Komrad

Mar 24, 2012

Kehidupan Selepas SPM (Buat Warga SPM 2011)

Salam U'ols

Okies, seperti yang dijanjikan Abang Safwan akan tulis entry blog pasal apa benda yang adik-adik boleh buat selepas dapat result SPM 2011.

To make it short, Abang Safwan akan terus straight to the points:

1. Biasiswa Petronas
Bagi calon yang memenuhi syarat, boleh la cuba untuk apply Biasiswa ni. Iklan boleh dilihat di sini. Ada dua bidang yang ditawarkan iaitu teknikal dan bukan teknikal. Beberapa contoh untuk bidang teknikal ialah Kejuruteraan (Awam, Elektrik dan Elektronik, dll). Manakala bidang bukan teknikal ialah seperti Teknologi Maklumat, Perakaunan, dll. Untuk maklumat lanjut boleh dilihat di link yang telah diberikan. Adik-adik akan melalui program Foundation dulu kalau tak silap sebelum dapat buat degree. Tarikh tutup 28 April 2012.

2. Jabatan Perkhidmatan Awam.
Yang ni Abang Safwan tak pasti sebab bila aku cari iklan tak jumpa pula. Tapi cuba tengok kat sini. Kot-kot ada yang bersesuaian.

3. Ijazah Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk program ini, adik-adik dikehendaki membeli terlebih dahulu no.pin di BSN. Harganya ialah RM6.00. Lepas tu boleh la isi Online Application di laman web aplikasi permohonan Kementerian. Sesiapa yang berjaya akan dimasukkan ke Institut Perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

4. Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti 
Untuk adik-adik lepasan SPM 2011 yang berkelulusan 9A ke atas, boleh la mohon biasiswa ni. Tapi kena cepat sebab tarikh tutup ialah 1 April. Jadi kena cepat sebelum terlambat. Antara bidang tajaan ialah Ekonomi, Pelaburan Perbankan, Perakaunan, Undang-undang dan lain-lain. Maklumat lanjut di sini.

5. Matrikulasi
Yang ini pastinya adik-adik telah isi pun sebelum SPM dulu kan. Jadi hanya perlu tunggu sahaja surat tawaran.

6. Tingkatan 6 (Pra-Universiti).
Untuk program ini, permohonan rasanya masih belum dibuka. Tapi untuk yang berminat boleh hubungi sekolah berhampiran yang menawarkan program ini ataupun hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

7. Politeknik, IKM, IKBN.
Institusi-institusi ini menawarkan kebanyakannya program berbentuk kemahiran dan teknikal. Tapi rasanya ada juga program bukan teknikal. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di Poli, IKM dan IKBN.

*Untuk permohonan masuk ke Politeknik, rasanya tarikh tutup ialah 3 April. Untuk kepastian cuba cari sumber rujukan yang sahih.

Itulah antara beberapa program yang boleh dipertimbangkan oleh adik-adik lepasan SPM 2011. Sedikit saja yang dapat Abang Safwan cadangkan atas sebab kesibukan. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan biasiswa, pinjaman pelajaran dan sebagainya Abang Safwan cadangkan untuk adik-adik tengok di blog MuazFaris ataupun laman web Malaysian Scholarship.

Harap maaf atas kelewatan penulisan entry ini sebab ada di antara tawaran di atas yang hampir dengan deadline. Maaf juga sekiranya ada kesilapan maklumat. Apa-apapun good luck untuk adik-adik!

Adios!

*Tahun ni entah MARA ada bagi biasiswa/loan ke tak untuk lepasan SPM 2011. Bila tengok laman web MARA macam takdak. Untuk post-graduate ada la.

***UPDATE***
Untuk kemasukan ke IPTA (program asasi dsb), Politeknik dan Kolej Komuniti, sila rujuk di portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi atau Sistem UPU. Sesiapa yang telah mengemukakan permohonan untuk Fasa 1 wajib untuk mengemukakan permohonan Fasa 2.

9 comments:

  1. salam..nak mintak opinion sikit..boleh ke?

    ReplyDelete
  2. -->siti_sarah: wasalam, insyaAllah kalau mampu saya boleh bagi opinion :)

    ReplyDelete
  3. jap jap..ade yahoo mail?sbb pnjg lebar nk btnye ni...:)

    ReplyDelete
  4. okay..tq..dlm pkul 8 mlm mcm tu sy tnye eh..hopefully cn help..terima kasih banyakbanyak:D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ! akak suruh anak yg amik SPM 2011 baca blog nis sebab banyak informasi untuk mereka terutama hal tuju lepas SPM dan cara2 untuk pegi interview..TQ so much!!!

    ReplyDelete
  6. terima kasih utk link tu, baru perasan.

    ReplyDelete
  7. Sama-sama, saya suka blog anda. Informative!

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam, tergerak hati nak tulis sbb nak tolong adik-adik yg amik SPM. Semoga bermanfaat :)

    ReplyDelete

Sebarang masalah?