Assalamualaikum WBT
Salam Lebaran 1432 H
Alhamdulillah, semalam Hari Lebaran Aidil Fitri. Memang rasa lain sungguh beraya di perantauan ni. Bukan macam beraya di Malaysia, dengan keluarga, makanan minuman yang pelbagai dan sungguh meriah itu.
Lepas solat mahgrib 29 Ramadhan, Imam di Masjid Center bertakbir raya. Memang tak semerdu dan se-best takbir raya Malaysia. Monotonous je. Malam raya, ketika orang Islam di Malaysia sibuk menyiapkan last shot untuk menyambut raya, aku hanya berjalan-jalan sekitar lorong-lorong Prague sambil menyanyikan lagu raya menghiburkan hati yang syahdu.
Pagi raya, lepas solat subuh...dengar recording Takbir Raya pimpinan Arwah Ustaz Asri...serius sungguh terasa syahdu ditambah dengan suasana pagi yang sejuk dan mendung. Rasa macam nak nangis.
Sedih macam mana pun, solat raya tetap aku pergi. Untuk solat raya, kitorang solat ramai-ramai dekat Ceskomoravska, dalam indoor sports arena. Tu dia, siap berbaju melayu lengkap bersamping dan bersongkok dan aku pakai sekali blazer. Mula-mula memang rasa awkward sebab orang Czech asyik pandang je, lelaki ber"skirt".
MasyaAllah, masuk dalam arena memang ramai orang Islam...macam-macam warna kulit ada. Bertakbir memuji Allah. Rasa meriah pula ditambah dengan budak-budak asyik berlari-lari kat belakang. Bercakap-cakap dengan orang Arab, Czech, Uzbek dan lain-lain. Masing-masing ucap tahniah dan doa.
"Taqabbalallahu minna wa minkum"
"Kullu aa'm wa antum bi khayr"
"Barakallahu fiik"
"Ghafarullahu lakum"
Lepas solat, mula la sesi berpeluk-pelukan dan ucapan selamat hari raya. Memang sangat best dapat berkenalan dengan ramai orang Islam bukan sebangsa dengan sendiri. Peluk cara Arab, pipi bertemu pipi. Memang terasa sangat seronok dapat kenal dorang.
_________________________________________________________________________________
Dipendekkan cerita, tengah hari pula pergi Embassy ada majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Datang awal sebab nak tolong Encik Firdaus dengan Cik Wan nak angkat barang pergi Embassy. Entah mendung pula pagi tu, Tuan Ambassador kata tukar pergi rumah dia pula. Mujur tak jauh.
Seronok juga dapat lepak-lepak sambil makan. Tambah pula sesi membakar barbeku ayam. Memang nasib aku la bakar ayam dengan berbaju melayu lengkap bersamping. Habis bau asap baju tu. Tuan Ambassador pula tak reti duduk diam, sibuk sungguh dia sebab dia tuan rumah. Hehe.
Tu je kot Hari Raya aku kat bumi Prague ni. Raya aku memang sehari je, balik rumah terus baca buku nak prepare untuk exam. Doakan aku dan member-member pass dengan jayanya. Terima kasih.
So, aku masukkan sekali beberapa gambar. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
![]() |
Baju raya |
![]() |
Dalam perjalanan ke solat raya |
![]() |
Orang Islam Prague |
![]() | ||||
Bergambar dengan Syeikh yang baca Khutbah (anak dia comel) |
![]() |
Fellow Malaysian |
![]() | ||
Sesi membakar bermula |
![]() |
B05 Prague |
![]() |
Salam Aidil Fitri buat semua! |
*Kredit untuk member-member aku yang amek gambar-gambar ni*
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?