Salam 1 Malaysia
Kali ini gua nak tulis pasal pengalaman 1st time gua tengok bola kat Eropah ni. Lain beb kalau nak banding dengan Malaysia. Kenapa lain? Sebab gua tengok bola sama-sama dengan mat-mat, minah-minah saleh yang hidung mancung sedangkan gua hidung penyek. Tapi alhamdulillah la, sebab gua ada juga hidung daripada takde langsung.
Semalam (17/02/2011) gua layan match Europa League antara Liverpool FC dengan AC Sparta Praha. Memula gua memang taknak datang sebab gua memang anti dengan Liverpool ni (abah gua pun Liverpool juga, memang seronok la nak cerita bola dengan beliau)...tapi entah tiba-tiba gua berubah hati, lagi-lagi gua beli last minute ticket dari Anuar (housemate gua) dengan harga 1500 Kc (lebih kurang RM300) untuk tempat duduk 2nd class la kot.
Match tu kat Generali Arena Stadium, Sparta dan sudah semestinya la Liverpool jadi away team. Member-member gua semua duduk kat side Liverpool, gua sorang je yang dapat tiket side Sparta Praha. Takpe, gua kan anti Liverpool. Kalau member gua tau gua jadi penderhaka Manchester United walau untuk 1 malam apa gua nak story kan?
Gua masuk stadium dalam lebih kurang pukul 8 malam la sedangkan kick-off pukul 9.05. Perghhh, memang mencabar jiwa dan raga gua. Sejuk gila beb! Lagi buat gua macam nak nangis, berangin lagi....dahla gua pakai 2 layer je malam tu (tak masuk Layer Lemak gua), memang mencabar dengan suhu lebih kurang 0 darjah selsius gua rasa (gua check kat phone dia bagi range -2 to 3 darjah selsius).
Sambil duduk sorang-sorang, gua layan la FB kat phone gua. Mula-mula stadium tu kosong je sebab gua masuk awal sangat kot atau pun memang macam ni kot kat sini, gua pun tak pasti. Lepas gua duduk adala dalam setengah jam, orang mula ramai. Weyh, time ni gua rasa cuak gila. Mana tak cuak, gua baru perasan gua duduk tak jauh dari Geng Ultras Sparta Praha (ni bukan gang Ultraman) atau bolehla kita panggil kumpulan fanatik lagi hooliganistik. Masuk bawa beer, pergh gua pening bila bau beer ni, lepas tu bawa hot dog yang macam sedap. Memang mencabar keimanan gua. Tapi syukurla, dorang ni agak bertamadun la, tak kacau pun gua yang tengah duduk sorang-sorang ni.
Nak dipendekkan cerita (panjang sangat baik gua karang novel kan), match tu start jam 9.05 malam. Weyh, gua nampak la secara live player-player Liverpool yang selama ni gua nampak kat TV je. Excited jugala sambil berdoa dalam hati semoga Sparta Praha tak kalah sebab gua takut nanti Gang Ultras ni mengamuk, mati gua nak keluar nanti. Gua nampakla Pepe Reina, Carragher, Kuyt, Johnson, Kyrgiakos, Lukas, Ngog dan player-player Liverpool yang lain. Gua tak kenal langsung pun player Sparta Praha tapi gua buat-buat kenal sebab malam tu gua jadi fan Sparta Praha kejap.
Tapi malangnya, match malam tu memang bosan. Liverpool main macam ayam main bola. Sparta Praha pula gua belum pernah nampak lagi main, itu kali pertama gua tengok dorang main. Tapi gua nampak la, Sparta Praha ni lambat counter attack. Tapi gua terhibur dengan perangai fan Sparta Praha ni, memang sayang gila dorang dengan team dorang. Lagi tak boleh blah, team Liverpool pasti akan kena boo setiap kali dorang dapat bola. Yang paling tak boleh blah, Reina kena boo kaw-kaw pasal dia minta tukar bola dan lagi teruk kena gelak dan boo lepas dia tergelincir masa goal kick. Kesian juga gua tengok tapi gua gelak juga.
Fan Sparta Praha ni memang masuk air sikit. Dorang bakar entah apa sampai keluar asap tebal. 2 kali pula tu. Yang kedua tu memang tebal kuda sampai match stop untuk 3 minit sebab Reina memang hilang terus dalam asap tu. Dah la bau pula asap tu, mujur gua tahan je. Lepas tu, fan-fan yang bikin gua cuak ni pukul belakang skrin besar pula buat gendang. Mahaih, memang masuk air dorang nih. Lepas tuh, siap ada sorang ketua cheer lagi yang gua tak nampak tapi gua dapat dengar suara dia tapi gua suka chant dorang, semangat baba!
Lepas 90 minit, match habis. Gua sangat kecewa sebab 0-0. Tapi at least Sparta Praha tak kalah so gua bolehla keluar stadium dengan aman dan damai sebab Gang Ultras ni tak la mengamuk.Tapi, time gua nak keluar, ada pulak 2 orang Mat Czech ni yang gaduh. Bila gua tanya kat member dia, dia kata gaduh sebab kecewa Sparta Praha tak kalahkan Liverpool. Mahaih, memang fanatik dorang nih. Bila gua keluar je, ramai gila orang. Gua pula da janji nak tunggu member gua kat depan Fan Shop yang mana gua kena tolak-tolak je oleh orang yang lalu-lalang. Gua rasa macam gua ni kecik sangat je, dorang badan tinggi besar. Even awek-awek pun lagi tinggi dari gua, downla ini macam.
Itu je la kot antara benda yang gua nak cerita pasal pengalaman gua tengok European Football ni. Tapi gua memang ada cita-cita nak pi Old Trafford, nak tengok Manchester United tu pun kalau ada rezeki la...
Gua bagi masuk sikitla gambar yang gua sempat juga snap time tengok bola, tp kurang kualiti la sebab kamera gua meragam sikit ditambah lagi kesejukan yang buat gua menggigil.
*Gua malas nak letak caption*
bosan tak bosan itu belakang cite..
ReplyDeleteyang penting pengalaman dan true story buat halwa telinga nak cucu nanti!