Komrad

Feb 19, 2011

Penggunaan Bah dalam Masyarakat Sabah

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Sabah? Kenapa Sabah? Sebab saya orang Sabah dan saya bangga menjadi orang Sabah walaupun secara dasarnya Sabah merupakan antara negeri termiskin di Malaysia meskipun mempunyai sumber alam semula jadi yang kaya. Tapi bukanlah saya nak cerita pasal itu semua nanti tak pasal-pasal ISA datang Prague jemput saya balik Malaysia. Sini saya nak cerita pasal Bahasa Sabah (Sila ambil perhatian)
Kejap...

Ada ke Bahasa Sabah? Setakat pengetahuan saya, di Sabah sahaja sekurang-kurangnya ada lebih kurang 60 etnik yang sudah pastinya mempunyai struktur bahasa yang berlainan walaupun kebanyakannya lebih kurang sama. Tapi, saya bukanlah pakar antropologi mahupun pakar pengkaji bahasa oleh itu biarlah mereka yang berpengetahuan sahaja yang membincangkan perkara sedemikian.


Tapi, secara umumnya dan memang sejak azali lagi, masyarakat-masyarakat di Sabah terutamanya di kawasan bandar, pekan dan pinggiran masih mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan adanya Bahasa Sabah secara tidak rasmi. Jadi, tidaklah kami masyarakat Sabah berasa ganjil umpama ayam dan itik jika ke pasar tamu mahupun ke Giant.


Berbalik kepada topik asal, orang Sabah semestinya akan dikaitkan dengan BAH ataupun BHA ataupun BA. Dan seringkali orang di Semenanjung cuba untuk mengajuk penggunaannya tapi seringkali juga kedengaran sumbang dan pelik. 


Untuk pengetahuan semua, BAH merupakan kata penguat yang biasanya ditambah dalam perbualan seharian orang Sabah dan biasanya membawa maksud berlainan mengikut konteks dan situasi. Sebagai contoh


A: Cuba kau tengok apa ada di sana tu.
B: Bah, kejap lagi aku tengok


Dalam dialog di atas, BAH merupakan ayat yang sama maksudnya dengan YA.


A: Sakit bah tangan aku tampar muka kau tadi.
B: Bah, padan muka kau


Dalam dialog di atas, BAH merupakan kata penegasan yang menyatakan kesakitan tangan (A) dan kepadanan muka (B)


A: Bah! (sambil berjalan)
B: Bah! (sambil berjalan)


Dalam situasi di atas, ianya berlaku apabila A dan B bertembung antara satu sama lain dan BAH merupakan kata sapaan semacam Hai, Hello dan sebagainya.


A: Sayang, jangan macam ini bah...
B: Ah!


Dalam ayat di atas pula, BAH amat berguna dalam memujuk rayu kekasih yang merajuk kerana tidak diberikan hadiah Coklat semasa Valentine's Day misalnya.


Dan satu contoh terakhir,


A: Bah, kenapa kau kasi pecah cermin kereta Cikgu X tu? (Bunyi BAH itu dipanjangkan BAAAAAAAHH)
B: Siapa suruh dia cubit aku.


Contoh ini pula biasanya digunakan sekiranya seseorang melakukan kesalahan dan amat berkesan dalam menakutkan kanak-kanak sehingga mereka menangis.


Inilah antara contoh penggunaan BAH/ BHA/ BA dalam kalangan masyarakat Sabah. Harus diingat, bukan semua perkataan boleh diletakkan BAH/ BHA/ BA. Sebagai contoh


"Kau mau ke mana bah?"


Ayat di atas kedengaran pelik dan sumbang dan inilah antara kesilapan yang biasanya berlaku apabila orang luar Sabah cuba untuk mengajuk penggunaan BAH/ BHA/ BA kerana mereka menganggap ianya boleh digunakan dalam semua keadaan.


Sehingga berjumpa lagi, majulah sukan untuk negara!





6 comments:

  1. @♥CHU♥ Hehe, lama suda aku mau buat entry pasal ni tapi selalu aku malas mau tulis..ini kali la, tp memang slalu kawan-kawan aku cuba ckp Sabah, semua pun mau letak BAH, ketawa ja aku dengar

    ReplyDelete
  2. bahh... (ngam laituutu....)...hehehe

    ReplyDelete
  3. Emm Tak cocok lah... Ideologi macam tuh rawan Konflik.

    Bersekolah lah tan tuntut Ilmu kau sampai ke negeri Cina baru lah ko paham mengapa ada nama SABAH....?


    Tx

    ReplyDelete
  4. Kajian ilmiah tentang fungsi 'bah/ba' sudah ada dan boleh dibaca dalam laman
    https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-3/

    ReplyDelete

Sebarang masalah?