Hari ini macam biasa aku bangun pagi, solat subuh pastu online baca berita, blogwalking, buka Facebook, main Twitter. Like a Boss orang putih cakap.
Tiba-tiba aku terjumpa blog kawan Wasabers aku iaitu Cik Nieja Maksit yang cerita pasal ada sorang budak perempuan ni kena fitnah, berkaitan dengan K-Pop. Kredit kepada beliau. Tau tak apa itu K-Pop? Korean Pop, ala yang Super Junior, SNSD, KARA, Big Bang dan macam-macam lagi tu.
Siapa nak baca pasal isu PANAS ni boleh tengok sini
Blog Hazrey
http://www.hazrey.com/2011/12/780-salah-internet-salah-tv-salah-kawan.html
Blog Mazidul Akmal Sidek
http://www.mazidulakmal.com/2011/12/1-entri-lebih-1700-komen-wow.html
Malas nak cerita lebih-lebih pasal tu. Nilaila sendiri
Aku secara terbuka la mengaku aku memang minat K-Pop tapi minat je la. Bukan apa, aku suka dengar muzik yang catchy, fast beat ditambah dengan koreografi yang power. Technique videoshoot pun mantap, lagi-lagi dengan adanya
Ada yang tanya aku, "kau faham ke apa yang dorang nyanyi tu?" Apa susah, Google je la lirik lagu dorang translated dalam Bahasa Inggeris.
Pastu ada yang kata kat aku, "kau minat K-Pop ni macam bapok la, pondan ke?" Well, otak orang macam ni memang sempit. Suka hati aku la, aku pun minat juga Post Rock, Metal, Tradisional dan apa-apa la jenis muzik. Music is universal maaaa! Lagipun aku tak pernah susahkan orang lain pun, bukannya aku pergi menyanyi melalak depan orang ramai pun kau nak sibuk.
Dan paling penting, minat aku kat K-Pop tak pernah merubah aku jadi seorang bapok, pondan dan yang sewaktu dengannya
![]() |
Lebih kurang macam ni la. Kredit gambar kepada Kosmo |
Tapi suka hati la nak pakai macam mana pun, asalkan tak bogel dah la. Tak menyusahkan orang lain.
Last sekali, kepada mana-mana pihak yang tak suka/benci K-Pop, ikut suka korang la nak benci ke apa ke. Tapi takyah la melampau-lampau sampai menyakitkan hati orang lain. Kalau tak suka, diam jela takyah tengok. Sebab aku percaya dengan freedom of choice (yang terkawal la) dan dalam hal ini orang tu memilih untuk minat K-Pop.
Samala macam korang minat apa-apa jenis muzik pun yang korang minat, ikut suka korang la kan? Tak perlu nak paksa orang nak sama minat macam korang. Cuba fikir-fikir dulu.
Itu je la kot, apa-apa hal pun aku minta maaf la kalau ada pihak tak puas hati ke apa ke, aku cuma nak suarakan apa yang golongan peminat K-Pop ni rasa. Masing-masing ada minat tersendiri. Kalau semua sama je bosanla dunia.
Adios!
*Sekarang bukan takat K-Pop je, variety show dari Korea pun dah banyak kat Internet. Dan aku paling suka tengok Running Man dengan Invincible Youth. Kalau ada masa nanti InsyaAllah aku buat entry pasal tu. Siapa nak usha-usha rancangan tu boleh tengok kat KShownow.Net*
No comments:
Post a Comment
Sebarang masalah?