Komrad

Aug 6, 2011

Aku dapat duit dari (dot dot dot)

Assalamualaikum WBT

Salam 1 Ramadhan Seisi Dunia

Sekarang tengah kecoh dan hangat pasal isu JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) serbu Majlis Makan Malam (ke berbuka puasa) yang berkonsepkan 1Malaysia yang depa buat kat Gereja Methodist, Damansara Utama PJ Selangor. Bila keluar isu ni, semua nak tunjuk pandai dia lagi tau hukum agama, dia lagi tau ilmu bicara hak sivil dan macam-macam lagi. Biasala tu, orang Malaysia ni kan pandai-pandai walaupun ramai yang suka memandai.

Well, aku takde komen yang hebat-hebat macam yang dorang sibuk pong pang pong pang kat Facebook, Twitter, dan macam-macam lagi tuh. Bagi aku, kalau betul ada orang Islam yang terlibat dalam Majlis tu kat gereja dan memang terbukti ada kegiatan menyeleweng dari agama Islam memang salah la. Isu serbu menyerbu tu aku tak pasti la tapi kalau ikut logik memang ada betulnya untuk tarik orang Islam tu dari tersesat jauh.

Pagi ni aku buka Berita Harian Online. Walaupun ramai kata BH ni pencacai UMNO la, itu la ini la tapi aku tetap baca sebab ada sesetengah beritanya yang memang bagus bagi aku. Dan hari ni aku terjumpa la pula satu berita yang tajuknya "Sogok Wang Gadai Akidah". Aku rasa berita yang ni memang bagus. Nak tau bolehla tengok kat bawah.

Bahan berita (Sila klik untuk tumbesaran)

Berita macam ni memang aku dah lama dengar sebelum ni. Bagi aku memang pelik la kenapa ada orang Islam yang boleh pula terterima sumbangan dari Persatuan berasaskan agama lain terutamanya Kristian. Mana pergi orang Islam? Mana pergi Baitul Mal? Itu semua retorik dan tak perlukan jawapan cuma masing-masing kena fikirla. Sebab tu la orang Islam sampai sekarang masih lemah sebab saudara sendiri tak terpeduli.

Lepas tu aku baca la juga komen pembaca kat bawah tu. Ada la juga segolongan yang tahap cipan piang yang komennya buat aku macam nak tembak je mamat tuh.

Cuba tengok komen dari solaiman b lungkiat



Cuba baca komen Karim dan Tidak Bernama












Memang sungguh tak guna ilmu agama komen dorang yang aku sebut ni. Paling bangang bila sebut bagus masuk agama lain kalau orang Islam sendiri taknak bantu saudara seagamanya. Betul memang sedih bila ramai orang Islam hari ni bersifat tidak peduli pasal kesusahan saudaranya yang lain, tapi kenapa bukan kita yang jadi orang yang bersifat peduli tu? Biarla orang lain, asalkan kita ada usaha nak tolong saudara kita yang lain. Ini nak masuk pula agama lain. 

Lepas tu ada pula yang kata tunggula mati dulu baru tau siapa betul siapa salah. Habis tu kau nak tunggu Malaikat Maut datang depan muka tunjuk muka ngeri nak cabut nyawa kau baru nak taubat. Baru nak mengaku salah. Ini sungguh tinggi tahap kecipanannya. Aku pun tak taula orang yang bagi komen ni Islam ke tak. Kalau Islam harap-harap dia diberikan petunjuk la.

Tu je kot yang aku nak membebel. Malas lagi nak tulis lagi panjang nanti terkeluar la ayat-ayat pelik dan buat ibadah puasa aku jadi kurus. 

Semoga Allah melindungi kita semua dari tersesat mahupun menyesatkan.

2 comments:

Sebarang masalah?