Komrad

Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Nov 21, 2011

Sukan Sea 2011

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Well, mesti ramai yang tau kan sekarang ni tengah ada Sukan SEA kat Indonesia (Jakarta dan Palembang) kecuali la dia ni jenis tak pernah tengok berita TV, baca suratkhabar ataupun jenis yang duduk dalam hutan takde hubungan dengan dunia luar.


Aku tak la tengok semua acara sebab aku ni jenis memilih sikit apa yang aku suka tengok. Dan paling aku tak boleh miss ialah badminton dan bola sepak. Tapi apa boleh buat Malaysia sudah kalah badminton. Sekarang tinggal harapan untuk team bawah 23 la (Harimau Muda) untuk menang lawan Indonesia final malam ni. Bagi diam sikit penonton Indonesia tu.

Dengar cerita la kan, ini antara Sukan SEA yang paling buruk penganjurannya dari segi kelakuan penonton dan juga kontroversi pengadil. Entah la betul ke tidak tapi rasa-rasanya macam betul sangat. Tengok je la bila team bola kita lawan Indonesia haritu, bila tengah lagu Negaraku dinyanyikan, penonton-penonton tu langsung tak menghormati lagu kebangsaan kita. Cuba kalau lagu dorang yang kita tak hormati, entah la silap-silap habis berterbangan buluh runcing. Itu belum lagi cerita pasal Pesilat Indonesia yang penakut, lari-lari dikejar pesilat Thailand. Dah la lari, menggigit lagi bahu lawan. Paling kelakar, dia boleh sembunyi belakang pengadil yang sama bangang juga dari Singapura. Dipendekkan cerita, Pesilat Indonesia tu pula yang menang.

Dengar cerita lagi, isu keselamatan pun jadi hangat juga. Ni pun pasal bola juga. Team kita terpaksa naik kereta berperisai (Armored Car aka Barracuda) milik pasukan keselamatan masa nak keluar dari Stadium hari tu. Dan mungkin untuk final ni pun kena naik juga (tengok sini The Star). Memang gila penyokong Indonesia ni. Kalau dah kalah tu buat apa nak emo. Pergi la marah team yang kalah tu, buat apa nak marah team menang. Hairan juga aku.

Tu je la kot aku nak membebel. Nak bebel lebih-lebih nanti blog aku ni kena serang pula oleh Laskar Online Indonesia. Dah la ni blogspot je, takde security sangat. Malas nak beli domain sendiri. Apa-apa pun jangan lupa tengok Final Bola Sepak Sukan SEA malam ni pukul 8.30 pm samada di Astro Arena (Astro 801), TV2 ataupun TV3. Satu lagi, tahniah kepada kontinjen negara kita yang dapat mencapai sasaran emas yang entah aku pun tak ingat dah berapa.

Adios semua! Peace yo!

May 29, 2011

Apabila hanya Rooney & Van Der Sar melawan Barca

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Dunia

Rasanya ramai yang tau kan malam semalam waktu Czech (awal pagi waktu Malaysia), FC Barcelona aka Barca berjaya mengalahkan Manchester United aka Man U dalam Champions League Final kat Wembley Stadium.

The Champion (Sumber: Laman Web FC Barcelona)
Sebagai kipas-susah-mati Man U, sememangnya gua rasa sangat kuciwa lagi-lagi bila kalah 3-1. Tapi apa boleh buat kan, adat perlawanan mesti ada menang ada kalah. Kalau tak, susahla itu macam. Walaupun gua memang frust sampai terus tidur lepas tengok match tu live streaming kat internet, tapi itulah suratannya (ceehhh!). Dan satu teori member gua, "voodoo" Man U pakai jersey putih sama macam final 2009.

Ferguson: Eden raso malam ni ekau sumo bakal kono belasah dongan Barca tu. (Sumber: Toronto Sun)
Walau apa pun, gua rasa Barca memang layak untuk menang Champions League tu sebab dah memang dorang main pun power macam haram. Umpama kata-kata member gua, "Barca: Training Mode", Man U seumpama diayam-ayamkan dengan gerakan lincah bukan lucah oleh Messi The Small Creature dan rakan-rakannya macam David Villa, Pedro Rodriguez dan Andres Iniesta.

Tambah memeritkan keadaan, nampak macam hanya Wayne Rooney yang main dengan full team Barca sedangkan yang lain entah ke mana. Satu lagi Michael Carrick yang entah apala kena dengan dia malam tu, mungkin kena senggugut kot sampai memang sangat menguciwakan permainan dia. Sampai member gua ada letak kat status FB yang lebih kurang macam ni la bunyinya (ditokok tambah sedikit),
"Ferguson: Saya akan menghantar Carrick untuk bermain di Kelab Pelita Jaya di Indonesia bersama Safee Sali untuk meningkatkan prestasinya yang menguciwakan pada malam Final Champions League."
 Dan mujur jugala Van Der Sar yang jadi Goalie kalau tak memang mungkin dah 10-1 Man U kalah malam tu. Mesti sedih dia kan sebab ini last match dia sebelum retire tapi itulah nasib kan. Tapi takpela janji at least dapat menang Premiere League.

Ohhh Heemm Geee!!!!! Whut heppen to mai kelap!! (Sumber: Mirror UK)
Gua pun malasla nak ulas panjang-panjang. Kepada haters Man U, silalah membahan Man U sekarang kerana gua tau inila yang lu orang tunggu-tunggu kan? Dan gua tau, ramai Man U Haters yang sokong Barca semalam walaupun dia Fan Liver-fool, Arsengal dan sebagainya. Mesti terloncat-loncat gumbira sambil membahan sehabis-habisan di FB. Tapi at least Man U masuk final bukan macam kelab lu orang tu, ngeh ngeh ngeh.


Walau apa pun, gua tetap sokong Man U. Till death we stand together!

*Mohon maaf sekiranya entry gua agak kasar*

Feb 19, 2011

1st Taste of European Football

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Malaysia

Kali ini gua nak tulis pasal pengalaman 1st time gua tengok bola kat Eropah ni. Lain beb kalau nak banding dengan Malaysia. Kenapa lain? Sebab gua tengok bola sama-sama dengan mat-mat, minah-minah saleh yang hidung mancung sedangkan gua hidung penyek. Tapi alhamdulillah la, sebab gua ada juga hidung daripada takde langsung.

Semalam (17/02/2011) gua layan match Europa League antara Liverpool FC dengan AC Sparta Praha. Memula gua memang taknak datang sebab gua memang anti dengan Liverpool ni (abah gua pun Liverpool juga, memang seronok la nak cerita bola dengan beliau)...tapi entah tiba-tiba gua berubah hati, lagi-lagi gua beli last minute ticket dari Anuar (housemate gua) dengan harga 1500 Kc (lebih kurang RM300) untuk tempat duduk 2nd class la kot.

Match tu kat Generali Arena Stadium, Sparta dan sudah semestinya la Liverpool jadi away team. Member-member gua semua duduk kat side Liverpool, gua sorang je yang dapat tiket side Sparta Praha. Takpe, gua kan anti Liverpool. Kalau member gua tau gua jadi penderhaka Manchester United walau untuk 1 malam apa gua nak story kan?

Gua masuk stadium dalam lebih kurang pukul 8 malam la sedangkan kick-off pukul 9.05. Perghhh, memang mencabar jiwa dan raga gua. Sejuk gila beb! Lagi buat gua macam nak nangis, berangin lagi....dahla gua pakai 2 layer je malam tu (tak masuk Layer Lemak gua), memang mencabar dengan suhu lebih kurang 0 darjah selsius gua rasa (gua check kat phone dia bagi range -2 to 3 darjah selsius).

Sambil duduk sorang-sorang, gua layan la FB kat phone gua. Mula-mula stadium tu kosong je sebab gua masuk awal sangat kot atau pun memang macam ni kot kat sini, gua pun tak pasti. Lepas gua duduk adala dalam setengah jam, orang mula ramai. Weyh, time ni gua rasa cuak gila. Mana tak cuak, gua baru perasan gua duduk tak jauh dari Geng Ultras Sparta Praha (ni bukan gang Ultraman) atau bolehla kita panggil kumpulan fanatik lagi hooliganistik. Masuk bawa beer, pergh gua pening bila bau beer ni, lepas tu bawa hot dog yang macam sedap. Memang mencabar keimanan gua. Tapi syukurla, dorang ni agak bertamadun la, tak kacau pun gua yang tengah duduk sorang-sorang ni.

Nak dipendekkan cerita (panjang sangat baik gua karang novel kan), match tu start jam 9.05 malam. Weyh, gua nampak la secara live player-player Liverpool yang selama ni gua nampak kat TV je. Excited jugala sambil berdoa dalam hati semoga Sparta Praha tak kalah sebab gua takut nanti Gang Ultras ni mengamuk, mati gua nak keluar nanti. Gua nampakla Pepe Reina, Carragher, Kuyt, Johnson, Kyrgiakos, Lukas, Ngog dan player-player Liverpool yang lain. Gua tak kenal langsung pun player Sparta Praha tapi gua buat-buat kenal sebab malam tu gua jadi fan Sparta Praha kejap.

Tapi malangnya, match malam tu memang bosan. Liverpool main macam ayam main bola. Sparta Praha pula gua belum pernah nampak lagi main, itu kali pertama gua tengok dorang main. Tapi gua nampak la, Sparta Praha ni lambat counter attack. Tapi gua terhibur dengan perangai fan Sparta Praha ni, memang sayang gila dorang dengan team dorang. Lagi tak boleh blah, team Liverpool pasti akan kena boo setiap kali dorang dapat bola. Yang paling tak boleh blah, Reina kena boo kaw-kaw pasal dia minta tukar bola dan lagi teruk kena gelak dan boo lepas dia tergelincir masa goal kick. Kesian juga gua tengok tapi gua gelak juga.

Fan Sparta Praha ni memang masuk air sikit. Dorang bakar entah apa sampai keluar asap tebal. 2 kali pula tu. Yang kedua tu memang tebal kuda sampai match stop untuk 3 minit sebab Reina memang hilang terus dalam asap tu. Dah la bau pula asap tu, mujur gua tahan je. Lepas tu, fan-fan yang bikin gua cuak ni pukul belakang skrin besar pula buat gendang. Mahaih, memang masuk air dorang nih. Lepas tuh, siap ada sorang ketua cheer lagi yang gua tak nampak tapi gua dapat dengar suara dia tapi gua suka chant dorang, semangat baba!

Lepas 90 minit, match habis. Gua sangat kecewa sebab 0-0. Tapi at least Sparta Praha tak kalah so gua bolehla keluar stadium dengan aman dan damai sebab Gang Ultras ni tak la mengamuk.Tapi, time gua nak keluar, ada pulak 2 orang Mat Czech ni yang gaduh. Bila gua tanya kat member dia, dia kata gaduh sebab kecewa Sparta Praha tak kalahkan Liverpool. Mahaih, memang fanatik dorang nih. Bila gua keluar je, ramai gila orang. Gua pula da janji nak tunggu member gua kat depan Fan Shop yang mana gua kena tolak-tolak je oleh orang yang lalu-lalang. Gua rasa macam gua ni kecik sangat je, dorang badan tinggi besar. Even awek-awek pun lagi tinggi dari gua, downla ini macam.

Itu je la kot antara benda yang gua nak cerita pasal pengalaman gua tengok European Football ni. Tapi gua memang ada cita-cita nak pi Old Trafford, nak tengok Manchester United tu pun kalau ada rezeki la...

Gua bagi masuk sikitla gambar yang gua sempat juga snap time tengok bola, tp kurang kualiti la sebab kamera gua meragam sikit ditambah lagi kesejukan yang buat gua menggigil.









*Gua malas nak letak caption*