting and keep moving forward!

    aku tiap2 kali smayang doa untuk korang...xpe..insyaallah mara berlembut hati..

    doa tu yg penting..

    ReplyDelete
  5. wawan,be strong!
    rezeki tetap ada dimana2 selagi kita bernafas di bumi allah nie,sebab itu limpah kasih dariNYA. kalau takde rezeki,dah lama kita xhidup atas muka bumi ni.

    minta doa kt allah so that allah kuatkan hati supaya dpt tempuhi segala yg berlaku dlm hidup dengan hati yg redha n cekal..

    all the best.
    ur junior..:)

    ReplyDelete

Sebarang masalah?