Komrad

Sep 16, 2012

Satu Refleksi

Assalamualaikum WBT --- Salam 1 Dunia

Ini merupakan entry yang berkait dengan entry aku semalam pasal "Another Islamophobic Incident". Cuma kali ini aku akan menulis dalam Bahasa Melayu dan pendek berbanding sebelum ini. Hanya sekadar untuk muhasabah dan renungan diri.


Gambar ni aku jumpa di FB. Pemilik asal kalau tak silap ialah pondok.my. Tapi di-share oleh Ikram Johor.

Memang sekali tengok, ini merupakan realiti kan? Jadi kepada muslimin muslimat sekelian, kalau sayang Allah, sayang Nabi Muhammad, sayang Islam, mari kita kembali kepada Islam. Maksudnya pengamalan Islam secara menyeluruh.

Betul ramai orang hari ini solat (mari bersangka baik), tapi solat berjemaah itu lebih dituntut lagi-lagi solat Subuh. Mari kita bina satu-persatu kekuatan ummah. Bermula dari kecik sampai ke besar. Macam buat rumah. Kena ada tapak rumah, tiang baru boleh buat dinding dan atap. Kalau terus buat atap, celah mana pula nak letak kalau takde yang asas tu kan?

Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat.

Adios!

No comments:

Post a Comment

Sebarang masalah?